Seorang ikon dalam dunia muzik pop antarabangsa mengejutkan ramai pihak apabila dilaporkan sedang mempelajari serta mendalami al-Quran.
Madonna yang sebelum ini difahamkan menganut kepercayaan Kabbalah dikatakan telah mula mendekati Islam kerana kekasihnya, Brahim Zaibat,28.
Brahim berasal daripada Perancis merupakan penari Madonna dan mereka mula bersama sejak 2012.
Dia yang berdarah kacukan Morrocco di sebelah bapanya dikatakan telah bergaduh dengan ikon muzik pop tersohor itu hingga menimbulkan keinginan buat Madonna untuk mempelajari lebih mendalam isi kandungan Al-Quran.
“Saya kini sedang dalam proses membina sekolah untuk kanak-kanak perempuan beragama Islam di sebuah negara Islam dan sedang mempelajari Al-Quran.
“Saya rasakan penting untuk saya mendalami dan memahami isi kandungan kitab suci tersebut.
Seorang teman bernama Yaman seringkali berkata kepada saya bahawa seorang Muslim yang baik adalah Yahudi yang baik dan seorang Yahudi yang baik adalah penganut Kristian yang baik. Begitulah seterusnya.Saya amat bersetuju dengan kenyataanya itu,” ucap Madonna dalam kenyataannya walaupun sedar pendiriannya kali ini lain dari yang lain.
Madonna yang kini berusia 55 tahun itu telah lahir dan dibesarkan dalam keluarga yang menganuti agama Roman Katolik dan semenjak 17 tahun lalu dia telah mula mengenali kepercayaan Kabbalah dan telah menganuti sejak 1996 lagi.
Penyanyi lagu hits Like A Prayer ini juga dilaporkan seorang pengikut Kabbalah yang ekstrim sehingga pernah mencampurkan air jus oren anaknya dengan air suci daripada kepercayaan Kabbalah untuk diminum mereka selain mengamalkan memakai serba putih kerana dikatakan mampu menarik tenaga positif dalam kehidupan seharian.
Terbaru sekali ketika ditemubual oleh majalah Harper’s Bazaar, Madonna berkata bahawa ramai orang takut mengenainya. “Ia telah membuatkan ramai orang marah bila mengetahui saya mendalami Al-Quran.
Disebabkan ini saya tertanya-tanya pada diri sendiri, adakah percubaan untuk berhubung dengan tuhan boleh dikira sangat berani? Mungkin juga,”ucapnya.
Dia turut menambah bahawa dia seorang yang mempercayai perlakuan ritual dan sebelum ini dia tidak sekadar mempercayai suruhan semata. Ya, saya suka provokasi ia merupakan cara saya. Tetapi bila perkara seperti ini berulang kali berlaku, pasti ada sebabnya mengapa ia berlaku,”tambahnya lagi.
MADONNA PELAJARI AL-QURAN KERANA KEKASIH
HAZAMA MENDOMINASI PENCALONAN UTAMA AIM 20
Lima kategori tersebut adalah Persembahan Vokal Terbaik
Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Relakan Jiwa, Persembahakan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu bersama kumpulan Sleeq menerusi lagu Lari, Kulit Album Terbaik, Lagu Rock Terbaik menerusi lagu Ulek Sayang dan ketegori Album Terbaik menerusi album Penglipur Lara.
Hazama yang ditemui selepas sidang media berkata dia tidak menyangka dengan keputusan itu dan menganggap kejayaan tersebut sebagai tanda dia kini sudah mula diterima dalam industri.
"Saya memang tak sangka boleh menjadi antara penyanyi yang paling banyak tercalon. Saya kira ini satu peluang yang baik untuk kerjaya saya kerana ia membuktikan industri sudah mula membuka ruang untuk saya terus berkarya.
Saya tidak meletakan harapan yang besar untuk menang, apa yang saya capai ini pun merupakan kejayaan yang besar," katanya.
Selepas Hazama, diikuti dengan penyanyi Hafiz Suip dan Amir Jahari yang mana masing-masing tercalon dalam 4 kategori dalam pencalonan akhir AIM 20.
Hafiz berjaya tersenarai dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku, Rakaman Album Terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Mungkinkah dan Album Terbaik untuk Luahan Hati Anak Seni.
Manakala Amir Jahari pula tersenarai dalam 4 kategori seperti Kulit Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik untuk album Penghibur Jalanan, Video Muzik Terbaik menerusi lagu Tanpamu dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Gelisah.
Tidak ketinggalan nama-nama besar lain yang turut tercalon dalam pencalonan akhir AIM 20 adalah seperti Jaclyn Victor, Dato' Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Adira , Yuna dan ramai lagi.
Sementara itu, terdapat satu kategori baru iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu yang mana senarai calon akhir menyaksikan paduan suara penyanyi-penyanyi ternama tanahair di dalam lagu-lagu popular semasa termasuk Sedetik Lebih gandingan Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah, In Love With You dendangan Noh salleg dan Aizat Amdan dan Lari yang dibawa oleh Sleeq dan Hazama.
Dalam pada itu, RIM juga mendedahkan senarai penuh juri-juri terkemuka yang terlibat dalam proses penjurian yang terdiri daripada tokoh-tokoh berwibawa industri muzik tanahair termasuk Adnan Abu Hassan, Ajai, Aubrey Suwito dan Dato' Ramli Sarip. Pengarah Muzik tersohir, Dato' Ramli MS bertindak sebagai Ketua Juri untuk kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM 20, Rosmin Hashim telah mengesahkan penglibatan Macomm Management Services Sdn Bhd merupakan firma yang telah mengendali proses penghakiman untuk tahun ini.
"Penyertaan dari pengamal industri muzik sangat menggalakan kerana kita telah menerima sejumlah 594 pencalonan pada tahun ini, bermakna peningkata sebanyak 20% bersanding 465 pencalonan yang kita telah terima pada tahun lalu.
"Kesemua pencalonan-pencalonan yang diterima telah diadili oleh panel juri terpilib yang hanya terdiri dari pengamal-pengamal industri muzik berwibawa, mahir dan disegani dalam bidang masing-masing," jelasnya.
AIM 20 bakal berlangsung di Stadiums Putra Bukit Jalil pada hari Sabtu, 14 Disember 2013. Astro sebagai penyiar rasmj akan menyiarkan secara langsung acara Karpet Glamor AIM 20 pada jam 8.30 malam disusuli siaran langsung acara kemuncak AIM 20 pada jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) serta siaran serentak di Maya HD (saluran 135).
SENARAI PENCALONAN PENUH AIM 20
YUSOF HASLAM LEGA KL GANGSTER 2 KUTIP RM5 JUTA
Penerbit filem, Dato` Yusof Haslam lega apabila filem arahan anaknya, KL Gangster 2 berjaya mengutip sebanyak RM5 juta meskipun berhadapan dengan isu penyebaran Internet dan cetak rompak sebelum ini.
Malah bagi Yusof, ianya merupakan satu rahmat buat filem arahan Syamsul Yusof itu walaupun telah kehilangan 70% penonton gara-gara insiden tersebut namun dia tetap bersyukur ia masih mendapat perhatian daripada peminat setia filem berkenaan.
Menerusi laporan mStar Online, Yusof, 59, sebelum ini bagaimanapun tidak berharap tinggi gara-gara penyebaran filem itu di Internet dan mensasarkan kutipan sekitar RM1 juta sahaja tetapi atas sokongan peminat tempatan, kutipan di panggung berjaya mencecah RM5 juta.
"Ia satu kejayaan juga buat Skop Production dan sokongan daripada penonton dan peminat setia filem ini amat saya hargai," katanya.
Dalam perkembangan sama, Yusof berkata, walaupun penjualan tiket di beberapa negeri di Utara dan Pantai Timur agak lembap namun beliau memberitahu jumlah penonton yang tinggi di Lembah Klang telah menjadi penyelamat kepada karya tersebut.
Dalam pada itu, Yusof masih menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung penyebaran filem berkenaan sebelum ini.
Jelas Yusof, sehingga kini kedua-dua pihak tersebut tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai laporan yang dibuat walaupun telah beberapa kali beliau bertanya mengenainya.
Yusof dengan nada terkilan berkata dia kecewa apabila perkara ini dipandang remeh kerana ia bukan hanya mengenai filemnya tetapi siasatan itu perlu dibuat bagi memberi jaminan bahawa kejadian menimpa syarikat produksinya tidak akan berulang kepada penerbit lain.
KL Gangster 2 yang menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Aaron Aziz, Zizan Razak, Soffi Jikan, Sheera Iskandar, Adi Putra dan Syamsul Yusof telah menelan belanja sebanyak RM4.5 juta untuk dihasilkan.
BERBEZA AGAMA, KELUARGA TAK HALANG HAZAMA BERCINTA DENGAN GENERVIE
Penyanyi, Hazama Ahmad Azmi, 29, akui keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah menghalang hubungan cintanya yang terbaru bersama pemuzik wanita, Genervie Kam, 33.
Malah Hazama berkata dia dan kekasihnya yang berbeza agama itu sudah pun dibawa jumpa keluarga masing-masing.
"Keluarga saya mahu pun dia tidak pernah menghalang hubungan kami, malah kami sudah bawa berjumpa dengan keluarga masing-masing untuk diperkenalkan.
Kami baru menjalinkan hubungan selama 6 bulan dan saya masih anggap kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing, namun tak dinafikan saya cukup selesa dengannya.
"Dia seorang yang sangat memahami akan diri dan kerjaya saya.
Kami juga sekepala dalam banyak perkara mungkin kerana berada dalam satu industri.
"Malah, saya seronok bersamanya kerana kami banyak berbincang pasal muzik dan kerjaya bersama dan bukan hanya hendak bercinta sahaja,"katanya kepada murai.com.my selepas sidang media Anugerah Industri Muzik yang ke 20 (AIM 20) semalam.
Sejak awal bulan lalu, nama Hazama sering menjadi perbualan di kalangan media dan peminat kerana dikatakan sedang berkawan rapat dengan pemuzik itu yang juga seorsng pemain violin terkenal itu. Sebelum ini Hazama telah mejalinkan hubungan cinta selama 7 tahun dengan bekas kekasihnya.
Meskipun berbeza agama, Hazama memberitahu dia gembira kerana Genervie seorang yang terbuka dan minat untuk mengetahui beberapa perkara tentang agama Islam sejak mereka menjalinkan hubungan.
"Saya tak pernah memaksanya untuk mendalami agama Islam atau sebagainya sebaliknya saya lihat dia seorang yang suka bertanya mengenai beberapa perkara mengenai budaya Islam seperti mengapa orang Islam makan buah kurma ketika berbuka puasa.
"Saya hanya jawab dengan jawpan yang logik dan tanpa memberatkan dia mengenai Islam selebihnya.
Terus-terang saya tidak mahu memaksanya untuk mendalami agama Islam atau memeluk Islam sebaliknya biarlah dia terima Islam dengan hati yang terbuka. Itu yang saya harapkan," luahnya lagi.
Mengenai perkembangan terbaru Hazama, dia sedang mempromosikan album Penglipur Lara dan bakal muncul dalam filem Hantu Nan Sempit tak lama lagi.
KHATAM QURAN DAN PERNIKAHAN DIANA AMIR, HABIB
Sebentar tadi telah berlangsungnya majlis akad nikah pelakon Diana Amir yang telah dinikahkan dengan Muhammad Habib Bullah A. Rahman iaitu seorang Pensyarah di UiTM Merbok Kedah di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Dengan sekali lafaz Diana Amir telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Habib Bullah A. Rahman.
Diana Amir dan Habib telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Hazaruddin Baharuddin dan disaksikan oleh 2 orang Imam masjid berkenaan. Dalam majlis akad itu, Diana telah berwakil walikan bapanya, Mohd Kassim.
Mempelai yang mengenakan busana rekaan Ezuwan Ismail kemudian ke sesi membatalkan air sembahyang yang mana Habib telah menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Diana Amir.
Habib telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1000 dan senaskah al-Quran selain sebentuk cincin. Tidak seperti kebiasaan pasangan bernikah yang lain, kedua-dua mempelai tidak mengikut adat berbalas hantaran.
Pasangan kemudian diraikan di atas pelamin yang berkonsepkan Taman Kristal ilham dari penaja dekorasi iaitu Saidul Sin Couture Gallery.
Majlis yang diuruskan oleh Tetta Juta Event telah dihadiri oleh 300 orang tetamu iaitu terdiri daripada kalangan media, rakan artis, sahabat dan juga keluarga kedua belah pihak.
Selain keluarga kedua belah pihak, majlis turut dihadiri oleh David Teo dan isteri serta rakan artis seperti Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Adam Corrie dan Anita Baharom.
Pasangan belum memutuskan sama ada akan mengadakan majlis resepsi atau tidak dan bakal mengumumkannya di kemudian hari.
Pasangan ini telah berkenalan pada tahun 2011 dan bertunang pada September 2012. Suaminya merupakan Pensyarah Sains Politik dan Asean di UiTM Merbok, Kedah
CHRISTINA AGUILERA KEMBALI LANGSING DAN MENGGODA
Selepas kerap dikritik hebat kerana fizikalnya yang agak berisi,kini penyanyi kegemaran ramai Christina Aguilera kembali menggoda dengan bentuk tubuhnya yang menggiurkan.
Juri tetap program The Voice itu telah berkongsi foto menggoda di laman sosial miliknya baru-baru ini ketika mengadakan sesi penggambaran untuk haruman terbarunya, Unforgettable.
Dalam gambar berkenaan, Christina telah berbaring di atas katil dengan memberikan lentuk badan menggoda di dalam persalinan putih sendat terdedah di belakang dan tumit tinggi berkilau sambil memandang ke arah kamera yang dipegangnya.
Menurut laporan beberapa media hiburan Hollywood, berita penurunan berat badan superstar berkenaan telah menjadi bualan hangat sejak Christina berjaya menurunkan berat badan beberapa bulan lalu.
Malah menerusi temubual di dalam rancangan bual bicara The Tonight Show bersama John Leno bulan lalu, Christina menyatakan bahawa dia tidak pernah merasakan dirinya seksi seperti itu dalam usianya yang sudah pun mencecah 32 tahun.
Bagaimanapun dalam kenyatannya di dalam majalah Maxim baru-baru ini, dia berkata bahawa dia tidak pernah terlintas untuk mencuri perhatian sesiapa apatah lagi untuk tampil begitu seksi dengan bentuk badannya itu.
“Saya seorang wanita yang ringkas.
Saya sangat selesa dengan hanya menyarungkan jersi dan celana pendek lelaki.“Mencuba untuk tampak seksi adalah perkara yang paling tak diingini,” katanya dalam satu kenyataan di dalam majalah berkenaan.
Sementara itu dalam kenyataan lain Christina berkata, meskipun sibuk menghabiskan masa di gimnasium dan mengamalkan diet sihat, keutamaan dalam dirinya tidak lain tidak bukan adalah anak lelakinya, Max yang kini berusia lima tahun.
Bercakap dalam majalah Redbook, anaknya dan juga bekas suaminya adalah alasan kenapa dia mengambil keputusan untuk berhenti seketika daripada menjadi juri The Voice musim yang lalu.
“Jika saya diberi pilihan antara membuat senaman dan mengisi masa bersama-sama anak saya Max selepas hari yang sibuk, itu bukanlah persoalannya.
“Saya memilih untuk berehat seketika dan mendapatkan kehidupan semula dengan anak saya saya,” katanya yang bekerja keras untukkembali aktif dan bahagia.
Steadfast Wee Wern stays on course
Low Wee Wern steeled her nerves and battled past jet lag to advance into the China Open quarter-finals.
The two-time defending champion had to fly home to Malaysia after her father, Eric Low was hospitalised, and the fatigue from the travels caused her to struggle a little against Rachael Grinham, although Wee Wern managed to edge out 11-4, 7-11, 11-9, 7-11, 11-5.
"
I am struggling with the jet lag, most of the girls are coming from the US Open, so the 12 hours difference is hard to cope with.
"I am lucky to get through today," said Wee Wern in Squashsite, who will have a daunting task of facing second seed Raneem El Weleily next.
Her teammate and recently crowned US Open champion Nicol David, swept past her first round opponent, China's Li Donglin, 11-6, 11-4, 11-2 to set up a quarter-final meet with India's Dipika Pallikal, who stunned seventh seed Madeline Perry in three games.
Pegawai bank mati ditembak pengawal keselamatan:- (Suami minta henti sebar gambar kematian Norazita)
Suami minta henti sebar gambar kematian Norazita
Suami mangsa, Irwan Kamarudin mententeramkan anak bongsunya, Muhd Hazimy ketika menunggu mayat isterinya dibedah siasat.
Suami kepada pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, yang ditembak mati dalam kes rompak dan bunuh semalam, meminta semua pihak memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kematian isterinya demi menghormati sensitiviti keluarga.
Irwan Kamarudin, 37, berkata penyebaran gambar itu akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa.
"Saya harap semua dapat memadamkan gambar dan video insiden kematian isteri saya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini selepas pengebumian isterinya di kampung halaman Allahyarham di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.
Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank itu sendiri selepas Norazita membuka pintu bilik kebal bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.
Susulan kejadian, gambar dan rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini.
Pagi ini, Irwan bersama dua anaknya, Nurnisa Nabilah, 12, Muhd Hazimy, 8, serta saudara maranya hadir di Bilik Mayat Hospital Serdang untuk pengecaman mayat isterinya.
Suasana pilu menyelubungi bilik mayat itu dengan Irwan cuba ditenangkan anggota keluarganya sambil menangis setelah beliau membuat pengecaman jenazah isterinya.
Malah mereka menunggu sehingga 2 petang sehingga laporan bedah siasat selesai dijalankan dan menuntut jenazah untuk dikebumikan.
Nurnisa Nabilah berkata, kebiasaannya ibunya akan menghantar dia dan adiknya ke sekolah namun semalam, disebabkan kesibukan kerja, ayahnya terpaksa menghantar mereka ke Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Subang, di sini.
"Dalam 7.30 malam saya terima panggilan dari mak saudara cakap mama dah tiada," katanya.
Sementara itu, pengurus bank berkenaan Lyonel Tan berkata kejadian ini pertama kali berlaku di bank berkenaan.
"Arwah merupakan seorang pekerja yang rajin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan penting seperti khidmat pelanggan," katanya.
Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Norazita.
"Bagi pihak Kumpulan AmBank, kami ingin merakamkan ucapan takziah, doa dan ingatan kali buat keluarga Allahyarham di saat yang begitu sukar ini," katanya menerusi satu kenyataan.
Kumpulan AmBank bekerjasama rapat dengan polis dalam siasatan kejadian itu dan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan kepada anggota keluarga Allahyarham.
Di KAMPAR, jenazah Norazita selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Ayer Hitam Labu di sini pada pukul 7.30 malam ini.
Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya kira-kira pukul 6.55 petang dari Hospital Serdang, Selangor sebelum dikebumikan bagi memberi peluang anggota keluarga, rakan-rakan dan penduduk kampung menziarahi jenazah.
Bapa Allahyarham, Abu Talib Mohd Isa, 75, yang ditemui di rumahnya berkata beliau dan keluarga reda dengan pemergian anak keduanya itu.
"Kali terakhir kami jumpanya pada hari raya korban lepas. Dia juga sempat jumpa adik beradik dan saudara mara," katanya yang mempunyai lima anak.
Ditanya mengenai dua anak Norazita, Abu Talib berkata isterinya Norsham Abdul Kader, 63, akan berada di rumah anaknya di Kuala Lumpur untuk menjaga cucu mereka sehingga hujung tahun ini.
