translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

TEKA!!APAKAH DIDALAM PERUT WANITA INI??


Cepat teka............ apakah yang tersembunyi dalam perut Jamie Hilton(36). bekas Mrs Idaho 2009 ini. Siapa dapat teka memang power. 

Ianya sebahagian tenkorak kepala beliau. Jamie, ibu kepada tiga orang anak ini mengalami kecederaan teruk pada kepala beliau setelah terjatuh dari ketinggian 12 kaki Jun lalu. Apabila tiba di hospital doktor mendapati otak beliau mula membengkak dan bagi mengurangkan tekanan di dalam tengkorak, 25% tengkorak kepala beliau dibuang. Sementara menunggu otak Jamie kembali normal, bahagian tengkorak beliau disimpan di bahagian abdomen selama 42 hari bagi memastikan ianya boleh disambungkan semula. Sepanjang tempoh tersebut Jamie terpaksa memakai topi keledar untuk mengelakkan kecederaan pada kepala beliau. 

Ogos lalu bahagian tengkorak Jamie dikembalikan semula ke bahagian kepala. Beliu kini kembali bekerja tetapi dengan satu kesan sampingan dimana deria rasa dan bau beliau kini masih belum pulih sepenuhnya. Diharap Jamie dapat kembali normal selepas ini. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SERIUS!!!MASJID JAMEK FEROZ SHAH KOTLA MUSNAH TAPI MASIH DIGUNAKAN..

Masjid Jamek Feroz Shah Kotla ialah sebuah masjid purba yang sudah musnah tetapi ianya masih digunakan sehingga ke hari ini di bandaraya Delhi India. Masjid ini dibina di dalam istanakota Feroz Shah Kotla yang dibina oleh Sultan Feroz Shah Tughlaq pada tahun 1354. Masjid ini adalah sebahagian kota Ferozabad yang dibina oleh Sultan Feroz Shah yang juga menempatkan istana baginda. Selepas kejatuhan Kesultanan Tughlaq ditangan Empayar Mughal, istanakota Feroz Shah terbiar. Pemimpin Empayar Mughal dan penduduk setempat kemudian menjarah batu-batuan kota ini untuk membina bangunan baru. Masjid Jamek Ferok Shah Kotla juga menjadi mangsa jarahan. Sungguhpun masjid ini kelihatan seperti sudah musnah, ia masih digunakan oleh penduduk Islam Delhi untuk bersolat. Ianya juga merupakan antara tarikan pelancong dan dibuka setiap hari kecuali ketika waktu solat. Setiap kali sebelum waktu solat pekerja masjid akan membentangkan tikar supaya makmum dapat sujud dengan selesa ketika solat. Siapa kata kita memerlukan masjid cantik dan moden untuk menarik orang ramai solat berjemaah? At least di Delhi, masjid yang kini kelihatan sepering puingpun masih boleh digunakan sebagai tempat beribadat!!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts