translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Simon Cowell's girlfriend is expecting baby boy

Simon Cowell and Lauren Silverman are expecting a baby boy together and are 'over the moon'.

Simon Cowell and Lauren Silverman are expecting a baby boy together and are 'over the moon'.

Simon Cowell and Lauren Silverman are expecting a baby boy together and are 'over the moon'.

Simon Cowell and Lauren Silverman are expecting a baby boy together.


The 'X Factor' boss and his newly divorced pregnant girlfriend, who already has a seven-year-old son, Adam, with her ex-husband Andrew Silverman, are reportedly thrilled that they are set to welcome a little boy in February.

A source close to the couple told the New York Daily News' Confidential: ''He is over the moon to be having a son.''
Simon recently admitted he's ''not great'' with babies even though he can't wait to be a father.

He said: ''I do like kids, I'm not sure I can deal with the whole baby thing, I'm not great with babies, but I'm good with kids, you know once they can talk to you and you can talk to them, I think it'll be fantastic!''

The 53-year-old music mogul also confessed it was quite a shock when Lauren contacted him to say he was going to be a daddy.

He said: ''It was a surprise initially ... I got a phone call with the news. Some of the circumstances around this were very uncomfortable to say the least, you know ... but it happened and she's an incredible girl.

 Once I got used to the idea that I was going to be a dad, then I was really happy, really happy. 

So, I'm really looking forward to it ... It was quite dramatic, but you have to put things into perspective, it happened and I think I've dealt with it well. Overall I'm probably happier now that I've ever been.''


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rasuah: FAM beri kerjasama


  • Hamidin Mohd AminHamidin Mohd Amin
 1 / 1 
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membuat hebahan mengenai gejala rasuah  yang dikatakan melanda dalam kalangan pemain atau pegawai liga bola sepak tempatan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, isu rasuah adalah global yang memerlukan pemerhatian dan pemantauan menyeluruh serta kerjasama  pihak bertanggungjawab.

“Gejala rasuah ini sememangnya ada sepanjang masa, untuk makluman siasatan mengenai dakwaan rasuah  dilaksanakan di peringkat negeri namun ia tidak dimaklumkan kepada media.

“Kita tidak menolak kemungkinan dalam masa terdekat akan ada perkara baru, semua mengikut proses, kita bertindak ikut peraturan tetapi tidak boleh dihebahkan, bila sampai masa dan tahap dibenarkan SPRM serta polis akan membuat hebahan.

“FAM telah bagi segala maklumat serta kerjasama kepada pihak berkuasa dan tindakan selebihnya diambil mereka mengikut peraturan sewajarnya,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertama Setiausaha di antara Ahli Gabungan FAM, di Wisma FAM, semalam.

Menurutnya, tidak timbul isu FAM hanya mengambil tindakan mengenai sesuatu dakwaan membabitkan pemain dan pegawai pasukan bola sepak tempatan apabila ia disiarkan oleh media.

“Dakwaan ini tidak benar, kita sememangnya sentiasa memantau setiap perlawanan, bukannya keluar media baru hendak bertindak, perlu ikut peraturan yang ada,  pendekatan yang berbeza.

“Sama ada keluar dalam media atau tidak, saya yakin pihak berkuasa dengan kerjasama FAM memantau perkara ini dari dulu lagi, kita nak memerangi jenayah rasuah ini secara maksima,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nick Matthew harap skuasy ke Olimpik 2020



Nick Matthew British Grand Prix.jpg

JUARA dunia dua kali, Nick Matthew masih menaruh keyakinan acara skuasy tersenarai ke Sukan Olimpik 2020.

Bintang kelahiran Sheffield itu sabar menanti pengumuman rasmi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang bakal membuat keputusan sama ada skuasy, gusti,  bola lisut dan besbol dimasukkan ke dalam kejohanan itu pada 8 September ini di Buenos Aires, Argentina.

“Sukan ini akan menikmati lonjakan populariti jika dipertandingkan kelak. Skuasy tidak dimainkan di London tahun lalu jadi saya harap ianya disenaraikan bagi salah satu sukan yang dilangsungkan.

"Skuasy perlu ada dalam kejohanan  Olimpik," katanya.

Setakat ini, tiga negara berminat menganjurkannya iaitu Bandaraya Istanbul, Madrid dan Tokyo namun, perlu menunggu pada Isnin depan sebelum pemilihan akhir diputuskan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nadal, Robredo mara ke separuh akhir


  • Nadal, Robredo mara ke separuh akhirRafael Nadal lengkapkan dominasi pemain tenis Sepanyol yang layak beraksi di peringkat separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat.
 1 / 1 
BINTANG tenis dunia, Rafael Nadal berjaya mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat apabila menang dalam pertarungan empat set menentang Philipp Kohlschreiber dari Jerman di Stadium Arthur Ashe, awal pagi semalam.

Begitupun, Nadal memulakan langkah sumbang selepas tewas di set pertama sebelum bangkit memenangi set seterusnya, 6-7, 6-4, 6-3, 6-1 dalam permainan yang memakan masa tiga jam 12 minit.

Jaguh Sepanyol itu akan berhadapan rakan senegara, Tommy Robredo yang melakar kejutan menyingkirkan juara lima kali kejohanan,  Roger Federer, 7-6, 6-3, 6-4.

Sepanyol juga memiliki satu lagi wakilnya di separuh akhir selepas David Ferrer menundukkan pemain Serbia, Janko Tipsarevic, 7-6, 3-6, 7-5, 7-6.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WATAK ANTAGONIS BERI IMPAK BUAT INDUSTRI

  • S KadarismanS Kadarisman
 1 / 3 
ERA perfileman Melayu klasik bermula pada 1933, di mana ketika itu, pengarah B S Rajhan mempertaruhkan filem, Laila Majnun, sebagai filem Melayu pertama yang ditayangkan di Tanah Melayu.

Bermula pada saat itu, era perfileman Melayu klasik mula berkembang sekali gus membariskan ramai bintang filem.

Malah, sehingga hari ini, nama-nama besar seperti Tan Sri P Ramlee, Nordin Ahmad, Latifah Omar, Umi Kalthum, Roseyatimah, Saadiah, Sarimah Ahmad, Datuk Mustapha Maarof dan Tan Sri Jins Shamsuddin, masih utuh dalam ingatan peminat filem Melayu.

Namun, di sebalik nama-nama besar ini, mungkin ramai terlepas pandang untuk mengenali watak-watak antagonis yang turut menjadi penggerak sesebuah filem.

Walaupun bukan hero mahupun watak utama filem, namun ada kala watak penyangak atau 'crook' ini lebih diingati dek kesan lakonan dan penghayatan itu.

Malah, ada antara babak atau dialog mereka masih diingati dan menjadi 'trademark' sehingga  hari ini walaupun kebanyakan daripada pelakon itu sudah tiada.

Tidak kurang juga, dalam kalangan masyarakat turut membenci watak antagonis sehingga terbawa-bawa ke luar skrin.

Menurut pengalaman beberapa pelakon yang sinonim dengan watak penyangak, mereka terpaksa berhadapan dengan masyarakat yang kurang memahami kerja-kerja lakonan.

Ada antara mereka bertindak luar kawalan apabila pelakon yang sinonim dengan watak penjahat pernah dimarahi, dibenci dan kena ludah.

Perkara ini turut berlaku kepada Allahyarham Seniman Datuk Mahmud June, yang meninggalkan kita pada 13 Februari 2002.

Keberkesanan lakonan beliau yang sinonim dengan watak lelaki jahat dan miang tidak perlu dipertikai lagi, malah pelakon  ini memiliki karakter yang pelbagai ekspresi.

Lihat sahajalah wataknya menerusi filem, Sri Mersing, Jalak Lenteng dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, imej misai taring, ekspresi wajah dan dialog mampu membuatkan penonton marah.

Pada awal penglibatannya, Mahmud telah diberikan watak penyangak menerusi filem pertama, Orang Lichin.

Pun begitu, Mahmud juga memiliki kebolehan berlawak dan melakonkan watak komedi termasuk watak Pak Maun menerusi filem, Nasib Do Re Mi.


Imej 'rokok paip' S Kadarisman

Dilahirkan di kalangan bangsawan, pemilik nama, S Kadarisman, sememangnya terkenal dengan watak antagonis.

Lihat sahaja imejnya dengan 'rokok paip' menerusi filem, Antara Dua Darjat, watak jahatnya itu memberi kesan kepada penonton.

Selain itu, beberapa filem yang turut menampilkan sisi jahat pelakon yang juga pengarah ini termasuk, Mogok, Saudagar Minyak Urat, Batu Belah Batu Bertangkup, Raja Laksamana Bentan, Lela Manja, Panji Semerang, Singapura Dilanggar Todak, Batu Durhaka, Norlela, Dayang Senandung, Tiga Abdul, Ali Baba Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok.

Meskipun tidak pernah diberi watak utama, namun kebolehan menjiwai pelbagai watak terutamanya antagonis memberi peluang kepadanya untuk meraih kepercayaan pengarah filem.

Malah, beliau yang mesra disapa Pak Kadar ini dikatakan pernah menjadi pelakon yang menerima gaji paling tinggi pada ketika itu.

Selain itu,  Kadarisman turut terlibat dalam bidang pengarahan. Antara filem arahannya termasuk, Pendekar Empat, Kembang Layu, Perintah Seri Paduka, Panca Indera Harimau Berantai. Kudrat, Darma Kesuma, Hutang Darah, Pendekar Sakti, Darah Panglima dan Bujang Tua SS.

Kadarisman meninggalkan peminat buat selama-lamanya pada 17 Februari 1989 akibat penyakit kencing manis dan jantung. Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.


'Bapa crook'!

Dalam sejarah perfileman Melayu klasik, nama Salleh Kamil boleh diangkat sebagai penyangak nombor satu atau `bapa crook filem Melayu’.

Ini kerana, raut wajah bengis menjadi penggerak kepada watak jahat yang sebati dengan dirinya.

Mula berkhidmat di Studio MFP sebagai pemandu, Salleh diangkat sebagai pelakon menerusi filem pertamanya, Patah Seribu.

Kredibilitinya sebagai 'crook' mendapat pujian ramai setelah bergandingan bersama P Ramlee menerusi filem Sedarah dan Panggilan Pulau.

Setelah P Ramlee berjaya duduk di kerusi pengarah, Salleh terus menjadi 'ayam tambatan' untuk watak-watak jahat termasuk Penarik Beca dan Semerah Padi.
Watak Buang yang dibawa Salleh menerusi filem Sarjan Hassan meletakkan populariti Salleh kian di puncak.

Malah, sisi gelap Salleh terus diangkat dalam filem Isi Neraka. Menerusi filem, Tiga Abdul pula, Salleh tidak lari dari watak yang sinonim dengannya sebagai Tuan Penasihat.

Selepas MFP ditutup pada 1967, Salleh memilih untuk bersara dan akhirnya meninggal dunia pada 4 Julai 1998 kerana sakit tua.


'Samseng Kampung Dusun'

Siapa tak kenal dengan tagline ini. Watak samseng yang dibawa Shariff Dol menerusi filem, Seniman Bujang Lapok, ini kekal melekat di hati peminat.

Walaupun hanya pelakon pembantu, namun watak penyangak Shariff Dol atau nama sebenarnya, Shariff Dol Asnawi, tetap diingati sehingga kini.

Sepanjang penglibatannya, Shariff Dol membintangi lebih dari sepuluh filem,  termasuk Lela Manja, Seniman Bujang Lapok, Semerah Padi, Jefri Zain, Gerak Kilat, Pendekar Bujang Lapok dan Si Tanggang.

Shariff Dol meninggal dunia di usia 53 tahun pada 27 april 1979 akibat komplikasi pelbagai penyakit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Noraniza Idris ingin hamil lagi!


  • Noraniza IdrisNoraniza Idris bersama suami.
 1 / 2 
PADA usia 45 tahun, penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris, masih mengidamkan cahaya mata bersama suami tercinta,  Jeffri Hudi, 54. Malah pelantun Awallah Dondang ini mengakui, mereka teringin memiliki anak perempuan sebagai penyeri rumah tangga.

"Suami memang sukakan anak perempuan tambahan pula empat anaknya sebelum ini semua lelaki. Kami hanya mampu merancang tapi Tuhan menentukan segalanya.

"Apa pun kami tidak mahu terlalu berharap kerana saya pun dah berusia. Pastinya ramai tahu wanita berusia macam saya ini, begitu sukar untuk mengandung dan akan mendatangkan risiko tinggi.

"Tapi tidak mustahil dengan kuasa ALLAH. Ada rezeki, kami terima," katanya yang berkahwin dengan Jeffri sejak dua tahun lalu.

Pernah dikatakan hamil sebelum ini, Noraniza atau lebih mesra dipanggil Kak Ani berkata, dia sebenarnya mengalami pertambahan berat badan ketara.

"Semua orang tegur badan saya berisi. Jadi saya kini berusaha untuk turunkan berat badan," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Seniman, kelmarin.

Kak Ani yang pernah dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini, kini bersyukur kerana dipertemukan dengan insan yang benar-benar mampu membimbingnya.

"Alhamdulillah, dijodohkan bersama  Jeffri membuatkan saya begitu gembira berada di sampingnya. Dia banyak beri semangat dan galakkan untuk saya terus mengorak langkah dalam karier seni dan sangat memahami diri saya.

“Dia juga seorang lemah-lembut, susah hendak melihatnya marah. Malah layanan terhadap anak-anak juga diberikan sama rata sehingga mereka menghormatinya seperti ayah sendiri," katanya.


Bakal lancar single baru

Setelah hampir lapan tahun tidak muncul dengan lagu baru, Kak Ani bakal tampil dengan single terbaru tidak lama lagi.

Masih mengekalkan, irama tradisional yang selama ini cukup serasi dengan dirinya, single tersebut telah diberi kelainan untuk tatapan peminatnya.

"Kali terakhir saya mengeluarkan single pada 2006, menerusi lagu Enjut yang berentak etnik fusion berunsurkan jawa dan kuda kepang.

"Kali ini saya pilih irama zapin dengan menggabungkan artis baru dan lama. Siapa orangnya, saya tak boleh umumkan lagi. Tunggulah masa sesuai nanti," katanya.

Ditanya mengenai album baru, Kak Ani memberitahu, dia sememangnya ada perancangan untuk ke arah itu, namun buat masa sekarang, ia masih belum dapat dilaksanakan.

"Siapa tak teringin nak keluarkan album, tapi bila fikir soal kos yang tinggi, saya perlu tangguhkan niat itu. Ditambah pula dengan pasaran yang semakin suram," kata pengasas Akademi Tatihseni ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Segelintir pensyarah ikut fahaman Syiah


  • Mazlan NgahMazlan Ngah
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU – Segelintir pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Terengganu dikenal pasti mengikut fahaman Syiah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah berkata, setakat ini pihak penguat kuasa  mengenal pasti segelintir pensyarah terbabit dan menjalankan pemantauan kerana bimbang ia disebarkan kepada penuntut universiti di negeri ini.

“Individu yang kita kenal pasti ialah pensyarah tempatan. Bilangannya agak kecil dan kini kita sedang memerhatikan mereka.

“Apa yang sukar bagi pihak penguat kuasa ialah untuk mendapatkan bukti bahawa individu terbabit terlibat dalam fahaman dan ajaran Syiah ini. Jadi, ia akan mengambil sedikit masa untuk mereka lakukan siasatan,” katanya pada sidang media selepas Seminar Eksekutif Talk: Ancaman Gerakan Syiah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, semalam.

Mazlan berkata, IPTA yang terlibat ada yang berlatarbelakangkan pengajian Islam dan ada juga yang tidak berlatarbelakangkan pengajian Islam.

“Kita kenal pasti individu terbabit sejak berleluasanya penularan gerakan ini di Malaysia, namun, bilangan sebenar yang terlibat kita masih tiada lagi.

“Gerakan fahaman Syiah secara terbuka di Terengganu sehingga kini masih tiada. Sebab itulah kita ambil langkah berjaga-jaga supaya tiada yang terjebak dengan fahaman ini kerana khuatir sekiranya mereka gagal menembusi negeri lain, mereka akan menyasarkan Terengganu,” katanya.

Seminar yang berlangsung empat jam bermula jam 9 pagi hingga 1.30 tengah hari itu disertai hampir 1,000 peserta.

Mazlan berkata,  seminar itu pertama kali diadakan dan merupakan inisiatif pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu untuk mengekang fahaman Syiah.

“Gerakan dan fahaman Syiah perlu dikenali oleh masyarakat Terengganu, mereka perlu didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai gerakan dan fahaman ini oleh individu yang arif,” katanya.

Mazlan berkata, seminar begini dijangka diteruskan dan diadakan di seluruh IPTA di negeri ini pada hujung September atau awal Oktober.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DEMI KEADILAN SEORANG BAPA TANGGUH PENGKEBUMIAN ANAKNYA


  • Masih enggan kebumi anakMohd Damanhuri (kiri) serius menyatakan sesuatu kepada peguamnya, Mohd Fitri di pekarangan Mahkamah Tinggi Ipoh, semalam.
 1 / 1 
IPOH – Bapa Sherul Aizam, 27, yang mati tersepit di tingkap di Taman Saz, Silibin, di sini pada 20 Julai lalu masih enggan mengebumikan jenazah pemuda itu dan mahu menunggu proses menuntut keadilan bagi kematian anaknya itu selesai.

Mohd Damanhuri Mohd Fuat, 50, berkata, tindakan itu disifatkannya satu tanggungjawabnya sebagai bapa yang mahukan kebenaran terhadap kematian anaknya.

“Walaupun orang luar mencemuh tindakan tidak menyegerakan urusan pengebumian jenazah tetapi sebagai bapa, saya rasa bertanggungjawab terhadap kematiannya yang dipercayai ada unsur jenayah dengan kesan lebam di seluruh badan yang bagai dihempap bangunan,” katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Mohd Damanhuri berkata, dia sekeluarga menerima nasihat dari Imam Besar Masjid Negeri berhubung jenazah anaknya yang disimpan lama di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Kami menerima kehadiran Imam Besar Masjid Negeri bersama tiga lelaki lain Ahad lalu. Saya telah menyerahkan gambar kecederaan anak saya dan nilaikan sendiri (kecederaan dan laporan bedan siasat sebelum ini).

“Itu sebab saya bertindak sebegini dan bukan sengaja melambat-lambatkan pengebumian. Saya berhak menuntut kebenaran dan keadilan dan apa yang saya buat adalah betul,” katanya.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zainal Adzam Abd Ghani menetapkan 11 September ini bagi mendengar jawapan afidavit balasan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amri Johari yang difailkan Mohd Damanhuri.