Mengenai tindakan yang akan diambil berhubung pembunuhan anaknya itu, Abu Talib menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
"Kita sepatutnya mempunyai sifat seperti manusia lah. Kalau nak rompak, rompak jer lah duit. Tapi jangan lah sampai membunuh," katanya.
Donald Trump blazes over 'bogus university' lawsuit
Malaysia university's honour for N. Korea leader draws flak
SHILA AMZAH DIKENALI DI KOREA BERBANDING SITI DAN YUNA?
FOUZIAH GOUS & ZHAFRAN BULAN MADU MENAIKI CRUISE KE KRABI!
ROZITA CHE WAN & ZAIN SAIDIN PHOTOSHOOT PRE-WEDDING DI LONDON
SHARNAAZ BERSEMUKA DENGAN PEKIN, NAFI PUNCA PUTUS TUNANG
Aktor Sharnaaz Ahmad yang didakwa sebagai punca putusnya pertunangan antara Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose telah bersemuka sendiri dengan Pekin bagi meleraikan tuduhan tersebut.
Laporan dari mStar Online hari ini memetik, Sharnaaz, 28, berkata, dalam pertemuan itu dia menjelaskan tuduhan mempunyai hubungan sulit dengan Uqasha adalah satu fitnah sementara hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan sekerja.
“Saya berjumpa dengan Pekin untuk berbincang bagaimana hal ini boleh terjadi. Dan syukurlah Pekin faham penjelasan saya dan dia minta maaf kerana salah faham terbabit.
“Saya percaya, ada pihak yang menyampaikan cerita tidak betul kepada Pekin untuk melaga-lagakan kami,” jelas Sharnaaz ketika dihubungi mStar Online.
Sharnaaz dalam kenyataannya berkata, dia agak terkejut kerana lepas satu kontroversi, satu lagi kontroversi telah timbul mengenai dirinya.
Dia kemudian lantas mengatur satu pertemuan dengan Pekin bagi menjelaskan perkara sebenar iaitu hubungan sulit yang didakwa berlaku antara dia dan Uqasha adalah tidak benar sama sekali.
Sharnaaz turut menjelaskan bahawa berdasarkan pertemuan tersebut, Pekin yang telah dikenalinya tiga tahun lalu mengerti stiuasi sebenar dan telah memohon maaf di atas salah faham yang berlaku.
Sharnaaz turut harap hubungan Pekin dan Uqasha kembali seperti dahulu dan dia tidak mahu masuk campur tentang keputusan pertunangan mereka.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut menambah yang dia tidak faham mengapa terlalu banyak kontroversi menimpa dirinya sepanjang bergelar anak seni. Namun dia berharap semua itu sebagai dugaan dalam hidupnya untuk mencari rezeki.
DIANA AMIR BAKAL BERNIKAH DI TAMAN KRISTAL ESOK
Esok bakal menyaksikan pelakon, Diana Amir disatukan dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri bersama bakal suaminya, Mohd Habibbullah A Rahman di di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya.
Menariknya,selepas pasangan ini diijabkabulkan mereka akan duduk di atas pelamin di luar ruangan solat dalam kawasan masjid itu yang berkonsepkan taman dan taman itu diberi nama Taman Kristal.
Wah, tak tahulah bagaimana rupa Taman Kristal itu tetapi apa yang bayangkan pasti sesuatu yang indah dan romantis yang akan ditampilkan pada malam itu.
Sebelum majlis nikah esok, Diana Amir akan mengadakan majlis khatam al-Quran dan malam berinai di banggunan pejabat Metrowealth (MIG) sendiri malam ini.
Apa-apa pun,tahniah kepada Diana Amir dan pasangannya. Semoga majlis nikah esok berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
TUNKU HANIS DEDAH BERCINTA DENGAN ANAK SAUDARA DATUK K
Tunku Hanis berkata dia mula menjalinkan hubungan cintadengan kekasihnya sejak lebih kurang setahun yang lalu. “Ya, sebenarnya saya sudah mempunyai teman lelaki. Apa yang boleh saya beritahu dia kini berusia 30 tahun.
