translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

ABBY ABADI SUDAH BERNIKAH 12 HARI



Beberapa spekulasi yang timbul sebelum ini mengatakan Abby Abadi sudah menjadi tunangan orang nyata tidak benar dan perkara ini di’sahkan sendiri empunya badan yang sudah pun menjadi isteri orang.
Melalui akaun Instagram beliau petang ini, Abby Abadi kongsikan berita gembira bersama semua dengan mengatakan yang beliau kini sudah 12 hari bergelar isteri kepada seorang lelaki muda bernama Farhan.
“Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 1 2hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian — Allah kami dulukan. Insyallah, majlisnya dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasti”
Dalam tulisan yang sama, Abby Abadi turut memberitahu yang mereka hanya berkenalan selama dua minggu sebelum mereka ambil keputusan untuk bernikah dan menganggap ini sebagai jodoh.
Difahamkan suami beliau bernama Farhan ini berusia dalam lingkungan 20′an berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai pembantu di kedai tudung milik Abby Abadi sendiri. Kalau sudah jodoh ‘kan? Tahniah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MELAMPAU!!!! INI BUKAN MANUSIA TAPI..........S*****N


Sama ada gambar ni betul atau palsu tak dapatlah nak dipastikan. Tetapi gambar ni banyak terdapat di internet. anda nilaikan lah sendiri sebab penulis pun mendapat dari sumber internet, kesahihan perkara ini tidak diketahui.















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MATI!!! MAIN GAME TANPA MAKAN DAN MINUM SELAMA 40 JAM


enter image description here
Nyawa seorang remaja berusia 18 tahun melayang gara-gara bermain video game selama 40 jam tanpa makan dan minum sepanjang tempoh berkenaan. Mayatnya ditemui oleh seorang pekerja di siber kafe berkenaan pada 15 Julai lalu. Pekerja terbabit menemui remaja tersebut sedang duduk di kerusi di dalam kafe tersebut dan apabila dia mengejutkan remaja berkenaan, remaja itu rebah. Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai di hospital.
Polis masih menyiasat punca kematian dan bedah siasat akan dijalankan ke atas mayatnya. Bagaimanapun punca kematian dipercayai akibat sakit jantung selepas duduk selama berjam-jam dalam posisi yang sama. Remaja itu meninggal dunia ketika sedang bermain permainan video game terbaru dan ini merupakan kematian kedua dilaporkan pada tahun ini melibatkan video game. Februari lalu, seorang lelaki di New Taipei ditemui mati di atas kerusi dengan badanya menghadap komputer manakala tangannya pula masih memegang papan kekunci komputer. Dia dipercayai telah bermain video game selama 23 jam dan punca kematian akibat serangan jantung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PATAH HIDUNG AKIBAT OBJEK TERBANG


 Seorang murid sebuah sekolah di sini, menerima 14 jahitan di muka apabila sebuah objek terbang mengenai mukanya ketika dia bersama dua rakannya dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di padang sekolah, kira-kira jam 1.30 petang Selasa lalu.


Nor Alia Shamimi Muhamad Jefri@Mimi, 10, cedera dan mengalami pendarahan teruk di muka, selain patah tulang hidung setelah objek itu secara tiba-tiba mengenai tepat ke mukanya.

Keadaan itu mengakibatkan anak kedua dari tiga beradik itu hampir pengsan dan terpaksa bertahan pada tiang gol bola sepak, sementara menunggu dua rakannya, Nur Ainul Madiah Mohd Karim, 10, dan Nuraidah Taqifah Samsuri, 10, memaklumkan kejadian itu kepada guru mereka.

“Mimi tak tau nak buat apa, Mimi terus nangis dan jerit panggil ibu. Memang sakit, rasa kebas satu muka. Mimi tinggal sorang diri sebab dua kawan lain lari untuk beritahu kepada guru dan ibu Mimi,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Terbak, Mukim Siong, di sini, semalam.  