Proses berkenaan adalah untuk mendapatkan perintah bedah siasat kedua terhadap jenazah Sherul Aizam Mohd Damanhuri diwakili peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

Zainal Adzam turut menegur Mohd Damanhuri untuk hadir ke mahkamah tepat pada masa ditetapkan.
Laporan sebelum ini menyiarkan bahawa Sherul Aizam ditemui mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur ketika didakwa cuba menceroboh rumah jirannya di Taman Saz, Silibin, kira-kira jam 12.15 tengah malam.

Mangsa dipercayai masuk dengan membuka tingkap di bahagian sinki dapur kediaman teres setingkat itu.

Bedah siasat HRPB sebelum ini memutuskan anaknya meninggal dunia disebabkan postural asphyxia iaitu sesak nafas kerana tersepit.

Sehingga hari ini, sudah 46 hari jenazah Sherul Aizam tersimpan di bilik mayat hospital terbabit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kereta terhumban dalam tali air


  • Kereta terhumban dalam tali airKereta milik Bee Chiang terpaksa ditarik menggunakan trak penunda setelah tenggelam di dalam tali air.
 1 / 1 
KUALA KURAU - Gara-gara terlelap ketika memandu, seorang nelayan nyaris lemas apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam tali air dalam satu kejadian di Jalan Baharu, di sini, kelmarin.

Tindakan pantas mangsa, Ong Bee Chiang, 53, memecahkan cermin tingkap bahagian pemandu menyelamatkannya daripada tenggelam bersama kereta jenis Toyota Camry miliknya.

Bee Chiang berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dia dalam perjalanan pulang dari Tanjung Piandang ke rumahnya di Kuala Kurau.

Katanya, dia gagal mengawal kereta dipandunya ketika tiba di sebuah kawasan selekoh sebelum kenderaan itu terbabas dan terhumban ke dalam tali air.

“Selepas lima minit kejadian itu berlaku, saya berusaha untuk keluar segera dari kereta dengan memecahkan cermin tingkap bahagian pemandu menggunakan tangan.

“Mujurlah setelah beberapa kali mencuba, akhirnya cermin tingkap itu pecah dan saya segera berenang keluar untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Bee Chiang berkata, sebaik berjaya keluar dari tali air tersebut, dia segera meminjam telefon bimbit dari sseorang penduduk yang datang ke lokasi kejadian dan menelefon anak lelakinya untuk memaklumkan insiden tersebut.

“Kejadian berkenaan benar-benar memberi pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati ketika memandu.

“Saya bersyukur kerana nyawa saya masih dipanjangkan tuhan dan peristiwa berkenaan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Insiden mati lemas pertama


  • Insiden mati lemas pertamaSungai di kampung tersebut sering menjadi lokasi mandimanda penduduk setempat.
 1 / 1 
KUALA KANGSAR - Kejadian dua remaja mati lemas ketika mandi di Sungai Perak, Kampung Mandah di sini, baru-baru ini, adalah kes pertama dilaporkan berlaku di kawasan terbabit.

Ketua Kampung berkenaan, Mootridy Mohd Shah berkata, kawasan terbabit sering menjadi lokasi anak kampung mandi sebelum ini, namun tiada insiden buruk berlaku sehinggalah kejadian mati lemas berkenaan.

Menurutnya, anak kampung sudah biasa dengan keadaan sungai itu dan masing-masing pandai berenang.

“Kalau ikutkan, memang ramai anak kampung mandi di kawasan berhampiran jeti itu, namun tidak pernah pula saya dengar ada kes lemas.

“Insiden lemas ini kes pertama dan mangsa yang meninggal dunia juga bukan anak tempatan,” katanya.

Difahamkan, sebelum kejadian, Mootridy berpesan berkali-kali kepada bapa mangsa supaya berhati-hati ketika mereka mandi-manda di sungai berkenaan.

Menurutnya, dia bimbang kerana mereka bukan anak tempatan dan difahamkan ada antara mereka tidak pandai berenang.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan remaja terbabit dilepaskan untuk mandi di kawasan berkenaan kerana ada pengawasan daripada ibu bapa mereka.

“Sebelum mereka pergi mandi, berkali-kali juga saya ingatkan kepada bapa mangsa supaya jaga anak dan berhati-hati di sungai.

"Tapi, tidak sampai 20 minit, penduduk datang ke rumah memberitahu ada mangsa lemas di kawasan berhampiran jeti,” katanya.

Mootridy berkata, dia bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan berita itu dan melihat menantunya yang turut lemas namun terselamat diangkat penduduk kampung.

“Saya bersyukur kerana anak dan menantu saya tidak menjadi korban dalam kejadian itu. Namun saya terkilan kerana ada mangsa lemas meninggal dunia.

"Lebih terkilan rasanya kerana saya sudah melarang mereka untuk mandi di sungai sebelum itu,” jelasnya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan mayat Muhammad Fasi Norisham, 14, berjaya ditemui anggota penyelamat kira-kira jam 6.10 petang, kelmarin.

Manakala, mayat Muhamad Badrul Amin Muhamad Nazri, 17, dijumpai penduduk kira-kira jam 4.01 petang, Ahad lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Persatuan teksi cadang naik tambang


  • Persatuan teksi cadang naik tambang
 1 / 1 
KLUANG - Persatuan Pemandu Teksi Melayu Kluang bercadang menaikkan harga tambang susulan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa, semalam.

Pengerusinya, Mustakim Abdul Jalel berkata, kenaikan harga tambang itu berikutan kenaikan kos yang bakal ditanggung oleh pemandu teksi.

Menurutnya, kenaikan harga tambang teksi itu masih di peringkat perbincangan dan belum dikuatkuasakan kerana kenaikan harga petrol dan diesel diumumkan secara mengejut semalam.

“Kami terpaksa naikkan harga tambang teksi selepas berbincang dengan ahli persatuan serta pihak berkaitan.

“Kami berhadapan kos diesel yang agak tinggi akibat kenaikan tersebut, namun kami percaya tambang baru nanti tidak akan menyusahkan pelanggan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mustakim berkata, pihaknya tidak akan menaikkan tambang teksi pada kadar tinggi kerana khuatir pelanggan enggan menggunakan perkhidmatan teksi.

