Kate dan Diana Dibandingkan Kerana Serupa
Perempuan ter-KAYA, ter-CANTIK dan Masih Single
Nama sang ahli waris, Yang, pun melesat. Menarik memang. Pasalnya, selain kaya raya, masih single, dan cantik jelita. Mahasisiwi Ohio State University, Amerika Serikat ini masih berusia 23 tahun saat bergabung dengan perusahaan yang dikelola ayahnya, Yeung Kwok Keung ini. Berawal, ayahnya hanya seorang petani, kemudian menjadi pengusaha batu bata hingga membentuk perusahaan real estate pada 1997.
Huiyan adalah anak kedua dari tiga anak perempuan Yeung Kwok. Sejak masih remaja, ia sudah mengikuti aksi ayahnya yang memburu lahan-lahan kosong. Setelah bergabung, ia bukan sekedar menjadi asisten peribadi, melainkan juga mendapatkan pengalihan saham dari ayahnya untuk mewariskan tanggung jawab di bahunya.
Bahkan, pada 2006, ia mengakumulasi 70 peratus saham sehingga menjadi pemegang saham majoriti atau pengendali Country Garden yang dikenal sebagai grup bisnis properti top di daratan China.Di bawah komandonya, perusahaan yang berpusat di Guangdong, China ini terus mengembangkan strategi berekspansi ke luar Guangdong. Pada Januari lalu, Country Garden memenangkan penawaran untuk mengakuisisi lahan di pusat kota Wuhan, China. Di usia yang masih muda, Huiyan kini dinobatkan sebagai wanita kedua terkaya Asia. Beberapa tahun, ia berada di jajaran orang kaya Forbes.
ORANG AWAM BERGANDING DENGAN 16 SELEBRITI POPULAR DALAM FEAR FACTOR
FEAR FACTOR MALAYSIA BUKA PELUANG KEPADA ORANG AWAM BERGANDING DENGAN 16 SELEBRITI POPULAR
- Antara 16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia
Sesi Uji Bakat Online Fear Factor Pertama Mula Dibuka
KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2013: Buat julung kalinya pihak Fear Factor Malaysia akan membuka peluang kepada orang awam untuk berganding dengan 16 selebrititempatan dalam program realiti yang penuh mendebarkan ini.
Peluang ini akan dibuka menerusi saringan pertama sesi uji bakat secara online bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013 menerusi laman web, www.fearfactor.com.my.
Kesemua peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing.
Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.
Kesemua 16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, kejayaan dan penerimaan positif program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia yang ternyata berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air, pihak Astro Ria selaku Saluran Hiburan Melayu Utama meneruskan usaha dan komitmen dalam membekalkan kandungan program hiburan yang berkualiti dengan membawakan sebuah lagi program hebat di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia.
"Sejak mula lagi, matlamat kami ialah untuk menjadi pilihan utama setiap penonton. Justeru, Astro Ria tidak pernah jemu untuk terus memperkukuhkan strategi dan formula yang ada bagi menawan hati para pelanggan kami menerusi penawaran program-program hebat daripada genre yang berbeza di saluran kami.
Kami juga sentiasa berusaha untuk memberi kelainan dalam kandungan tempatan dan format program dan amat positif dalam usaha untuk terus menawarkan pelbagai kandungan yang diadaptasi daripada format program antarabangsa yang mana setiap perincian akan diambil kira untuk memastikan elemen tempatan dapat diterapkan sekaligus mengelakkan sebarang sensitiviti agar bersesuaian dengan masyarakat di negara ini yang berbilang kaum," jelas Raqim.
Tambah Raqim lagi, melihat kepada kejayaan dan sambutan menggalakkan ke atas program Fear Factor Selebriti Malaysia yang telahpun disiarkan tidak lama dahulu, kami bawakan pula sebuah lagi program baru di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia untuk memenuhi permintaan para penonton.
"Melihat kepada kekuatan dan tarikan yang ditawarkan, kami yakin Fear Factor Malaysia mampu memikat hati sekaligus mencipta fenomena tersendiri dalam industri seni tanah air
"Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin membangun, kami akan membuka saringan pertama sesi ujibakat secara online yang mana orang ramai boleh menghantarkan video penyertaan ke laman sesawang rasmi untuk penilaian pihak kami. Berdasarkan video yang dihantar, kami akan menyenarai pendek calon peserta yang layak untuk memasuki peringkat saringan yang seterusnya," ujar Raqim.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia ataupun mereka yang mempunyai status penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Selain harus mempunyai perwatakan yang menarik, calon peserta juga mestilah berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental yang baik.
Bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013, calon peserta dikehendaki untuk menghantarkan rakaman video penyertaan yang tidak melebihi tempoh masa dua minit atau melebihi saiz 30MB ke laman sesawang rasmi di www.fearfactor.com.my
Wajah calon peserta dan audio rakaman untuk setiap video penyertaan yang dihantar haruslah jelas. Calon peserta juga digalakkan untuk menyerlahkan personaliti sebenar mereka dengan cara paling menarik.
Kandungan video tersebut juga haruslah menjawab soalan-soalan seperti berikut:
1. Nyatakan nama penuh dan umur pada permulaan video penyertaan.
2. Mengapa anda mahu menyertai Fear Factor?
3. Namakan tiga peserta selebriti kegemaran anda dan nyatakan mengapa anda ingin berpasangan dengan mereka?
4. Apa yang akan anda lakukan dengan wang jika anda menang?
Program Fear Factor Malaysia bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) kelak. Sebarang butiran lanjut yang lebih terperinci mengenai program ini akan diumumkan kelak.
ANAK HILANG BALIK SEKOLAH DITEMUI MATI DIBUNUH
Mangsa dijumpai berhampiran dengan bangunan baru dekat Taman Mewah. Gambar kecil, Nathaniel.
WARGA EMAS INGIN PULANGKAN RIBUAN RINGGIT YANG DIJUMPAI
Sejumlah duit yang ditemui seorang penoreh getah di tepi jalan utama dekat Kampung Padang Tenggala, Seberang Temerloh.
LINTAH BIAK DALAM USUS SELEPAS MAKAN KANGKUNG TUMIS
LINTAH BIAK DALAM USUS SELEPAS MAKAN KANGKUNG TUMIS |
Aktres 80-an PUTRI SALBIAH (FILEM KELUARGA 99) Dituduh Menipu 4 Kesalahan
Dia didakwa telah memperkenalkan Ng kepada Majid Senan dengan nama Ahmad SK Duis dan Yang Azizah Mohamed Yaccob dengan nama Sipah Duis @ Sipak Duez semasa bertemu di sebuah restoran di KLCC pada 1 April 2010. Putri Salbiah juga dituduh mengulangi perbuatan itu di lokasi sama pada 23 Jun 2010.
Empat kesalahan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekalinya jika disabitkan kesalahan. Putri Salbiah juga didakwa memalsukan kad pengenalan untuk kegunaan Majid dan Yang Azizah dengan nama palsu mereka di antara Januari dan April 2010.
Kesalahan di bawah Peraturan (25)(1)(j) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) itu jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum selama tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais menawarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan alasan tertuduh enggan bekerjasama dalam siasatan kes tersebut.
Tambah Anthony, tertuduh juga sebelum ini pernah melarikan diri ke Brunei yang kemudiannya di tangkap oleh pihak berkuasa negara itu pada 9 Julai lalu sebelum di reman di Mahkamah Majistret di Miri sebelum didakwa.
Peguam Mohd Shahrullah Khan pula berkata, Putri Salbiah telah kembali ke Brunei untuk menjaga bapanya yang sakit dan meminta ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi semua pertuduhan. Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain bagaimanapun menetapkan ikat jamin sebanyak RM24,000 dikenakan terhadap Putri Salbiah bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin selain pasportnya ditahan.
Beliau menetapkan 16 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan memerintahkan pihak pendakwa membatalkan perintah tahanan yang dibuat di Miri dan mahkamah akan mengeluarkan surat kepada Mahkamah Majistret di Miri bagi tujuan tersebut.
Putri Salbiah sebelum ini dikenali dalam filem 80-an iaitu Ranjau Sepanjang Jalan di samping pelakon Sarimah dan Ahmad Mahmud. Dia juga pernah menjadi pelakon utama dalam filem Keluarga 99 pada tahun 1987 bersama Salih Yaacob, Mr. Os dan Din Glamour.
TRAGEDI 'SUBUH BERDARAH'' 40 Terbunuh Diserang Ketika Solat Subuh, 300 Cedera.
BERLALU lebih 24 jam insiden berdarah "Solat Subuh" dan angka korban semakin meningkat. Jarak antara Dataran Raba'ah yang menjadi lokasi himpunan menyokong Mursi dengan Bangunan Kelab Pengawal Republik tidak jauh, kurang dari 10 km.Beberapa hari sebelumnya, mereka menganjurkan himpunan aman di tiga lokasi iaitu dataran Raba'ah Madinah Nasr, dataran Nahdhah,Giza dan hadapan Bangunan Kelab Pengawal Republik, Jalan Solah Salem.
Jenazah yang terkorban pagi tadi dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah
Malam sebelum kejadian berdarah, tentera menggunakan helikopter mereka bagi menggugurkan risalah kepada lebih 100,000 orang yang berkumpul di Bangunan Pengawal Republik. Antara kandungan risalah iaitu "tentera tidak akan tunduk kepada tekanan dari kumpulan minoriti" yang diisyaratkan kepada penyokong Mursi.
Mesir akan mencatat sejarah yang akan dibaca oleh generasi mereka yang akan datang bahawa terdapat datuk nenek mereka yang sedang menunaikan solat Subuh pada 8 Julai 2013, menganjurkan himpunan aman yang hanya menuntut hak mereka yang dirampas, dibunuh dengan cara yang paling kejam. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia pada zaman serba moden ini insiden kejam sedemikian melainkan askar rejim Nusairi Syria dan askar Zionis yang membunuh umat Islam di Syria dan Palestin ketika solat.
GAMBAR MANGSA TEMBAKAN DI KEPALA OLEH TENTERA SEKULAR MESIR
Mangsa yang ditembak pula mati serta-merta kerana tembakan di dada, kepala dan leher sememangnya untuk membunuh, bukan sekadar mencederakan mangsa. Sementara mereka yang cedera pula dibawa ke hospital berdekatan. Malangnya, tiga buah hospital yang berdekatan enggan menerima mangsa yang cedera. Tiga buah hospital tersebut iaitu Hospital Husein Jami'i, Hospital Abbasiyah dan Hospital Damardash. Keengganan pihak hospital menerima mangsa yang cedera menyebabkan angka kematian meningkat mendadak. Lalu mangsa dibawa ke Hospital Rab'ah, berhampiran lokasi himpunan. Dengan kepadatan hospital yang tidak mampu menampung mangsa, pihak aktivis yang terdiri dari kalangan doktor-doktor perubatan telah menubuhkan "hospital awam" yang dibuat di dewan persidangan, bersebelahan masjid Raba'ah. Terdapat juga mangsa yang cedera dibawa menerima rawatan di Hospital Ta'amin Sihhi, berhampiran Dewan ACC. Rupanya pihak polis telah sedia menanti kedatangan mereka lalu mereka ditangkap.
Keadaan bertambah kritikal apabila pihak ambulans tidak dibenarkan menghampiri kawasan serangan lalu terpaksa rakyat menggunakan kenderaan persendirian membawa mangsa ke hospital.
Sementara mereka yang terselamat di kawasan serangan,terutama golongan wanita, warga tua dan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri dari terus menjadi mangsa peluru polis dan askar. Mereka mencari perlindungan di dalam rumah Allah, Masjid Mustafa yang terletak berhampiran medan serangan. Pasukan keselamatan bertindak mengepung kawasan masjid lebih 3 jam dan akan menangkap sesiapa sahaja yang cuba keluar. Terdapat mereka yang terpaksa keluar lalu ditangkap dan jumlah mereka sekitar 200 orang.
Ikhwanonline pula mendedahkan, mangsa yang ditangkap ini kemudian didera teruk bertujuan supaya mereka mengaku bahawa mereka adalah "pengganas" yang cuba menyerang Bangunan Pengawal Republik. Jika mereka mengaku, mereka akan ditampilkan dalam satu sidang media petang nanti. Hingga sidangmedia, tidak terdapat mereka yang berbuat demikian.
Kesatuan Doktor Perubatan Mesir mengadakan sidang tergempar di Dewan Raba'ah jam 11 pagi. Menurut Setiausaha Agung kesatuan, Dr.Jamal Abdussalam, angka korban (waktu itu) berjumlah 51 orang, termasuk 8 orang wanita dan 5 orang kanak-kanak, dua daripadanya masih menyusu.
Sekitar jam 3 petang, sidang media khas diadakan bersama oleh Majlis Tentera dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi "menjelaskan secara lanjut" insiden berdarah pagi tadi.
Sebelum sidang dimulakan, wartawan "Al-Jazeera" telah dihalau keluar dan tidak dibenarkan membuat liputan.
Lalu, wakil tentera dan KDN "menjelaskan" tragedi. Kata tentera, "pagi tadi, sekitar jam 4 pagi kami dikejutkan dengan serangan pihak pengganas yang cuba menceroboh Bangunan Pengawal Republik. Seorang tentera terbunuh dan 14 yang lain cedera akibat serangan pengganas itu. Tapi tentera berjaya memberkas 200 orang pengganas dan didapati mereka mempunyai senjata api."
Pihak media juga ditayangkan dengan keratan video bagi menunjukkan bahawa terdapat usaha bagi menceroboh bangunan. Juga mereka tayangkan beberapa orang pemuda melemparkan "molotov" buatan kepada pihak keselamatan.
Askar berkata, "Senjata kami untuk membunuh musuh, bukan anak bangsa sendiri. Apa yang disebarkan bukan gambar yang berlaku di Mesir tetapi di Syria. Termasuk gambar kanak-kanak yang ditembak, ia adalah yang berlaku di Syria."
Tambah wakil askar, hari ini terdapat mereka yang cuba memburukkan imej baik pihak askar.
Kata wakil KDN, "Kami akan bertindak tegas kepada mereka yang menyalahi undang-undang."
Semoga Allah mengurniakan kita kebenaran dan kita mengikuti kebenaran tersebut.
Perghh Jurulatih Buaya ..Nyaris Putus Kepala...Jom layannn
Artis cantik Indonesia memeluk Islam
Sadis! Remaja 15 Tahun Dikurung di Peti 1 Meter dan Jadi Budak Seks
Selama beberapa hari, remaja ini dikurung di sebuah 'ladang ganja' setempat. Parahnya, dia ditempatkan di dalam peti besi berukuran 1 meter yang sangat tidak sesuai bagi manusia.
"Diubah menjadi penjara untuk manusia," terang polis setempat, seperti dilansir news.com.au, Sabtu (27/7/2013).
Dua lelaki yang mendalangi penyekapan ini telah berhasil ditangkap pihak berkuasa setempat. Ryan Balletti (30) dan Patrick Pearmain (25) dijerat dakwaan penculikan dan pemerkosaan oleh pihak berkuasa setempat.
Selama dikurung, remaja ini berulang kali diperkosa dan dijadikan budak seks oleh kedua pelaku. Ketika ini, si remaja telah dalam perlindungan otoriti setempat.
Remaja yang tidak disebut namanya ini dilaporkan hilang dari rumahnya di Los Angeles sejak April lalu. Polis pun dilibatkan dalam pencarian remaja ini.
Hingga akhirnya, remaja ini memberitahu keluarganya melalui telepon bahawa dia dalam keadaan baik. Panggilan tersebut dilacak polis hingga berujung pada penyerbuan sebuah motel di wilayah Sacramento, di mana polis menemui si remaja dan dua pelaku yang kemudian ditangkap.
Dalam penyerbuan tersebut, polis juga menyita 1,400 pot tanaman ganja, kemudian senapang dan pistol berserta pelurunya. Sebuah rak kayu yang digunakan pelaku saat memperkosa remaja ini juga disita.
Polisi percaya, masih ada mangsa lainnya terkait kes ini.
IBRAHIM PENDEK PELAKON MELAYU PERTAMA BERLAKON DI HOLLYWOOD BERSAMA ROCK HUDSON DAN GENE ROWLANDS
Ibrahim Pendek atau Ibrahim Bin Hassan
The Spiral Road pada tahun 1962 |
GEMPAR !!! BUDAK 11 TAHUN SANGGUP BUNUH DIRI JIKA DIPAKSA KAHWIN
Yaman – Rakaman video melibatkan seorang budak perempuan berusia 11 tahun, Nada al-Ahdal, yang mengugut akan membunuh diri jika dia dikahwinkan, kini tersebar luas selepas ia dimuat naik di YouTube pada 8 Julai lalu.