Selepas beberapa minit menahan kesakitan, Mimi dibawa gurunya ke Hospital Baling seterusnya dihantar ke Hospital Sungai Petani.

Ditanya objek apakah yang mengenai mukanya itu, Mimi berkata, dia tidak tahu kerana terus rebah setelah objek tersebut mengenai mukanya.

“Tapi, kawan cakap, objek itu datang dari traktor mesin rumput kat padang. Mereka nampak objek itu keluar dari tayar traktor dan terus terbang ke arah kami.

“Dua rakan Mimi sempat elak, tapi Mimi tak nampak objek itu, sebab itu objek itu terus kena muka Mimi. Lagipun traktor itu tak berapa jauh dengan kami,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Mazlina Md Desa, 40, berkata, doktor memaklumkan kedalaman luka anaknya itu hampir dua sentimeter dan terdapat sedikit retakan di bahagian tempurung kepala.

Menurutnya, anaknya itu akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah dalam beberapa minggu lagi untuk pemeriksaan di kepala

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SAKIT...LENGAN AHLI BINA BADAN MELETUP DAN PECAH



Seorang ahli bina badan iaitu Greg Valentino yang menggunakan cecair steroid untuk menambahkan saiz ketulan pada badannya mengalami detik mencemaskan apabila ketulan 'biceps' pada lengan sebelah kanannya terlalu besar hingga meletup pecah!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAK SANGKA!! ARTIS BARAT MEMPUNYAI KECACATAN FIZIKAL UNIK DAN HODOH




Kate Bosworth – Perbezaan warna anak mata
mata kanan berwarna coklat kebiruan,  mata kiri berwarna biru sepenuhnya



Megan Fox - Ibu jari yang kontot

Joaquin Phoenix - Parut akibat pembedahan pembetulan bibir sumbing


Karolina Kurkova - Kurkova tidak mempunyai butang pusat hasil pembedahan 
ketika masih kanak-kanak

Jennifer Garner - Jari kaki bertindih di atas jari kaki yang lain


Vince Vaughn - kehilangan hujung ibu jari dalam kemalangan kereta


Seal Parut di bahagian tengah muka (Parut yang melampau pada muka dan kulit kepala Seal adalah disebabkan keadaan kulit yang dikenali sebagai eritematosus lupus discoid (DLE). Seal telah mendedahkan bahawa dia mengalami keadaan itu sejak remaja)



Weezer's Rivers Cuomo - Dilahirkan dengan kaki kiri 1 3/4 in 
lebih pendek daripada kaki kanan.Selepas kejayaan album The Blue, Cuomo 
menjalani prosedur pembedahan tulang di kakinya, diikuti dengan 
beberapa bulan memakai pendakap kaki keluli 

Lily Allen - Mempunyai tiga puting payudara


Denzel Washington - patah jari tangan kanan semasa 
bermain bola keranjang ketika kanak-kanak dan tidak pernah dirawat






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAKUTNYE !!!!!! POKOK TUMBUH DIPARU-PARU


An X-ray that apparently shows a fir tree growing inside a 28-year-old man's lung. Doctors initially believed it was a tumour

Izhevsk, Rusia - Pohon cemara berukuran 5cm telah ditemui tumbuh di dalam paru-paru seorang lelaki, Artyom Sidorkin, 28, ketika doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan apa yang doktor lihat melalui sinar-X sebagai tumor yang menyebabkan pemuda itu selalu sakit seperti mencucuk-cucuk selain muntah darah.

Artyom Sidorkin   Surgeons claim this is the fir tree growing inside the man's lung after it was removed

Adalah mustahil jika pokok itu ditelan oleh Sidorkin dan tersangkut di paru-parunya, selebihnya doktor lebih percaya bahawa mungkin Sidorkin telah menelan benih pohon cemara yang kemudian bercambah di paru-parunya!
Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk Kajian lanjut.

*Teringat pesan orang tua dulu-dulu "jangan telan biji buah, nanti tumbuh di perut"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts