World champion Sebastian Vettel fired an ominous warning of intent as he shot his way to the fastest time in final practice Saturday for the Korean Grand Prix.
Vettel fastest in Korean Grand Prix final practice
Wei Feng mara ke separuh akhir
Wei Feng tumpas kepada pemain tuan rumah Wang Zhengming di pusingan kedua China Masters, semalam.
Dua nasib berbeza menimpa dua pemain pilihan utama pada Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Terbuka Kuala Lumpur apabila Chong Wei Feng mara ke separuh akhir manakala Liew Darren kandas.
Pada saingan suku akhir hari ini, Wei Feng, 26, selaku pilihan utama, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menyingkirkan Loh Wei Sheng 19-21, 21-14 dan 21-11 dalam masa 46 minit.
Bagaimanapun, Darren 26, pemain ranking ke-16 dunia, kalah mengejut kepada pemain berusia 19 tahun, Tan Kian Meng, 19-21, 21-13, 20-22 dalam pertarungan selama 62 minit.
Dalam dua lagi perlawanan suku akhir, pemain pilihan ketiga Misbun Ramdan Mohamed Misbun mengalahkan Iskandar Zulkarnain Zainuddin 21-14 dan 22-20 dalam masa 42 minit.
Chong Yee Han pula mengenepikan Chong Li Qun 20-22, 21-6, 21-13 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
Dalam peringkat separuh akhir esok, Wei Feng akan berdepan dengan Misbun Ramdan manakala Kian Meng akan menentang Yee Han.
Marotte, Lechner kuasai peringkat keempat LIMBC
PELUMBA Perancis Maxime Marotte dan Eva Lechner dari Itali muncul juara kategori lelaki dan wanita terbuka dalam peringkat keempat Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2013 di sini hari ini.
Kemenangan sulung dua pelumba itu selepas tiga peringkat menyaksikan saingan untuk merebut juara keseluruhan masih terbuka.
Perlumbaan 'Langkawi Geopark' hari ini melibatkan tujuh pusingan sejauh 32.2km bagi kategori lelaki dan lima pusingan sejauh 23.59km bagi kategori wanita yang bermula di Oriental Village.
Marotte daripada pasukan BH Brsuntor KMC Team mencatatkan masa satu jam 37 minit 53 saat untuk mengatasi rakan sepasukan Stephen Tempier di tempat kedua dengan catatan masa 1:38:33s.
Tempat ketiga disandang pelumba Sweden, Emil Lindgren daripada pasukan Giant Pro XT Team dengan catatan masa 1:39:50s.
Bagaimanapun, pemenang peringkat ketiga semalam, Kohei Yamamoto dari Jepun hanya mampu menduduki tempat keempat (1:39:52s) dan dapat mempertahankan jersi kuning, selaku pendahulu keseluruhan.
Lechner daripada pasukan Colnago Sudtirol Team, mengungguli acara wanita dengan masa 1:20:48s diikuti pelumba Poland Maja Wloszczowska (1:22.09s) dan pemegang jersi merah jambu, Lea Davison dari Amerika Syarikat dengan masa 1:23:27s.
Davison masih mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan dengan catatan masa terkumpul 9:13:42s.
Bagi Marotte, perlumbaan hari ini sangat mencabar dan sukar selepas hujan lebat pada peringkat ketiga semalam menyebabkan laluan trek berlumpur dan licin.
Walaupun sukar untuk menggugat kedudukan Yamamoto sebagai pendahulu, namun beliau berjanji akan menampilkan persembahan yang terbaik mungkin.
Dalam pada itu, Yamamoto bertekad untuk muncul sebagai pelumba Asia pertama merangkul kejuaraan.
Walaupun gagal menghuni tiga tempat teratas pada peringkat keempat tetapi apa yang penting saya masih kekal menyarung jersi kuning, katanya.
"Saya kalah hari ini kerana basikal saya mempunyai masalah mekanikal tetapi akan berusaha sebaik mungkin pada saingan akhir esok untuk muncul juara," katanya.
Pada peringkat kelima dan terakhir di Pantai Kok esok, gelaran juara keseluruhan akan menjadi pertarungan hebat antara Yamamoto dan Lindgren.
Liverpool elak tewas lagi
LIVERPOOL tekad untuk mengelak kekalahan di tempat sendiri bagi mengekalkan kelompok empat pasukan terbaik di Liga Perdana Inggeris.
Pengurus The Reds, Brendan Rodgers berharap anak buahnya mengekalkan momentum pasukan apabila cemerlang di puncak liga sebelum dirampas Arsenal setelah tewas kepada Southampton di Anfield.
- Brendan Rodgers
Musim lalu, The Reds kalah empat kali dan enam kali seri dari 19 perlawanan di gelanggang sendiri.
Liverpool kini, mengumpul 13 mata dari enam perlawanan dan menduduki tangga kedua liga di belakang The Gunners yang mengumpul 15 mata.
Anak penjaga gol JDT meninggal dunia
Anak sulung penjaga gol utama skuad Johor Darul Takzim (Johor DT), Adam Farish Muhammad Al-Hafiz Hamzah, 2, meninggal dunia, kira-kira jam 3 pagi tadi.
Adam Farish yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) meninggal akibat akibat komplikasi paru-paru.
Muhammad Al-Hafiz yang berada di Kelantan bagi perlawanan suku akhir kedua menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini, tidak akan diturunkan.
Beliau kini difahamkan dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru.
Penyelam ditemui mati lemas di Pulau Tioman
KUANTAN - Penyelam yang dilapor hilang semasa mengikuti aktiviti menyelam di Teluk Genting, Pulau Tioman semalam ditemui pagi ini.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Yahaya berkata, mayat Mohd Afif Abd Hamid, 28, ditemui kira-kira 9.40 pagi oleh pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim.
"Mayat mangsa ditemui di dasar laut di sekitar lokasi aktiviti selaman yang dilakukan mangsa bersama kumpulannya. Semasa dijumpai, peralatan selaman masih berada di badan mangsa," katanya kepada Bernama.
Mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah menyelam bersama 19 orang yang lain kira-kira jam 2 petang sebelum dilaporkan hilang.
Johari berkata, aktiviti menyelam tersebut dianjurkan sebuah syarikat dari luar Pahang.
Arnold Schwarzenegger masih hebat di layar perak
DARI seorang ahli bina badan, beliau menjadi Mr. Universe. Dari aktor biasa, beliau dipilih sebagai hero utama Hollywood. Malah dengan mudahnya beliau mendapat status warganegara Amerika Syarikat (AS) serta menyandang gelaran seorang gabenor di California, negeri yang dikatakan terbesar dan terkaya di AS. Kini, beliau dipilih pula menjadi editor untuk sebuah majalah kesihatan, Muscle & Fitness and Flex.
Melihat rentetan perjalanan hidupnya, tak ubah seperti naskhah di layar perak. Namun realitinya, Arnold Schwarzenegger atau lebih mesra disapa sebagai Arnie berjaya mengukir sejarah kegemilangan tersendiri di layar perak.
Sebelum bergelar bintang filem, aktor kelahiran Austria ini mencipta nama dalam arena bina badan sejak usianya 14 tahun dan berjaya mengumpul pelbagai gelaran iaitu Mr. Universe sebanyak lima kali, Mr. Olympia (7) dan Mr. World sekali.
Selepas kariernya sebagai ahli bina badan berakhir, Arnie mula menceburi dunia lakonan dengan filem pertamanya, Hercules In New York (1970). Namun, hasil lakonannya menerusi Conan The Barbarian (1982) telah meletakkan namanya di peta global, yang kemudian membuatkan dirinya menjadi pilihan utama watak bagi menerajui filem Terminator (1984).
Hero perkasa ini kemudiannya mula berjinak-jinak dalam dunia politik pada 1990 setelah namanya meniti di bibir George Bush ketika dia menjadi Pengerusi Majlis Sukan dan Kecergasan Fizikal Presiden.
Dia cuba mengintai peluang menceburi politik secara serius pada penghujung 1990-an di saat filem-filemnya dikatakan semakin malap.
Bintang filem ini kemudian dipilih menjadi gabenor baru California setelah memenangi pilihan raya negeri itu.
Kemenangannya itu membuatkan dia berikrar untuk bersara daripada dunia seni bagi membolehkannya memberikan tumpuan kepada politik.
“Kesibukan tugas sebagai Gabenor akan membuatkan saya tidak ada lagi masa untuk filem atau aktiviti seni lain, " kata Arnie pada sidang media pertamanya sebagai gabenor.
Arnie kemudiannya membuat kemunculan semula dalam bidang seni apabila membintangi filem The Last Stand dengan memegang watak sebagai Sheriff Ray Owens yang ditayangkan pada Januari lalu.
Filem ini adalah sebuah filem aksi yang menjadi filem Hollywood sulung arahan sutradara Korea Selatan, Kim Ji-Woon yang terkenal dengan filem The Good, The Bad, The Weird (2008) dan I Saw the Devil (2010).
Bagaimanapun, pengaruh dan aura Arnie masih lagi utuh apabila bekas gabenor itu akan membawa kembali watak popularnya, Terminator.
Walaupun sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan watak itu akan dijayakan oleh Vin Diesel. Namun segala khabar angin itu nampaknya tidak benar.
Awal tahun lalu, Arnie mengumumkan dia akan kembali membintangi Terminator 5 dan akan memulakan penggambaran awal tahun depan dan dijangka ditayangkan pada 2015.
Bintang filem aksi ini kembali membawa watak ikonik sebagai robot ‘Cyborg’ buat kali keempat.
“Saya gembira apabila pihak studio mahu saya berada dalam Terminator 5. Saya akan membawakan watak sebagai Terminator, dan akan memulakan penggambarannya mulai Januari depan,” katanya.
Dalam pada itu, Arnie juga akan kembali menerajui dua karakter ikonik yang pernah dibawakannya apabila dia bakal membawakan semula watak Conan The Barbarian dan Julius Benedict dalam sekuel Twins berjudul Triplets.
Gandingan dua ‘otai’
Selepas The Expendables 2, Arnie sekali lagi digandingkan dengan aktor berbadan sasa yang juga rakan baiknya, Sylvester Stallone menerusi filem Escape Plan yang akan mula ditayangkan pada 10 Oktober depan.
Filem aksi ngeri arahan Mikael Hafstrom ini menyusuri kisah seorang jurutera struktur, Ray Breslin (Sylvester Stallone) yang terpaksa menjalani hukuman penjara atas kesalahan jenayah yang tidak dilakukannya.
Breslin dihantar ke penjara unik yang mempunyai kawalan keselamatan maksimum hasil rekaannya sendiri. Ketika berada dalam penjara, Breslin berusaha menganalisis setiap penjara yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi yang membantunya meneruskan kelangsungan hidup sepanjang menjalani hukuman itu.
Bagaimanapun, Breslin berdepan cabaran terbesar melarikan diri dari penjara rekaannya kerana bangunan itu dibina dengan teknologi kalis bolos.
Pada waktu sama, dia juga perlu menghadapi warden penjara yang kejam Hobbs (Jim Caviezel) dan pengawal keselamatan yang korup (Vinnie Jones).
Namun Breslin bertuah apabila usaha untuk melarikan diri dari pusat tahanan itu mendapat bantuan daripada teman penjara, Emil Rottmayer (Arnold Schwarzenegger) yang bijak, rumit dan berjiwa besar.
Bisikan kematian Sadako
HANTU Sadako kembali menghantui apabila Sadako 3D 2, sebuah lagi filem seram buatan Jepun, bakal menemui penonton pada 10 Oktober ini.
Lari dari filem pertamanya, Sadako 3D 2, tidak lagi menampilkan sosok kanak-kanak yang berambut panjang dan menyeramkan keluar daripada TV sebaliknya disesuaikan dengan teknologi zaman sekarang seperti telefon pintar dan komputer riba.