“Sila teruskan keputusan itu dan kahwinkan saya, saya akan membunuh diri. Lebih baik mati sahaja. Ini adalah satu jenayah. Ia bukan salah kanak-kanak. Bukan saya sahaja, ia boleh berlaku kepada kanak-kanak lain’’ itu antara ugutan yang dibuat kepada keluarganya melalui rakaman video tersebut.
Dalam rakaman berkenaan juga, Nada menjelaskan dia tidak mahu meninggalkan keluarganya dan berpindah ke rumah suaminya, kerana kehidupannya akan musnah dan dia tidak dapat meneruskan pelajaran. “Saya dah penat dengan awak, awak memusnahkan hidup saya,’’ katanya dalam video itu.
Nada, yang mempunyai lapan adik beradik, telah dipelihara oleh bapa saudaranya, Abdel Salam al-Ahdal, ketika dia berusia tiga tahun namun semuanya berubah apabila seorang lelaki warga Arab Saudi telah meminta izin daripada ibu bapa Nada untuk mengawini budak berkenaan.
Nada juga mempunyai seorang kakak berusia 18 tahun, dan telah bertunang berkali-kali. Setiap kali ibubapanya menerima lamaran baru, mereka akan mengambil wang hantaran namun memberi alasan belum cukup duit untuk mengadakan majlis perkahwinan kakaknya itu. Dalam masa sama wang hantaran itu telah disimpan oleh ibu bapanya.
Sementara itu, bapa saudaranya memaklumkan, selepas mendengar anak saudaranya itu akan berkahwin, dia menjadi panik kerana Nada belum pun berusia 11 tahun, sebaliknya umur Nada adalah 10 tahun dan 3 bulan.
“Saya tidak boleh membiarkan Nada dikahwinkan kerana ia akan memusnahkan kehidupannya, sama yang berlaku kepada ibu saudaranya yang telah membakar diri sendiri selepas dipaksa berkahwin pada usia 13 tahun.
“Saya terpaksa menghalang perkahwinan itu dan menghubungi bakal pengantin bahawa Nada tidak sesuai dengannya, selain tidak memakai tudung,’’ katanya.
Selepas pertunangan itu dibatalkan, ibu bapa Nada menjadi marah dan telah meminta supaya Nada pulang ke rumah.
Dengan campurtangan pihak berkuasa, Nada telah dibenarkan menetap bersama bapa saudaranya itu.
REMAJA LELAKI MAUT TERIKAT DITANGGA
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Superintenden Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, lokasi kejadian hanya kira-kira 20 meter dari jalan raya utama dan punca kematian sedang disiasat.
SYADIS....WANITA DIBUNUH DAN CEBISAN MAYAT DIBERI MAKAN ANJING
Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi mengelak dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan. De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.
Kata De Souza, kawan baiknya, Luiz Henrique Romao mengupah seseorang untuk membunuh Eliza. Walaupun tidak mampu mengarahkan bekas kekasihnya dibunuh, De Souza mengaku menerima bantuan Romao. De Souza dituduh merancang penculikan Eliza dan membunuh wanita terbabit dengan bantuan lapan orang lain, termasuk isterinya, Dayane, seorang lagi bekas kekasihnya, seorang sepupu dan bekas anggota polis, Marcos Santos.
Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza dan dihukum penjara 15 tahun.
Santos pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza disebut-sebut akan berpindah ke kelab AC Milan.
Ketika disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.
Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. “Selepas diculik, Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh menunggu di situ,” katanya.
Eliza yang didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka.
Eliza juga dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Ronaldo. |
My Blog List
-
عين ازال للعطورات3 years ago
-
20 MANFAAT VICKS VAPORUB7 years ago
-
AFRINA BEAUTY10 years ago
-
Lawak Gelak Suami Sendiri10 years ago
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 years ago
-
-
Lukisan 3D Pada Sekeping Kertas..11 years ago
-
-
feedjit
Archives
-
►
2014
(7)
- ► 02/16 - 02/23 (3)
- ► 01/19 - 01/26 (4)
-
▼
2013
(951)
- ► 12/22 - 12/29 (11)
- ► 12/15 - 12/22 (24)
- ► 12/01 - 12/08 (6)
- ► 11/24 - 12/01 (10)
- ► 11/10 - 11/17 (15)
- ► 11/03 - 11/10 (30)
- ► 10/27 - 11/03 (40)
- ► 10/20 - 10/27 (22)
- ► 10/13 - 10/20 (5)
- ► 10/06 - 10/13 (18)
- ► 09/29 - 10/06 (50)
- ► 09/22 - 09/29 (59)
- ► 09/15 - 09/22 (85)
- ► 09/08 - 09/15 (45)
- ► 09/01 - 09/08 (65)
- ► 08/25 - 09/01 (38)
- ► 08/18 - 08/25 (29)
- ► 08/04 - 08/11 (17)
- ► 07/28 - 08/04 (65)
-
▼
07/21 - 07/28
(62)
- Kate dan Diana Dibandingkan Kerana Serupa
- Perempuan ter-KAYA, ter-CANTIK dan Masih Single
- ORANG AWAM BERGANDING DENGAN 16 SELEBRITI POPULAR ...
- ANAK HILANG BALIK SEKOLAH DITEMUI MATI DIBUNUH
- WARGA EMAS INGIN PULANGKAN RIBUAN RINGGIT YANG DIJ...
- LINTAH BIAK DALAM USUS SELEPAS MAKAN KANGKUNG TUMIS
- Aktres 80-an PUTRI SALBIAH (FILEM KELUARGA 99) Dit...
- TRAGEDI 'SUBUH BERDARAH'' 40 Terbunuh Diserang Ket...
- Perghh Jurulatih Buaya ..Nyaris Putus Kepala...Jom...
- Artis cantik Indonesia memeluk Islam
- Sadis! Remaja 15 Tahun Dikurung di Peti 1 Meter da...
- IBRAHIM PENDEK PELAKON MELAYU PERTAMA BERLAKON DI ...
- GEMPAR !!! BUDAK 11 TAHUN SANGGUP BUNUH DIRI JIKA ...
- REMAJA LELAKI MAUT TERIKAT DITANGGA
- SYADIS....WANITA DIBUNUH DAN CEBISAN MAYAT DIBERI ...
- GAMBAR MENGELUARKAN MAYAT BUDAK LELAKI DARI PERUT ...
- KURANG AJAR!!! BUDAK MATI DIHEMPAS KERANA TAK DAPA...
- DUA PENYELAM AS HAMPIR DI TELAN PAUS
- BIAR BETUL!!! ANGSA DI JADIKAN PENGAWAL???
- PADAH!!!SUAMI BELASAH ISTERI DEPAN ORANG RAMAI TID...
- Ngeri ! Foto Manusia Jatuh Dari Banggunan
- WOW...DAPAT BAJU DARI DUIT SEMPERNA HARI LAHIR
- GEMPAR!!! BANGKAI BUAYA GERGASI DITEMUI DI BUKIT B...
- SYADIS!!! SEORANG LAGI CIKGU MATI DITEMBAK
- TAHNIAH!!!! DAYANA v SAKINAH MULA KELUAR BERSAMA
- PELIKNYA.........HAIWAN APA NI?????
- LAWAK GILA DOH.................
- KEJAM.....BUNUH DAN JUAL MAYAT WANITA HAMIL
- SEDIH.....BEKAS NASI GORENG AMIRA"BACA LAH GERENTI...
- DERHAKA.......ANAK BELI DAGING BABI UNTUK IBU BUKA...
- PELIK!!! BUDAK 3 TAHUN DI TUMBUHI KETULAN DAGING D...
- NGERI!!! AKIBAT DIREMPUH KERETA, PEGAWAI POLIS PUT...
- GILA MAUT NI........TAMAN TEMA PALING BERBAHAYA DI...
- PELIK!!! BENARKAH INI BATU BURUNG ABABIL????
- HEBAT!!!! SIAPAKAH RAKYAT MALAYSIA BELI KAPAL BERS...
- UNIK!!! ANGGUR BERBUAH DI BATANG POKOK
- YA ALLAH!!!! BAYI BARU LAHIR MATI ''DIPANGGANG'' I...
- ARWAH UMI KALTHUM TINGGAL NOTA TERAKHIR 5 SYARAT U...
- RAJA DANGDUT TETAP MAHU BERTANDING JAWATAN PRESIDEN
- KUATNYE.........TOLAK GERABAK KERETAPI SELAMATKAN ...