Dia bukan orang dalam industri sebaliknya, seorang ahli perniagaan. “Saya selesa menjalinkan hubungan cinta dengannya kerana diaseorang yang matang dan pandai menjaga saya dan membimbing ke arah kebaikan. “Kami dah kenal selama setahun.
Kami dah pun berjumpakeluarga masing-masing. InsyaAllah kalau panjang jodoh kami mungkin palingcepat kami nak ikat tali pertunangan tahun depan. Sebenarnya teman lelaki sayaitu adalah anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara.
Tapi anak saudara sebelah suaminya iaitu anak adik Datuk K,” katanya kepada murai.com.my selepas ditanya pihak media mengenai kesahihannya sudah mempunyai kekasih. Sebelum ini, Tunku Hanis pernah dikaitkan bercinta dengansuami orang sehingga diserang oleh isteri kepada lelaki yang mempunyai hubungan dengannya.
Tunku Hanis berkata sejak kes itu, dia akui fobia dan lebih berhati-hati berkawan dengan lelaki sehinggalah dia bertemu dengan kekasihnyasekarang. “Sebenarnya, lelaki itu yang datang kepada saya untuk berkenalan dan berkawan. Saya menyambut baik persahabatan itu tanpa mengetahui dia sudah berkahwin, malah dia beberapa kali menafikan yang dirinya sudah berkahwin. “Saya jadi marah apabila dapat tahu dia sudah berkahwin hanya selepas diserang isterinya. Saya terkejut dan terus memutuskan hubungan dengan lelaki itu. “Sejak itu, saya terus fobia untuk berkawan dengan lelaki dan berhati-hati jika mahu berkawan dengan mana-mana lelaki.
Namun saya tidak sangka, saya telah berjumpa dengan kekasih saya sekarang,” jelasnya lagi.
Mengenai perkembangan terbaru, Tunku Hanis bakal muncul dalam telemovie Cerita Sebenar Mengenai Bibah bersama pelakon lain seperti Pekin Ibrahim dan Siti Saleha di TV9 pada 30 Disember ini.
FARHAN SEDIH BILA DITUDUH PUTUS TUNANG
UQASHA SENROSE NAFI CURANG, MAHU PEKIN TUNJUK BUKTI
PUTUS TUNANG, PEKIN ADA BUKTI UQASHA SENROSE CURANG
Pekin dan Uqasha sudah tidak lagi bersama. Ini semua gara-gara timbulnya gosip dua hari lalu yang kononnya Uqasha telah berlaku curang terhadap Pekin.
My Blog List
-
عين ازال للعطورات3 years ago
-
20 MANFAAT VICKS VAPORUB7 years ago
-
AFRINA BEAUTY10 years ago
-
Lawak Gelak Suami Sendiri10 years ago
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 years ago
-
-
Lukisan 3D Pada Sekeping Kertas..11 years ago
-
-
feedjit
Archives
-
►
2014
(7)
- ► 02/16 - 02/23 (3)
- ► 01/19 - 01/26 (4)
-
▼
2013
(951)
- ► 12/22 - 12/29 (11)
- ► 12/15 - 12/22 (24)
- ► 12/01 - 12/08 (6)
- ► 11/24 - 12/01 (10)
- ► 11/10 - 11/17 (15)
- ► 11/03 - 11/10 (30)
- ► 10/27 - 11/03 (40)
-
▼
10/20 - 10/27
(22)
- MADONNA PELAJARI AL-QURAN KERANA KEKASIH
- HAZAMA MENDOMINASI PENCALONAN UTAMA AIM 20
- YUSOF HASLAM LEGA KL GANGSTER 2 KUTIP RM5 JUTA
- BERBEZA AGAMA, KELUARGA TAK HALANG HAZAMA BERCINTA...
- KHATAM QURAN DAN PERNIKAHAN DIANA AMIR, HABIB
- CHRISTINA AGUILERA KEMBALI LANGSING DAN MENGGODA
- Steadfast Wee Wern stays on course
- Pegawai bank mati ditembak pengawal keselamatan:- ...
- Donald Trump blazes over 'bogus university' lawsuit
- Malaysia university's honour for N. Korea leader d...
- SHILA AMZAH DIKENALI DI KOREA BERBANDING SITI DAN ...
- FOUZIAH GOUS & ZHAFRAN BULAN MADU MENAIKI CRUISE K...
- ROZITA CHE WAN & ZAIN SAIDIN PHOTOSHOOT PRE-WEDDIN...
- SHARNAAZ BERSEMUKA DENGAN PEKIN, NAFI PUNCA PUTUS ...
- DIANA AMIR BAKAL BERNIKAH DI TAMAN KRISTAL ESOK
- TUNKU HANIS DEDAH BERCINTA DENGAN ANAK SAUDARA DAT...
- FARHAN SEDIH BILA DITUDUH PUTUS TUNANG
- UQASHA SENROSE NAFI CURANG, MAHU PEKIN TUNJUK BUKTI
- LAGI..... ARTIS DAPAT GELARAN DATO'
- Shah Iskandar "Anggap Diana Kawan Biasa"
- Rihanna Dihalau Depan Masjid Abu Dhabi
- Kahwin rahsia: Apa kata selebriti?
- ► 10/13 - 10/20 (5)
- ► 10/06 - 10/13 (18)
- ► 09/29 - 10/06 (50)
- ► 09/22 - 09/29 (59)
- ► 09/15 - 09/22 (85)
- ► 09/08 - 09/15 (45)
- ► 09/01 - 09/08 (65)
- ► 08/25 - 09/01 (38)
- ► 08/18 - 08/25 (29)
- ► 08/04 - 08/11 (17)
- ► 07/28 - 08/04 (65)
- ► 07/21 - 07/28 (62)
- ► 07/14 - 07/21 (37)
- ► 07/07 - 07/14 (70)
- ► 06/30 - 07/07 (23)
- ► 06/23 - 06/30 (24)
- ► 06/16 - 06/23 (16)
- ► 06/09 - 06/16 (27)
- ► 06/02 - 06/09 (34)
- ► 05/26 - 06/02 (1)
- ► 05/19 - 05/26 (5)
- ► 05/12 - 05/19 (9)
- ► 05/05 - 05/12 (1)
- ► 04/28 - 05/05 (1)
- ► 04/21 - 04/28 (1)
- ► 04/14 - 04/21 (4)
- ► 04/07 - 04/14 (2)
Followers
Popular Posts
-
Sama ada gambar ni betul atau palsu tak dapatlah nak dipastikan. Tetapi gambar ni banyak terdapat di internet. anda nilaikan lah sendiri s...
-
BAHARU sahaja dikhabarkan mempunyai masalah hutang, kediaman aktres Sri Devi dan Boney Kapoor musnah dalam kebakaran pada Ahad lalu. ...
-
Military action against Syria will deter North Korea from using chemical weapons, a US defence chief says. Under secretary of defence ...
-
Pengarah dan pelakon, Nam Ron membuat kejutan apabila mengakui dirinya adalah wanita selepas tamat mengarahkan teater Kompilasi Nam Ron lak...
-
Kisah suka dan duka seorang seniman agung Malaysia iaitu Allayarham Tan Sri P. Ramlee yang akhir hayatnya mempunyai kisah tersembunyi yang...
-
Sydney: Pemimpin ajaran sesat Papua New Guinea yang dikenali sebagai ‘Black Jesus’ dikasi oleh orang ramai yang berang selepas mereka mene...
-
Kazakhstan ialah negara yang menjadi bahan jenaka Sacha Baron Cohen didalam filem Borat. Tapi tahukah anda negara bekas ahli Kesatuan Sov...
-
Samuel L. Jackson has just been confirmed for a role in the film adaptation of Stephen King's novel "Cell", which will also ...
-
Sorang wanita bernama HLA HTAY (40) magkin cukup berani.Perawt yang bekerja di YANGON ZOOLOGICAL GARDEN di MYANMAR ini bersedia meny...
-
A possible diplomatic solution to avoid a US military strike has opened up as Syria swiftly welcomed a suggestion to turn over all of it...