Katanya, kenaikan harga petrol  perlu dipertimbangkan semula kerana  ia membebankan golongan rakyat kurang kemampuan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Warga emas maut nahas


  • Warga emas maut nahasMangsa maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari motosikal ditunggangnya.
 1 / 1 
SIMPANG – Seorang warga emas maut di tempat kejadian apabila motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat dekat Simpang, Taiping, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa, Mohamed Haniff Nordin, 67, dari Kampung Paduka Setia, dalam perjalanan dari Kuala Sepetang ke Taiping.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan lori dipandu seorang lelaki bersama seorang penumpang yang menuju ke arah sama.

“Akibat pergeselan itu, penunggang motosikal terjatuh dan maut di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Yusuf berkata, sehingga kini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian terbabit.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penyokong Mursi dihukum penjara


  •  Mohamed MursiMohamed Mursi
 1 / 1 
KAHERAH - MESIR. Mahkamah tentera di Mesir menjatuhkan hukuman penjara kepada penyokong Presidennya, Mohamed Mursi selepas mendapati mereka bersalah menyerang tentera.

Seorang dipenjara seumur hidup, tiga yang lain dipenjara 15 tahun dan 45 lagi lima tahun penjara, kata kenyataan yang dikeluarkan tentera.

Defendan dituduh memulakan tembakan kepada tentera ketika rusuhan yang berlaku di bandar pelabuhan Suez, bulan lalu.

Sebelum ini, Mursi dikatakan bakal dibicarakan sejak penahanannya, Julai lalu.

Sehingga kini, lokasi Mursi berada tidak diketahui.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

POKOK BESAR BAHAYAKAN MURID


  • Pokok besar bahayakan muridMohd Asrul dan seorang pengawal keselamatan sekolah menunjukkan salah satu pokok besar yang sudah tumbang.
 1 / 1 
TANJUNG TOKONG - Tiga pokok besar di sini dikatakan hanya menunggu masa untuk tumbang sekali gus mengancam keselamatan kira-kira 350 murid.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Tokong, Mohd Asrul Ismail berkata, kesemua pokok itu terletak dalam kawasan padang sekolah.

Menurutnya, lebih membimbangkan, kawasan berkenaan juga menjadi tempat murid menunggu ibu bapa mereka apabila pulang dari sekolah.

“Namun, buat masa ini kawasan berhampiran dengan pokok sudah pun ditutup kerana dikhuatiri tumbuhan berkenaan tumbang pada bila-bila masa.

“Ini kerana bahagian dalaman pokok sudah semakin reput dan kami yakin jika berlaku ribut, pokok berkenaan akan tumbang. Malahan aduan mengenai masalah itu telah dibuat sejak dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Seorang guru yang enggan nama disiarkan berkata, sebuah tempat letak kereta juga terpaksa dikosongkan akibat masalah itu.

Jelasnya, semua kakitangan sekolah bimbang jika pokok itu tumbang dan menghempap kereta guru di sini.

“Saya berharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera bagi menangani  masalah berkenaan,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUAT MALU KAUM...... REMAJA TUNGGANG MOTORSIKAL DALAM KEADAAN MABUK


  • Remaja tunggang motosikal dalam keadaan mabukSuspek ditahan kerana menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.
 1 / 1 
KULIM - Sepasang kekasih berusia 20-an yang sedang menunggang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ ditahan kerana penunggangnya dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

Lelaki berkenaan bekerja sebagai penoreh getah manakala teman wanitanya tidak bekerja berkata, mereka datang ke Kulim untuk bersiar-siar.

Ketika kejadian, suspek dilihat menunggang dalam keadaan terhuyung-hayang.

Apabila menyedari polis sedang membuat pemeriksaan, suspek cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan polis menemui sebotol arak.

Suspek menyatakan dia hanya akan minum air itu pada hari tertentu sebagai hiburan, selain mengurangkan rasa sakit badan setelah penat bekerja.

“Selalunya saya akan minum pada hari tertentu seperti hari raya, hari merdeka untuk suka-suka sahaja,” katanya.

Sementara teman wanita suspek berkata, dia tidak tahu suspek minum arak sehingga polis menahan dan mendapati terdapat sebotol arak di dalam beg yang digalasnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jennifer Lopez dibayar RM57.5 juta jadi juri American Idol



http://www.billboard.com/files/styles/promo_650/public/stylus/105358-jennifer_lopez_617_409.jpg
NEW YORK - Penyanyi lagu Jenny From The Block, Jennifer Lopez dibayar sebanyak AS$17.5 juta, (RM57.5 juta) sebagai juri American Idol musim akan datang, kata satu sumber dalaman kepada akhbar Daily Mail semalam.

Jumlah tersebut didakwa telah ditetapkan oleh penerbit selepas berunding beberapa kali dengan penyanyi dan pelakon berusia 44 tahun itu.

"Akhirnya jumlah bayaran telah diputuskan. Lopez akan dibayar sebanyak AS$17.5 juta (RM57.5 juta) dan kembali menjadi juri American Idol pada musim akan datang.

"Ia adalah jumlah yang besar. Dia (Lopez) pasti teruja dengan bayaran tersebut," katanya.

Jumlah itu lebih banyak berbanding bayaran AS$15 (RM49 juta) yang diterima oleh penyanyi terkenal, Britney Spears sebagai juri dalam rancangan realiti X Factor.

Amaun itu juga dikatakan melonjak tinggi daripada bayaran yang diterima Lopez pada 2011, iaitu sebanyak AS$12 juta (RM39 juta), sebelum dinaikkan sekali lagi kepada AS$3 (RM9.8 juta ) untuk musim seterusnya.

Terdahulu, Lopez dilaporkan meminta pihak penerbit American Idol supaya menaikkan bayarannya sebanyak AS$2 juta (RM6.5 juta) untuk musim ketiga penglibatannya dalam program tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"BLACK JESUS" MATI DITETAK


Sydney: Pemimpin ajaran sesat Papua New Guinea yang dikenali sebagai ‘Black Jesus’ dikasi oleh orang ramai yang berang selepas mereka menetaknya hingga mati kerana membunuh remaja perempuan untuk dijadikan korban.

Steven Tari, pesalah rogol yang disyaki memakan mangsanya dibunuh di sebuah kampung terpencil di Papua New Guinea minggu lalu. 