- 3 PESERTA RATU CANTIK MALAYSIA MOHON MAAF
- PILU....GADIS MESIR BUNUH DIRI ENGGAN PAKAI JILBAB...
- NGERI!!! KEPALA TERSANGKUT PAGAR SETINGGI 70 METER
- AJAIB!!!! BUDAK 2 TAHUN MATI HIDUP SEMULA MINTA AI...
- MAUT....GARA-GARA DIGIGIT SEMUT SEORANG WANITA MATI
- Gempar Yana Samsudin Mempunyai Deria Keenam, Meras...
- Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia
- Subhanallah !! Bayi Ini Tumbuh Ekor di Boontot
- Noor Kumalasari Syukur Ibu Meninggal Di Bulan Ramadan
- CUTENYA........... 29 TAHUN DAH JADI DATUK
- SELAMAT SELEPAS DITANAM HIDUP-HIDUP OLEH TEMAN LELAKI
- PILU.....KERANA JANTINA, BAYI INI DIBUNUH
- SELEPAS MAKAN PARACETAMOL WAJAH CANTIK JADI ROSAK
- KATE MIDDLETON LAHIRKAN ANAK LELAKI
- HABIS LA.......PPENGGANAS SULU UGUT SERANG SABAH J...
- AWAS!!!!! BILA MEMBELI AYAM GORENG
- PEKIN IBRAHIM DAN UQASHA SENROSE SUDAH BERTUNANG
- KAMI BUKAN KAHWIN LARI - ASHRAF MUSLIM
- GOOD!!!! IBU LANCAR MOGOK KERANA ANAK GADISNYA PEM...
- GILA......TIDOR 104 JAM BERSAMA BABI SAMBIL BERBOGEL
- FANALIST MISS WORLD MALAYSIA GADIS ISLAM????
- PENGACARA TV BERTUDUNG MENCURI, KANTOI DI CCTV
- ► 07/14 - 07/21 (37)
- ► 07/07 - 07/14 (70)
- ► 06/30 - 07/07 (23)
- ► 06/23 - 06/30 (24)
- ► 06/16 - 06/23 (16)
- ► 06/09 - 06/16 (27)
- ► 06/02 - 06/09 (34)
- ► 05/26 - 06/02 (1)
- ► 05/19 - 05/26 (5)
- ► 05/12 - 05/19 (9)
- ► 05/05 - 05/12 (1)
- ► 04/28 - 05/05 (1)
- ► 04/21 - 04/28 (1)
- ► 04/14 - 04/21 (4)
- ► 04/07 - 04/14 (2)
Followers
Popular Posts
-
Sama ada gambar ni betul atau palsu tak dapatlah nak dipastikan. Tetapi gambar ni banyak terdapat di internet. anda nilaikan lah sendiri s...
-
BAHARU sahaja dikhabarkan mempunyai masalah hutang, kediaman aktres Sri Devi dan Boney Kapoor musnah dalam kebakaran pada Ahad lalu. ...
-
Military action against Syria will deter North Korea from using chemical weapons, a US defence chief says. Under secretary of defence ...
-
Pengarah dan pelakon, Nam Ron membuat kejutan apabila mengakui dirinya adalah wanita selepas tamat mengarahkan teater Kompilasi Nam Ron lak...
-
Kisah suka dan duka seorang seniman agung Malaysia iaitu Allayarham Tan Sri P. Ramlee yang akhir hayatnya mempunyai kisah tersembunyi yang...
-
Sydney: Pemimpin ajaran sesat Papua New Guinea yang dikenali sebagai ‘Black Jesus’ dikasi oleh orang ramai yang berang selepas mereka mene...
-
Kazakhstan ialah negara yang menjadi bahan jenaka Sacha Baron Cohen didalam filem Borat. Tapi tahukah anda negara bekas ahli Kesatuan Sov...
-
Samuel L. Jackson has just been confirmed for a role in the film adaptation of Stephen King's novel "Cell", which will also ...
-
Sorang wanita bernama HLA HTAY (40) magkin cukup berani.Perawt yang bekerja di YANGON ZOOLOGICAL GARDEN di MYANMAR ini bersedia meny...
-
A possible diplomatic solution to avoid a US military strike has opened up as Syria swiftly welcomed a suggestion to turn over all of it...