Menariknya, Sadako 3D 2 menggunakan format 'smartphone 4D' yang memungkinkan penonton menyaksikan filem ini dengan kesan khas 4D.
Menurut penerbitnya, Tsuyoshi Kobayashi, sesuatu yang baru akan dibawa dalam Sadako 3D 2.
“Saya berharap saya boleh meniupkan angin baru ke dalam filem ini,” katanya.
Tambahan pula, filem arahan Tsutomu Hanabusa ini tetap tampil dengan elemen-elemen kejutan yang tentunya mengundang debaran hebat kepada penonton.
Beberapa tahun berlalu selepas insiden sumpahan klip video tetapi masih lagi berlakunya beberapa kematian misteri tetapi sebab sebenarnya masih tidak diketahui.
Pada masa sama, terdapat juga beberapa insiden kehilangan dilaporkan. Ketika siasatan dijalankan, terdapat beberapa petunjuk yang mengaitkan kejadian berlaku dengan sumpahan klip video yang berlaku sebelum ini.
Dan, seorang kanak-kanak perempuan misteri dikatakan adalah kunci penyelesaian kepada pelbagai kejadian aneh ini.
Wanita cedera ditendang jiran
KOTA BHARU - Gara-gara pertengkaran mulut yang tidak berkesudahan, seorang wanita pengsan dan cedera di muka, tepi mata sebelah kiri, dada, serta menerima beberapa jahitan, selepas terjatuh dari motosikal akibat ditendang jirannya dalam kejadian Isnin lalu.
Kejadian berlaku ketika mangsa, yang menunggang motosikal bersama anaknya yang berusia tiga tahun berhenti di simpang Pulau Melaka, di sini diekori wanita yang juga menaiki motosikal.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, ketika sampai di simpang berkenaan, mangsa ditendang oleh wanita itu yang merupakan jirannya di kawasan terbabit sehingga menyebabkan motosikal yang dinaiki terbabas.
“Mangsa hanya sedarkan diri ketika berada di Klinik Kesihatan Kedai Lalat dan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Dalam kejadian itu, anak mangsa, turut terseliuh di bahagian tangan dan motosikalnya turut mengalami rosak.
Azham berkata, menurut mangsa dia pernah bertengkar mulut dengan suspek yang dikenali sebagai Amirah.
“Mangsa juga tidak bertegur sapa dengan keluarga suspek dan saling wujud perasaan tidak berpuas hati antara mereka dan mangsa mengesyaki punca Amirah bertindak sedemikian disebabkan perasaan tidak berpuas hati ,”katanya.
Azham berkata, setakat ini kes terbabit disiasat di bawah seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencederakan mangsa dan polis sedang mengesan suspek dan akan membuat tangkapan terhadapnya untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, seorang pemuda diserang empat lelaki bersenjatakan kayu di hadapan kedai burger Wakaf Siku di sini Ahad lalu.
Dalam kejadian pada jam 9 malam itu, mangsa yang singgah di kedai terbabit sedang menikmati burger di gerai itu bersama rakannya, didatangi empat lelaki yang tidak dikenali.
Dipercayai, kesemua lelaki berkenaan secara tiba-tiba datang menyerang mangsa menggunakan kayu sehingga menyebabkan mangsa pengsan.
Azham berkata, mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) oleh rakannya untuk menerima rawatan susulan dan dibenarkan pulang pada 1 Oktober lalu.
“Mangsa mengalami luka di bahagian kening sebelah kiri dan di belakang kepala sebelah kiri dan menerima beberapa jahitan serta lebam pada bahagian belakang badan.
“Mangsa turut memberitahu polis, saspek datang menaiki motosikal jenis LC yang salah sebuahnya berwarna putih nombor namun tidak dapat mengenal pasti nombor pendaftarannya,” katanya.
Azham berkata, mangsa memberitahu, dia tidak mempunyai perselisihan faham dengan sesiapa memandangkan dia baru sahaja pulang dari Kelantan sejak tiga bulan lalu selepas majikannya di sana tidak bayar gaji beberapa bulan.
“Sebelum ini, mangsa pernah berada di Kedah dan tinggal bersama bapa saudaranya di sana," katanya.
BETUL KE NI....Budak 12 tahun menang motosikal Modenas
KUALA TERENGGANU – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Itu pepatah tepat dapat diberikan kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Muhammad Kurusdi Smera Daud dari Kuala Ibai, apabila dapat membawa pulang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss MR1 melalui cabutan bertuah.
Biarpun tujuan asal Adi ke Kampung Gong Baru, untuk menyertai pertandingan memancing, tetapi dia tidak berjaya pada pertandingan itu kerana jorannya tidak mengena.
Namun siapa sangka pelajar Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai itu, begitu bertuah berbanding ratusan pemancing lain yang lebih tua dan dewasa daripadanya apabila nombor yang berada di tangannya ‘mengena’.
Adi sangat teruja dengan motosikal yang dimenanginya pada Cabaran Pancing Ikan Darat Bersama Komuniti 1Malaysia di Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu.
“Saya memang tidak menyangka nombor cabutan ini dapat menang hadiah besar (motosikal) dan sangat istimewa.
“Walaupun tidak mempunyai motosikal sebelum ini, dan menganggap hadiah cabutan bertuah ini amat bermakna buat saya tetapi akan serahkan kepada keluarga, lagipun saya belum dapat menunggang kerana masih kecil (belum cukup umur) untuk dapatkan lesen motosikal,” katanya yang sangat teruja dengan hadiah berkenaan.
Adi berkata, dia datang awal pada pertandingan itu dan penantian kira-kira tiga jam membuahkan hasil apabila berjaya menang motosikal walaupun tidak memenangi sebarang hadiah dalam pertandingan memancing.
“Saya memang minat memancing dan mula serius sejak darjah empat lagi. Saya juga sering ke lokasi pancing sekitar Kuala Terengganu bersama keluarga,” katanya.
Menurutnya, dia akan menyertai semua pertandingan memancing di kawasan lain sekiranya berpeluang dan memiliki tiga buah joran yang berharga lebih RM45 setiap satu.