Akhbar National melaporkan dia diburu 80 lelaki sebelum dibunuh, kemaluannya dikasi dan diheret dengan tongkat yang diikat pada lehernya sebelum dicampakkan ke dalam perigi buta. 
Tari menjadi buruan sejak melarikan diri dari penjara di Madang, timur negara itu bersama 48 banduan lain pada Mac lalu. 


Mayatnya digali polis, pekerja penjara dan pekerja kesihatan Jumaat lalu. Seorang doktor di Hospital Modilion, Gawi, berkata, mayatnya mempunyai beberapa kesan tetakan. 


‘Dia ditetak dan dikelar dengan pisau di lengan, kaki, dada dan perut hingga menampakkan ususnya. Kemaluannya juga dikasi,” kata Gawi.

 
Tari, paderi Lutheran yang gagal dan lebih dikenali sebagai Black Jesus didapati bersalah pada 2010 kerana memperkosa remaja perempuan yang menjadi pengikut gerejanya dan dihukum penjara 10 tahun. 


Ketika itu dia mempunyai beribu-ribu pengikut di kampungnya, termasuk askar bersenjata yang bertugas melindunginya. 


Antara ajarannya ialah remaja perempuan perlu ‘berkahwin’ dengannya sebagai mentaati suruhan Tuhan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KERANA 20 SEN ITU...............

Kerana 20 sen itu.... 

http://duacongkak.files.wordpress.com/2011/10/20sen-1973-btk-1a.jpg
Ada nelayan bakal termenung jauh,
Ada petani bakal pecah peluh,
Ada peniaga bakal mengeluh..

Dari 20 sen itu..
Ada yang mengambil kesempatan,
Ada yang tinggal kesempitan,
Ada yang ucap kesyukuran,
Kerana NEGARA MASIH AMAN!


Akibat 20 sen itu...
harga Barangan akan melambung,
Para pembeli bagai berkabung,
Para peniaga jenuh menghitung..

Disana ada macai..
Kata cai,
20 Sen saja, kira cincai..

Cai mungkin lupa,
Yang minyak itu punca segala,
Yang minyak itu keperluan semua.
Kerana 20 sen "saja",
Semua akan tepuk kepala..
Dan kerana 20 sen "saja" itu,
Ada kerajaan yang akan dijatuhkan di pilihanraya...

# Salam 20sen #

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Korea Selatan pertahan Piala Asia 2013


  • Korea Selatan pertahan Piala Asia 2013Pemain-pemain Korea menjulang Piala Asia selepas menewaskan India pada perlawanan akhir kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Stadium Azlan Shah di Ipoh, malam ini. - Foto Bernama
 1 / 1 
KOREA Selatan berjaya mempertahankan kejuaraan hoki Piala Asia 2013 dengan kemenangan tipis 4-3 ke atas India pada final di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh malam ini.

Selaku juara benua, Korea Selatan secara merit layak ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.
Sebelum perlawanan ini, Korea Selatan sudah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 sebagai status pasukan simpanan pertama.

Korea Selatan dan India masing-masing menduduki tempat keempat dan keenam pada separuh akhir Kejohanan Liga Dunia tahun ini.

India pula menjadi pasukan simpanan keempat selepas Sepanyol di tangga kedua dan Malaysia di tangga ketiga dalam senarai simpanan.

Mengikut peraturan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), pasukan yang sudah pun tersenarai dalam Piala Dunia 2014 tetapi memenangi kejohanan benua, maka slot tersebut akan diisi oleh pasukan simpanan.

Maka India, selaku pasukan simpanan keempat, sudah pasti beraksi pada Piala Dunia 2014 dari 31 Mei hingga 15 Jun tahun depan.

Pada pertemuan sengit itu, Kang Moon Kweon menafikan India laluan automatik ke Piala Dunia 2014 apabila menjaringkan gol kemenangan Korea Selatan pada minit ke-68.

Biarpun sudah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 sebelum turun ke final, namun Korea Selatan enggan memberi peluang sebaliknya menampilkan gerakan rancak untuk mendahului 2-0 pada separuh masa.

Jang Jong Hyun membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-28 dan seminit kemudian You Hyo Sik menambah jaringan menerusi gol padang.

India, yang terdesak untuk merangkul kejuaraan, bangkit pada babak kedua perlawanan dengan Rupinder Pal Singh merapatkan jurang jaringan pada minit ke-48 menerusi pukulan sudut penalti.

India kemudianya berjaya menyamakan kedudukan 2-2 menerusi gol padang yang dijaringan oleh Nikkin Thimmaiah pada minit ke-55.

Selang dua minit kemudian, Nam Hyun Woo menjaringkan gol ketiga Korea Selatan menerusi pukulan penalti.
India kembali berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang yang dihasilkan oleh Mandeep Singh pada minit ke-65.

Kegembiraan India tidak kekal lama apabila Moon Kweon menjaringkan gol kemenangan untuk Korea Selatan mempertahankan kejuaraan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Piala Dunia 2022: Qatar pelawa Malaysia

DALAM persiapannya menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022, Qatar mempelawa syarikat Malaysia melibatkan diri dalam pelbagai projek pembangunan dan infrastruktur di negara itu.
  
Pelawaan itu disampaikan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar Sheikh Abdullah bin Nasser bin Khalifa Al Thani kepada Duta Besar Malaysia di negara itu Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar, yang mengunjunginya semalam.
  
"Duta besar berkenaan juga mengalu-alukan cadangan perdana menteri itu agar kerjasama diwujudkan antara pihak berkuasa pertahanan awam dari kedua-dua negara," kata pejabat perwakilan Malaysia di Doha dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Malaysia di sini hari ini.
  
Kenyataan itu juga menyebut kedua-dua negara akan berusaha untuk mempercepatkan urusan memuktamadkan pertukaran draf berkaitan beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman yang sedang diusahakan.
  
Menurut kenyataan itu, Ahmad Jazri mengucapkan penghargaannya kepada Emir Qatar dan perdana menteri negara itu atas perutusan tahniah yang diutuskan kepada rakan sejawatan mereka di Malaysia.

Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-56 pada Sabtu.
  
"Perdana Menteri itu yang belum pernah melawat Malaysia berkata beliau mendapat tahu tentang pelbagai kejayaan dan pencapaian Malaysia serta berharap dapat berkunjung ke negara ini dalam tempoh terdekat," kata kenyataan itu.
  
Kenyataan itu berkata Sheikh Abdullah juga maklum bahawa Malaysia menjadi destinasi pilihan utama keluarga Qatar dan merupakan destinasi terkenal untuk berbulan madu.
  