Fitnah mayat dibaham buaya
Jenazah Munir dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Pendang, Rabu lalu.
PENDANG - Keluarga pembantu pegawai perubatan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Bumimas, Sibu, Sarawak, Mohd Munir Yusuf, 24, yang meninggal dunia akibat lemas di Sungai Krian berasa terkilan mengenai dakwaan sesetengah pihak mengatakan badan mangsa tinggal separuh sahaja.
Abang mangsa, Mohd Amir, 33, berkata, mereka sekeluarga agak kesal mengenai desas-desus dikeluarkan pihak tertentu menyatakan mayat adiknya telah ditemui dalam keadaan mengerikan di kawasan perairan Kampung Kupang, disyaki akibat dibaham buaya.
“Justeru, dakwaan pihak tertentu menyatakan mayat adik lelaki saya yang telah ditemui seorang penduduk tempatan berada dalam keadaan separuh badan sahaja, manakala bahagian atas badannya hilang sebenarnya adalah tidak benar,” katanya.
Mohd Amir berkata, khabar angin digembar-gemburkan berkenaan bukan sahaja menyebabkan ibu ayahnya susah hati dan bertambah sedih, malah ia menimbulkan aib kepada mereka sekeluarga sedangkan badan arwah adiknya hanya mengalami luka.
Katanya, mereka sendiri melihat jenazah mangsa dalam keadaan cukup sifat, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pendang, Rabu lalu, maka seharusnya pihak terbabit mempertimbangkan perasaan mereka sekeluarga sebelum membuat andaian sedemikian.
Tidak sangka Munir pergi dahulu
Kakak sulung mangsa, Adawiyah Yusuf, 48, berkata, bayangkan, perasaan ayahnya Yusuf Awang, 76, yang mengalami kencing manis tatkala mendapat makluman mengenai desas-desus yang dihebohkan itu.
“Sudahlah kehilangan salah seorang individu disayangi kami yang meninggal dunia akibat kecelakaan tidak dijangkakan, selepas itu, khabar angin mengenai mayat adik pula berada dalam keadaan tidak sempurna sifatnya,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, dia tidak menyangka mangsa yang merupakan anak ketujuh daripada lapan adik-beradik akan pergi dahulu menghadap Ilahi akibat kemalangan terbabit.
Katanya, arwah adiknya merupakan seorang lelaki yang sememangnya peramah, ceria, tidak cerewet dan suka berkawan dengan sesiapa sahaja sehingga membuatkan dirinya amat disenangi seluruh ahli keluarga dan rakan.
Manakala, kakaknya, Fauzani, 37, berkata, mereka juga tidak menyangka Aidilfitri baru-baru ini merupakan kali terakhir mereka sekeluarga akan bersama bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Model Khas, Bukit Jenun dan SMK Pendang itu.
Anak sentiasa maklum keadaan
Sementara itu, ibunya, Rodziyah Hashim, 67, berkata, mangsa yang sebelum ini bekerja di Hospital Kangar, Perlis kelihatan teruja apabila dikhabarkan akan ditugaskan ke kem berkenaan pada Disember tahun lepas sebab ingin mencari pengalaman baru.
Maka, katanya, dia akan menelefon anak lelakinya berkenaan pada setiap hari, malah sekiranya dia tidak berbuat sedemikian Munir sendiri tidak pernah ketinggalan untuk memaklumkan keadaan, lokasi mahupun perkembangan aktiviti harian kepada dirinya.
Lantas, katanya, dia tidak menyangka tragedi berkenaan akan menimpa anak lelaki yang rapat dengan dirinya berikutan arwah sentiasa membawa kenderaan dengan berhati-hati, serta sering mendengar nasihat dan pesanannya supaya berhati-hati ketika memandu.
Justeru, dia yang tinggal bersama suaminya di Taman Sri Pendang, dekat sini, sememangnya terkejut apabila menerima panggilan daripada pihak atasan anaknya memaklumkan bahawa Munir ditimpa kemalangan, malah dia dikatakan turut hilang.
Sebelum ini, seorang pemuda yang dilaporkan hilang selepas Proton Saga dipandunya terbabas ke dalam sungai berhampiran Pengkala Feri Kaba, Ahad lepas, ditemui kira-kira 20 kilometer dari lokasi kenderaan dinaikinya terjunam tiga hari kemudian.
Difahamkan, arwah Munir dan rakannya mengalami kemalangan berikutan kawasan terbabit yang agak gelap, manakala mangsa juga dipercayai belum mahir mengenai selok-belok laluan berkenaan sehingga mengakibatkan kenderaan terbabas ke dalam sungai itu.
Lantai kilang meletup tiba-tiba
- Pekerja kilang yang cedera parah dibawa ke Hospital Ampang Puteri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, pihaknya menerima panggilan telefon kira–kira jam 12.13 tengah hari menyatakan terdapat satu kebakaran berlaku di kilang terbabit.
- Pekerja kontrak bangunan yang cedera dihantar ke Hospital Gleneagles.
“Setibanya di tempat kejadian kira-kira jam 12.25 tengah hari, kami mendapati tiada berlaku kebakaran tetapi terdapat kesan letupan melibatkan bahagian lantai kilang.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati, lantai kilang setebal lima inci di mana di bawahnya terdapat tangki saluran pemprosesan kertas meletup secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya,” katanya.
Zainal Abidin berkata, kejadian itu menyebabkan serpihan simen lantai bertaburan dan membentuk satu lubang.
Katanya, ketika kejadian berlaku kilang tidak beroperasi namun terdapat beberapa orang pekerja yang berada di kawasan itu.
“Salah seorang daripada mereka cedera parah terkena serpihan simen dan terpaksa dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan lanjut.
“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan tiada kebocoran gas berlaku di kilang terbabit. Pihak kami kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu menerusi bantuan unit siasatan dari Temerloh.
“Buat masa ini, kawasan kejadian ditutup sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih terperinci,” katanya.
Sementara itu, seorang saksi kejadian yang dikenali sebagai Tam, 42, yang merupakan pekerja kontrak bangunan berkata, ketika kejadian berlaku terdapat empat orang berada di kawasan kejadian.
Katanya, secara tiba-tiba terdapat bunyi letupan kuat dari arah lantai menyebabkan dia dan seorang lagi rakan berlari menyelamatkan diri keluar dari kilang itu.
“Pada masa itu, saya lihat rakan saya cedera di bahagian tangan menyebabkan saya mengambil keputusan menghantarnya terus ke hospital.
“Seorang lagi pekerja kilang terpaksa dihantar ke hospital menggunakan ambulans akibat kecederaan parah di bahagian kaki,” katanya.
Sinar Harian difahamkan pekerja kontrak bangunan dihantar ke Hospital Gleneagles atas permintaan keluarga, manakala pekerja kilang pula dihantar ke Hospital Ampang Puteri untuk menerima rawatan lanjut.
Lori tayar rempuh treler
Keadaan lori muatan tayar selepas merempuh belakang treler.
REMBAU – Pemandu dan kelindan lori nyaris maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan sebuah treler di Kilometer 226.4, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, sebuah treler muatan simen dan cat yang dipandu di lorong paling perlahan dirempuh lori membawa muatan tayar yang dalam perjalanan dari Senawang ke Ayer Keroh.
Menurut pemandu treler, Abu Bakar Hassan, 53, dia terkejut apabila mendengar bunyi dentuman kuat sebelum treler dipandunya terbabas ke kiri lalu melanggar tebing.
"Setelah treler saya rempuh tebing, badan saya secara tiba-tiba kaku dan tidak dapat bergerak. Kelindan terpaksa papah bawa saya keluar dari treler.
“Beberapa minit kemudian barulah badan saya kembali pulih dan saya mula rasa sakit dada. Ini kali pertama saya terlibat kemalangan sepanjang 15 tahun saya memandu treler ini," katanya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, lori membawa muatan tayar merempuh bahagian belakang treler membawa muatan simen dan cat sehingga treler berkenaan terbabas ke kiri sebelum merempuh tebing.
“Susulan rempuhan itu, pemandu lori tayar, Jaffar Yaakob, 32, dan kelindannya, Yusri Yusuf, 32, yang mengalami kecederaan kaki dan badan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut," katanya.
Keluarga 8 suspek kes rogol ambil tindakan
Tindakan itu diambil susulan tersebarnya gambar lapan suspek termasuk beberapa individu lain berpakaian tahanan yang berada dalam sebuah van pihak berkuasa.
Ibu seorang suspek yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu kerana memalukan keluarga sedangkan anak mereka belum disabitkan kesalahan.
“Kami tidak akan bertolak ansur dalam soal ini. Ini soal maruah dan masa depan anak-anak kami.
“Bagaimana maruah kami dan bagaimana masa depan anak kami yang sepatutnya boleh dirahsiakan tetapi disebar dan disiarkan dalam media massa,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Seorang lagi ibu kepada suspek berkata, kerahsiaan itu sepatutnya tersimpan dan hanya diketahui pihak berkuasa tetapi penyebarannya di media massa mencemarkan maruah ahli keluarga suspek.
“Cukuplah kami dimalukan dengan jiran serta penduduk kampung, tetapi kami kecewa dan tidak boleh bertolak ansur apabila maruah kami dicalar hingga diketahui seluruh negara.
“Gambar itu sudah cukup membuka aib kami semua sedangkan perbicaraan mahkamah sekalipun masih belum berjalan,” katanya.
Menurutnya, pihak berkuasa tidak sepatutnya terlepas pandang perkara sedemikian sepanjang suspek berada dalam jagaan atau pengawasan mereka.
Katanya, dari apa yang berlaku itu, individu terbabit atau pihak berkuasa harus bertanggungjawab berhubung perkara ini.
Seorang bapa kepada dua suspek berkenaan berkata, anaknya baru menerima keputusan soal siasat dan masih dalam proses siasatan sepenuhnya, tetapi gambar mereka didedahkan dengan niat mengaibkan.
Katanya, sikap individu terbabit jelas mencemarkan maruah keluarga mereka sehingga tersebarnya wajah anak mereka di akhbar, internet dan laman-laman sosial.
“Maknanya, semua yang terlibat mengambil, memuat naik dan menyebar serta menyiarkan gambar tersebut di internet, laman sosial dan televisyen swasta harus bertanggungjawab,” katanya.
Sinar Harian juga telah difahamkan bahawa gambar tersebut dirakam ketika kesemua suspek termasuk dua lelaki yang menghadapi kes berlainan sedang dalam perjalanan ke Selayang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Gambar tersebut telah mula dimuat naik antara 20 September hingga 25 September lalu dan terus tersebar di laman internet dan sosial.
2 mayat ditemui dalam but kereta Waja
Selain dihurung lalat dan berlumuran darah, kepala kedua-dua mangsa yang identitinya belum dikenal pasti itu didapati dibalut dengan pita pelekat.
Menurutnya saksi yang enggan dikenali, mayat terbabit ditemui oleh seorang pekerja penyelenggara Propel yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan tandas dan kawasan sekitar hentian tersebut.
Pekerja itu berasa curiga apabila melihat sebuah kereta Proton Waja berwarna perang dihurung banyak lalat.
Difahamkan, kenderaan itu diletakkan di kawasan terbabit sejak dua hari lalu.
“Pekerja itu kemudian membersihkan tumpahan cecair merah yang menitik dari but kenderaan itu kerana menyangka ia kesan kotoran makanan.
“Bagaimanapun, bahagian but kenderaan itu masih dihurung banyak lalat meskipun tumpahan cecair itu dibersihkan dan menyebabkan kakitangan berkenaan mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian semalam.
Sumber itu berkata, pekerja terbabit kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada pengurusan Plus yang membuat laporan polis pada jam 3 petang, semalam.
Menurutnya, anggota polis yang tiba di tempat kejadian memeriksa dan memutuskan untuk memecahkan cermin tingkap bahagian belakang kenderaan terbabit bagi membuka pintunya selepas pemilik kereta tidak muncul.
“Setelah but kereta dibuka, kami semua terkejut melihat dua mayat lelaki di dalamnya," katanya.
Sementara itu, anggota Pasukan Keselamatan Sukarelawan Kerian (PKSK) yang ditemui mendakwa berita kehilangan dua lelaki berbangsa Cina yang menaiki kereta bernombor pendaftaran PGN 4203 sudah disebarkan melalui laman sosial WeChat sejak tiga hari lalu.
“Setelah pihak kami dimaklumkan mengenai penemuan kereta bernombor pendaftaran sama digunakan mangsa yang hilang itu, kami segera ke lokasi penemuan dan mengesahkan kedua-dua mangsa bunuh berkenaan adalah orang hilang terbabit,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Mohd Radwan Bachik ketika ditemui di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua lelaki terbabit dibunuh.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis masih tidak mempunyai sebarang maklumat tambahan berkenaan identiti mangsa dan motif kejadian.
“Mayat kedua-dua mangsa terbabit akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.
“Siasatan terperinci masih dijalankan ke atas kedua-dua mangsa dan sebarang maklumat akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya.
Sisa-sisa hidup Angelina Jolie setelah diketahui jangka hayat hanya ada 3 tahun
Sisa-sisa hidup Angelina Jolie setelah diketahui jangka hayat hanya ada 3 tahun
Pasti, sisa hidup itu akan digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki kelemahan diri dan memberikan yang terbaik untuk orang yang tersayang.
Itulah yang perlu dilalui pelakon terkenal, Angelina Jolie, yang sudah meramal jangka hayatnya hanya berbaki lebih kurang tiga tahun sahaja.
Memandangkan tempoh tiga tahun itu bukanlah satu jangka masa yang panjang, Jolie yang lebih mesra disapa sebagai Angie ini turut membuat senarai perkara yang ingin dicapai dalam tempoh itu.
Menurut Angie atau nama sebenarnya, Angelina Jolie Voight, 38, salah satu perkara yang diingini adalah untuk bergelar isteri kepada tunangnya, Brad Pitt.
“Saya teringin untuk bergelar isteri kepadanya (Brad Pitt) sebelum saya meninggal dunia.
Pau Sambal Punca Murid Keracunan Makanan
Mereka merupakan sebahagian daripada 106 peserta Program Intensif Tahun Empat sekolah itu bagi persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun mengadu sakit perut, pening dan muntah sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap pada pukul 9 malam tadi.
Difahamkan kebanyakan mereka telah memakan kuih pau inti sambal pada sebelah petang.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu Mohd Nor Hiesam Ismail berkata, berikutan kejadian itu program berkenaan yang bermula Isnin lepas dan dijadual berakhir Jumaat ini telah dihentikan.
"Pihak kami dan sekolah akan melakukan siasatan bersama terhadap bekalan makanan yang diberikan kepada murid berdasarkan laporan daripada hospital," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, empat daripada 36 murid yang dibawa ke Hospital Sungai Bakap telah ditahan di wad manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.
Seorang mangsa Nur Arisya Azrin Mohd Nazri, 10, berkata, dia mula terasa sakit perut selepas empat jam memakan pau yang disediakan ketika minum petang.
"Ketika waktu minum petang kira-kira pukul 4 petang, semua pelajar diberi kuih pau sambal. Tetapi kami tidak rasa apa-apa sehingga ketika kami mahu memulakan pelajaran di dalam kelas pada pukul 9 malam.
"Saya terasa sakit perut dan pening sebelum melihat beberapa rakan yang lain turut mengalami sakit yang sama," katanya.
Bila Gengster Kampung Berebut Bohsia, Seorang Mati Ditikam
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa, Abdul Fariq Manah, 20,(gambar) dari Kampung Jerong Seberang, di sini, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kira-kira jam 10.11 malam akibat cedera terkena tikaman di jantung.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 9.15 malam memaklumkan terdapat satu pergaduhan sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, orang awam memberitahu terdapat seorang lelaki cedera ditikam tetapi sudah dihantar ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan dengan motosikal oleh ahli keluarganya sendiri,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, semalam.
Dakwa rampas kekasih abang suspek
Manoharan berkata, siasatan mendapati sejam sebelum kejadian, mangsa bersama dua adik-beradiknya dan enam lagi individu dari Kampung Durian Penjara, di sini, dikatakan berjanji untuk bertemu di lokasi kejadian bagi menyelesaikan masalah berhubung teman wanita antara adik mangsa dan abang kepada suspek utama berusia 17 tahun.
“Adik mangsa berusia 16 tahun dikatakan telah merampas teman wanita kepada abang suspek utama berusia 20 tahun sebelum ini dan pada awalnya, perbincangan dua kumpulan itu difahamkan berjalan dengan baik sebelum keadaan menjadi serius apabila mereka mula bertengkar mulut, bagaimanapun berjaya dileraikan pemilik kedai berkenaan.
“Namun, pertengkaran itu tidak berakhir di situ kerana tidak lama kemudian, beberapa lagi ahli kumpulan dari Kampung Durian Penjara, di sini, datang semula ke lokasi sebelum berlaku insiden tikaman itu,” katanya.
Manoharan berkata, hasil maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu dan IPD Marang segera menjalankan usaha memburu kesemua suspek.
“Dengan ketangkasan polis, tujuh suspek berusia antara 15 hingga 21 tahun termasuk tiga yang masih bersekolah dengan dua daripadanya bakal menduduki PMR esok (hari ini) ditahan.
“Selain itu, dua adik-beradik mangsa berusia 16 dan 21 tahun turut ditahan manakala suspek utama yang berusia 17 tahun dan tidak lagi bersekolah bersama abangnya berusia 20 tahun juga ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.
Calon PMR ditahan
Bagaimanapun kata Manoharan, ketika ini, polis sedang berusaha mengesan pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa kerana suspek utama dikatakan telah menyerahkan senjata itu kepada seorang lagi rakannya berusia 15 tahun yang turut berada di lokasi sejurus kejadian.
“Remaja itu yang juga merupakan calon PMR esok (hari ini) akan ditahan dan setakat ini, jumlah keseluruhan yang ditahan ialah seramai sembilan orang.
“Kita hanya mengesan satu senjata yang digunakan dan siasatan masih dijalankan sama ada terdapat lagi senjata lain atau individu lain yang mungkin terbabit dalam kes ini,” katanya.
Kesemua suspek kini direman tujuh hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata maut dalam rusuhan.
Manoharan turut mengharapkan kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berhubung pergaduhan itu dapat tampil menghubungi IPD Marang atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
POWER !!! Lelaki Tembak Jatuh Helikopter
Pegawai tentera berkata, mereka yang mati ialah dua kru dan dua anggota tentera yang berada di dalam helikopter ketika ia jatuh ditembak di padang pasir barat Baji, bandar di utara Baghdad.
Helikopter Iraq sering ditembak ketika menjalankan operasi, termasuk sebuah bulan lalu apabila juruterbangnya cedera.
Terdapat kebimbangan Iraq mungkin kembali kepada perang saudara membabitkan masyarakat Sunni dan Syiah seperti yang berlaku 2006-2007 hingga meragut puluhan ribu nyawa.
Iraq menyaksikan peningkatan ketara dalam keganasan termasuk beberapa siri serangan antara fahaman agama bulan lalu dengan PBB menyatakan, purata 1,000 orang mati setiap bulan.
Kerajaan Iraq kelmarin meluluskan bayaran elaun ‘bahaya’ untuk anggota keselamatan di tujuh “kawasan panas” termasuk Baghdad, menandakan keadaan keselamatan yang kian buruk.
Janet Jackson Minat Kanak-Kanak Syria Dan Jordan
Penyanyi berusia 47 tahun itu yang Februari lalu mengumumkan dia berkahwin secara rahsia dengan ahli perniagaan Wissam Al-Mana, 37, dalam majlis tertutup tahun lalu, bersungguh-sungguh mahu menjadi ibu dan sudah mula mengkaji proses untuk mendapatkan anak angkat itu.
Satu sumber memberitahu UsMagazine.com: “Dia sedar dia tidak akan mengandung. Kerana itu dia berusaha untuk mendapatkan anak angkat. “Dia begitu sedih dengan kejadian di Jordan dan Syria.
“Janet sentiasa memandang berat mengenai kebajikan kanak-kanak di seluruh dunia, dan terpanggil untuk memberi segala yang diperoleh kepada kanak-kanak itu,” kata sumber.
Janet, bekas isteri James DeBarge dan Rene Elizondo mula menjalin hubungan dengan Wissam pada 2010.
Angelina Jolie Arah Filem Perang
Filem perang dunia kedua itu ialah filem kedua arahan Angelina selepas filem “Land of Blood and Honey” pada 2011 yang menerima pelbagai kritikan.
Aktres itu sudah berada di Sydney bersama anak-anaknya sejak beberapa minggu lalu bagi mencari lokasi sesuai untuk penggambaran. Timbalan Perdana Menteri New South Wales, Andrew Stoner berkata, syarikat penerbitan Universal Pictures akan menyuntik jutaan dolar kepada ekonomi negeri itu dan dijangka mewujudkan 300 peluang pekerjaan untuk kru perfileman dan pelakon tambahan.
“Berita baik ini mengesahkan status antarabangsa New South Wales sebagai lokasi utama di Australia untuk penerbitan filem berskala besar dan mempamerkan standard bertaraf dunia industri perfileman kita,” katanya.
Unbroken berdasarkan kepada buku jualan terlaris tulisan Laura Hillenbrand yang mengisahkan kehidupan hebat wira perang Louis Zamperini.
APA NAK JADI......Siang alim malam jadi setan
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Muda, Mejar (B) Shamsudin Ismail berkata, suspek termasuk calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang menduduki peperiksaan itu bermula semalam ditahan ketika mengumpil tabung masjid.
Bunuh, Simpan Kepala Abang Dalam Peti Beku
Aurele Al-manza, 48, mendakwa membunuh abangnya, Olmas kerana mempertahankan diri.
Lelaki itu membungkus anggota badan yang dipotong termasuk kepala abangnya sebelum disimpan dalam peti pembeku.
Almanza menyerah diri dan mengaku membunuh abangnya kepada polis tempatan di Pulau Mallorca, semalam setahun selepas kejadian itu.
Almanza mendakwa abangnya, Osmas cuba menyerangnya dengan penukul ketika mereka bergaduh.
Lelaki itu mengajak abangnya tinggal bersamanya ketika susah, tetapi mereka kerap bertelingkah.
Dia mendakwa dihantui kejadian itu dan menyerah diri setahun selepas kejadian.
EEMMM.............DAH KENA SABOTAJ PUN BOLEH DAPAT RM 700,000
PENARIK KERETA DITUDUH MEMBUNUH PENGASAS AMBANK
Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Wanita hamil 13 janin
Fadhil berkata, dia berkahwin dengan seorang lagi wanita tahun lalu selepas isterinya gagal hamil lagi. “Saya gembira dengan kehamilan isteri saya tetapi pada masa yang sama saya juga bimbang bagaimana untuk menjaganya.
Ini dia Rokok Termahal di Dunia, Dibalut Pakai Kertas Emas 24 Karat
My Blog List
-
عين ازال للعطورات3 years ago
-
20 MANFAAT VICKS VAPORUB7 years ago
-
AFRINA BEAUTY10 years ago
-
Lawak Gelak Suami Sendiri10 years ago
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 years ago
-
-
Lukisan 3D Pada Sekeping Kertas..11 years ago
-
-
feedjit
Archives
-
►
2014
(7)
- ► 02/16 - 02/23 (3)
- ► 01/19 - 01/26 (4)
-
▼
2013
(951)
- ► 12/22 - 12/29 (11)
- ► 12/15 - 12/22 (24)
- ► 12/01 - 12/08 (6)
- ► 11/24 - 12/01 (10)
- ► 11/10 - 11/17 (15)
- ► 11/03 - 11/10 (30)
- ► 10/27 - 11/03 (40)
- ► 10/20 - 10/27 (22)
- ► 10/13 - 10/20 (5)
- ► 10/06 - 10/13 (18)
-
▼
09/29 - 10/06
(50)
- Vettel fastest in Korean Grand Prix final practice
- Wei Feng mara ke separuh akhir
- Marotte, Lechner kuasai peringkat keempat LIMBC
- Liverpool elak tewas lagi
- Anak penjaga gol JDT meninggal dunia
- Penyelam ditemui mati lemas di Pulau Tioman
- Arnold Schwarzenegger masih hebat di layar perak
- Bisikan kematian Sadako
- Wanita cedera ditendang jiran
- BETUL KE NI....Budak 12 tahun menang motosikal Mod...
- Fitnah mayat dibaham buaya
- Lantai kilang meletup tiba-tiba
- Lori tayar rempuh treler
- Keluarga 8 suspek kes rogol ambil tindakan
- 2 mayat ditemui dalam but kereta Waja
- Sisa-sisa hidup Angelina Jolie setelah diketahui j...
- Pau Sambal Punca Murid Keracunan Makanan
- Bila Gengster Kampung Berebut Bohsia, Seorang Mati...
- POWER !!! Lelaki Tembak Jatuh Helikopter
- Janet Jackson Minat Kanak-Kanak Syria Dan Jordan
- Angelina Jolie Arah Filem Perang
- APA NAK JADI......Siang alim malam jadi setan
- Bunuh, Simpan Kepala Abang Dalam Peti Beku
- EEMMM.............DAH KENA SABOTAJ PUN BOLEH DAPAT...
- PENARIK KERETA DITUDUH MEMBUNUH PENGASAS AMBANK
- Wanita hamil 13 janin
- Ini dia Rokok Termahal di Dunia, Dibalut Pakai Ker...
- Digilis kereta api ketika berasmara
- BIAR BETUL...........Maha Al Musa, Wanita yang Ing...
- wow.........Kim Kardashian Kembali Seksi.
- Sedar dari koma, lelaki muslim ini masuk Kristian
- Persiapan Rajagobal terencat 'ketiadaan' pemain to...
- Raja Azmi mula edar kad kahwin ala-ala frame gamba...
- Ahmad Tamimi Siregar berehat selepas rawatan jantu...
- CINTA KEMBALI BERTAUT...KELUARGA REDZWANI TERIMA S...
- PARAH.....Kereta laju masuk khemah
- Takdir 2 sahabat mangsa lemas
- TERKINI....."AYAM BUSUK" PUNCA KERACUNAN MAKANAN Y...
- Allahhu Akhbar Dengar Khabar Mr Bean Memeluk Islam...
- MENARIK...GAMBAR LAWAK TERKINI
- Gambar Mayat Kemalanga Puteri Diana
- Skuad takraw gagal buat kejutan
- Penyudah tumpul!
- MAUT... Mangsa tersalah pilih kanopi
- Lebih sejam tahan sakit dalam tandas
- Suarez makes explosive return to Premier League
- Clough sacked by Derby after Forest defeat
- GILA... Hempas anak demi 'game'
- BIAR BETUL !!! Dakwah kelab dangdut
- NGERI... Nahas kepala putus
- ► 09/22 - 09/29 (59)
- ► 09/15 - 09/22 (85)
- ► 09/08 - 09/15 (45)
- ► 09/01 - 09/08 (65)
- ► 08/25 - 09/01 (38)
- ► 08/18 - 08/25 (29)
- ► 08/04 - 08/11 (17)
- ► 07/28 - 08/04 (65)
- ► 07/21 - 07/28 (62)
- ► 07/14 - 07/21 (37)
- ► 07/07 - 07/14 (70)
- ► 06/30 - 07/07 (23)
- ► 06/23 - 06/30 (24)
- ► 06/16 - 06/23 (16)
- ► 06/09 - 06/16 (27)
- ► 06/02 - 06/09 (34)
- ► 05/26 - 06/02 (1)
- ► 05/19 - 05/26 (5)
- ► 05/12 - 05/19 (9)
- ► 05/05 - 05/12 (1)
- ► 04/28 - 05/05 (1)
- ► 04/21 - 04/28 (1)
- ► 04/14 - 04/21 (4)
- ► 04/07 - 04/14 (2)
Followers
Popular Posts
-
Sama ada gambar ni betul atau palsu tak dapatlah nak dipastikan. Tetapi gambar ni banyak terdapat di internet. anda nilaikan lah sendiri s...
-
BAHARU sahaja dikhabarkan mempunyai masalah hutang, kediaman aktres Sri Devi dan Boney Kapoor musnah dalam kebakaran pada Ahad lalu. ...
-
Military action against Syria will deter North Korea from using chemical weapons, a US defence chief says. Under secretary of defence ...
-
Pengarah dan pelakon, Nam Ron membuat kejutan apabila mengakui dirinya adalah wanita selepas tamat mengarahkan teater Kompilasi Nam Ron lak...
-
Kisah suka dan duka seorang seniman agung Malaysia iaitu Allayarham Tan Sri P. Ramlee yang akhir hayatnya mempunyai kisah tersembunyi yang...
-
Sydney: Pemimpin ajaran sesat Papua New Guinea yang dikenali sebagai ‘Black Jesus’ dikasi oleh orang ramai yang berang selepas mereka mene...
-
Kazakhstan ialah negara yang menjadi bahan jenaka Sacha Baron Cohen didalam filem Borat. Tapi tahukah anda negara bekas ahli Kesatuan Sov...
-
Samuel L. Jackson has just been confirmed for a role in the film adaptation of Stephen King's novel "Cell", which will also ...
-
Sorang wanita bernama HLA HTAY (40) magkin cukup berani.Perawt yang bekerja di YANGON ZOOLOGICAL GARDEN di MYANMAR ini bersedia meny...
-
A possible diplomatic solution to avoid a US military strike has opened up as Syria swiftly welcomed a suggestion to turn over all of it...