Sheikh Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada 26 Jun lepas dalam satu rombakan Kabinet apabila Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani menaiki takhta sebagai Emir Qatar baharu pada 24 Jun lepas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 lelaki ragut eksekutif AirAsia X diberkas

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes ragut seorang eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X di depan Kondominium Palm Villa, Jalan Cempaka Khamis lepas, ditahan secara berasingan.
  
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata suspek utama berusia 22 tahun ditahan sehari selepas kejadian di Taman Muhibbah manakala suspek kedua berusia 25 tahun ditahan semalam di lampu isyarat Taman Cempaka, Ampang.
  
"Hasil siasatan merekodkan pengakuan bahawa suspek utama, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, telah meragut mangsa manakala suspek kedua, yang bekerja sebagai pemandu bas, pula berperanan sebagai penunggang motosikal ketika kejadian.
  
"Kedua-dua mereka disahkan positif dadah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Amiruddin berkata tahanan reman suspek pertama dilanjut sehingga 5 September manakala suspek kedua sehingga 10 Sept dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
  
Media sebelum ini melaporkan mangsa, Sharinawati Abu Bakar, 30, yang baru pulang dari tempat kerja disamun sebelum dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang cuba membantu mangsa.
  
Dalam kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia selepas dilanggar kenderaan berkenaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Polis cari rakan wanita China mati dibunuh


GEORGETOWN - Polis sedang mencari rakan kepada wanita warga China yang ditemui mati dibunuh dan mayatnya dibuang di Bukit Genting di Balik Pulau dekat sini, Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata rakan wanita itu dikenali sebagai Loh Cheng Han, 29, beralamat terakhir di 3-3-5 Greenlane Heights, Jalan Gangsa di sini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini, beliau meminta mereka yang mengenali Loh atau mengetahui lokasi lelaki itu menghubungi  ASP Mohamad Jalaluddin menerusi telefon 013-5000085 atau mana-mana balai polis berhampiran.   

Sebelum ini polis telah menahan reman dua suspek termasuk seorang yang dipercayai teman lelaki kepada mangsa, Jun Xing, 37.

Jun Xing, 37, ditikam sebanyak 17 kali di bahagian belakang badan dan lehernya turut dikelar sepanjang 10 sentimeter menggunakan objek tajam di lokasi lain sebelum mayat dicampak di dusun durian berhampiran Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahanan lolos, 4 anggota polis ditahan

SEREMBAN - Empat anggota polis antara sembilan individu ditahan bagi membantu siasatan insiden seorang tahanan kes dadah meloloskan diri daripada kawalan polis di Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dekat sini, Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Hamdan Majid berkata empat anggota polis berumur 24 dan 50 tahun, terdiri koperal dan konstabel bertugas di Balai Polis Nilai ditahan semalam. Mereka kini ditahan reman.

"Kita turut menahan empat wanita dan seorang lelaki berumur 21 dan 30-an pada hari yang sama (semalam) bagi membantu siasatan kes ini.

Mereka ditahan di sebuah rumah sewa di Taman College Height, Sikamat di sini.

Ketika ditahan tiga daripada mereka didapati positif dadah berdasarkan ujian air kencing," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, Kishminderjit Singh a/l Bahadar Singh, 39, dalam perjalanan dihantar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai ke penjara Simpang Renggam, selepas polis memperoleh perintah mahkamah untuk menahannya mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas).

Dalam kejadian pukul 7.50 pagi itu, van polis terbabit berhenti di plaza tol berkenaan selepas tahanan itu dikatakan meminta kebenaran untuk ke tandas daripada seorang anggota polis pengiring.

Sebaik pemandu keluar dan membuka pintu, sebuah kereta Proton Satria merah merempuh belakang van itu sebelum suspek menolak anggota polis yang mengawalnya ke dalam van itu hingga jatuh, sebelum melompat keluar memasuki kereta terbabit dalam keadaan tangan bergari.

Pemandu kereta Proton Satria terbabit kemudian memecut memasuki persimpangan keluar Setul ke arah pusat bandar ini dan gagal dikesan walaupun cuba dikejar van polis itu.

Lelaki itu ditahan di Sikamat pada 4 Julai lepas kerana kesalahan berkaitan dadah sebelum polis mendapat perintah menghantarnya untuk tahanan di penjara Simpang Renggam pada 30 Ogos lepas.

Hamdan berkata tahanan itu yang juga dikenali sebagai Taliban di kalangan pengedar dadah mempunyai lapan rekod kesalahan lampau dan empat kes dikehendaki.

Katanya antara kes rekod kesalahan lampaunya ialah pernah menjalani hukuman mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) di Batu Gajah pada 2002 dan di Simpang Renggam pada 2007.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tahanan itu supaya menghubungi mana-mana balai polis untuk membantu siasatan. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 kanak-kanak lemas ketika memancing

SEREMBAN - Dua kanak-kanak mati lemas ketika memancing selepas terjatuh ke dalam sebuah sungai di Panchor hari ini.
  
Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, Mohd Haris Norhafiz, 10, dan Mohd Amirul Safwan Osman, 11, yang ke sungai berkenaan bersama beberapa lagi rakan mereka, dikatakan tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sungai berkenaan.
  
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban N.Sundarum berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada 6.27 petang.
  
Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa ditemui orang ramai pada kira-kira 6.15 petang dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.
  
"Sebanyak enam anggota penyelamat, termasuk unit skuba bomba, dikejar ke lokasi kejadian, bagaimanapun, kedua-dua mangsa telahpun dijumpai orang ramai dan dihantar ke hospital," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, bapa saudara Mohd Haris, Norefendi Zainal Abidin, ketika ditemui di HTJ berkata beliau mengetahui kejadian berkenaan selepas dimaklumkan anaknya yang turut memancing bersama mangsa.
  
"Biasanya, pada waktu petang mereka bermain bola, tapi hari ini, saya dimaklumkan mereka memancing dan tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya rasa terkilan kerana Mohd Haris baru menyambut hari lahirnya semalam," katanya.
  
Bapa tiri Mohd Amirul Safwan, Abu Bakar Tengah, terkejut dan berasa sedih dengan kejadian itu.
  
"Mohd Amirul Safwan jarang memancing, biasanya Allahyarham bermain permainan video. Saya amat sedih kerana dia meninggal di usia muda ketika mahu melakukan aktiviti memancing bersama rakannya," katanya.
  
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siti Nurhaliza bakal gegar IB September ini


  • Siti Nurhaliza bakal gegar IB September iniSiti Nurhaliza bakal gegar IB September ini
 1 / 1 
"Sudah sekian lama saya pendam hasrat ini, akhirnya ia akan terlaksana nanti," begitulah kata-kata penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang akan mengadakan konsert tradisional pertama, Lentera Timur pada 20 hingga 22 September ini.

Konsert solo itu akan menampilkan 35 buah lagu tradisional bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) di Panggung Sari, Istana Budaya.

"Alhamdulillah, saya berharap agar semuanya berjalan dengan lancar," ujar Siti.

Jelasnya, persembahan kali ini agak berbeza berbanding konsertnya yang lalu kerana beliau akan menyampaikan lagu-lagu bercorak tradisional keseluruhannya.

"Saya bukan sahaja menyanyikan lagu-lagu asli seperti Joget, Inang, Zapin, Keroncong dan Masri.

"Tetapi juga lagu-lagu yang belum pernah saya bawakan dalam mana-mana persembahan seperti lagu berentak Dikir Barat dan Makyong," katanya.

Buat julung kalinya, Siti berkata konsert yang mengangkat irama tradisional itu menjadi tanda perjalanan seninya yang telah memasuki usia 18 tahun dalam industri hiburan.

Ubati kerinduan peminat

Diterbitkan oleh Istana Budaya dan Siti Nurhaliza Production (SNP) Sdn Bhd, konsert yang dijangkakan berlangsung selama dua jam itu bakal mengubat kerinduan peminat Siti setelah sekian lama menantikannya.

"Besar kemungkinan ia akan mengambil masa seperti yang dijadualkan, Insya-ALLAH namun segalanya bergantung kepada proses akhir.

"Pilihan lagu untuk tiga hari pada konsert ini adalah sama tetapi jika ada perubahan di saat-saat akhir, kami akan maklumkan," ujarnya.

Tambahnya, pihak Istana Budaya dan SNP merancang untuk merakamkan konsert tersebut dalam bentuk video kerana tiada lagi konser seumpamanya diadakan setakat ini.

"Semuanya masih lagi dalam perbincangan, namun kami akan mempertimbangkannya kerana ia merupakan perkara yang sangat menarik.

"Lagipun konsert ini menampilkan lagu-lagu berentak tradisional dan jarang dipersembahkan dalam satu persembahan pada skala agak besar," katanya.

Lebih menarik, konsert itu mendapat sentuhan dua pengarah muzik terkenal iaitu Aubrey Suwito dan Mohd Yazid Zakaria dari OTM.

Ia turut menampilkan penggiat seni berpengalaman, Lokman Ghani selaku pengarah konsert tersebut.

Menurut Siti, konsert yang dinamakan ‘Lentera Timur’ itu menggambarkan muzik akar umbi negara ini akan terus bersinar dan berkekalan hingga akhir nanti.

Dikir Barat vs Dikir Pahang

Bercerita mengenai pemilihan lagu dalam konsert itu nanti, Siti berkata terdapat beberapa segmen menarik yang akan dipersembahkan seperti makyung  dan dikir barat.

Menariknya, dalam segmen dikir barat Siti akan menggabungkan nyanyian dengan lagu dikir Pahang iaitu lagu tradisional negeri kelahirannya.

"Bagi makyung pula, penggiat seni terkenal tarian ini akan mengiringi persembahan saya selama lima minit.

"Konsert ini akan menjadi satu peristiwa yang tidak akan dilupakan oleh peminat kerana ia belum pernah dilakukan dalam mana-mana persembahan Siti sebelum ini," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut bermain alat muzik percussion sebagai salah satu keunikan konsert itu nanti.

Katanya, pelbagai segmen dilakukan adalah untuk mewarnai corak persembahan sebagai salah satu cara untuk menghargai jasa peminat terhadap kerjaya seninya selama ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spring kembali dengan album baru


  • SpringSpring
 1 / 1 
KUMPULAN Spring yang telah sembilan tahun menyepi kini kembali dengan pelancaran single album terbaharu, ‘Spring-Slavemaster’, di bawah naungan syarikat Bayintera Network Sdn Bhd.

Majlis pelancaran album yang memuatkan dua buah lagu bertajuk ‘Pengemis’ dan ‘Titipan’ itu disempurnakan Exco kerajaan Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar di Kuala Pilah, malam kelmarin.

Ia sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Ketua Pegawai Eksekutif Bayintera Network Sdn Bhd, Datuk Baharin Abdullah di Jalan Bahau, Juasseh di Kuala Pilah.

Bercakap kepada media, ketua kumpulan, Zaha Mohd berkata, album berkenaan adalah sebagai hadiah dan tanda terima kasih buat penyokong, peminat yang tidak jemu memberi sokongan serta galakan untuk Spring terus bertapak dalam industri muzik tanah air.

“Kita menghasilkan sebuah konsep lagu dan susunan muzik yang lebih segar dan moden agar kehadiran kumpulan kami dapat memberikan satu transformasi dalam menelusuri arus ritma muzik tanah air,” katanya.

Selain Zaha (gitar utama) sebagai anggota lama, Spring turut dianggotai muka baharu iaitu Mizal (bass), Fayzaid (keybord) dan Adeen (drum) serta  penyanyi Jai.

Sementara itu, Baharin berkata sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi menghasilkan dan mempromosikan album single kumpulan itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kardashian masih bertahan


  • Lamar Odom dan Khloe KardashianLamar Odom dan Khloe Kardashian
 1 / 1 
Walaupun khabar angin mengenai keretakan rumah tangganya bersama Lamar Odom semakin bertiup kencang, namun Khloe Kardashian tetap bertahan.

“Selagi saya mampu, saya berharap dapat bertahan,” dipetik dari Tweet bintang realiti ini apabila suaminya ditahan kerana menyalahgunakan dadah. Spekulasi ini berterusan sejak bulan lalu apabila masalah dadah pemain bola keranjang ini menjejaskan perkahwinan mereka.

“Senyum dan tiada siapa yang akan mengambil tahu,” katanya sebelum Tweet itu dipadam dari akaunnya.

Selain masalah dadah, Odom turut dikaitkan dengan kecurangan bersama beberapa wanita

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts