Assalamualaikum dan selamat sejahtera, jika sebelum ini anda dah lihat bagaimana situasi atau keadaan penjara bagi Anders Breivik iaitu pembunuh kepada 77 orang di Norway. (LINK).
Kali ini cuba anda lihat pula bagaimana keadaan penjara mewah di Arab Saudi.
Militan al-Qaeda yang ditangkap di Arab Saudi dikatakan tidak berdepan suasana penjara seperti di kebanyakan penjara lain.
Mereka sebaliknya, diberi peluang menjalani pemulihan di sebuah pusat ‘pemulihan mewah’ yang jarang dirasai oleh tahanan lain.
Pihak berkuasa Saudi berharap, suasana mewah pusat tahanan itu dapat menarik militan al-Qaeda kembali ke pangkal jalan melalui kaunseling, rawatan spa serta riadah.
Agensi berita tempatan melaporkan, pusat tahanan itu dibina lengkap dengan kemudahan kolam renang tertutup bersaiz Olimpik, sauna, gimnasium dan dewan menonton televisyen.
Tahanan berkelakuan baik mungkin diberi cuti dua hari untuk bertemu keluarga di sebuah suite khas di dalam kompleks berkenaan.
Pengarahnya, Said al-Bishi berkata, pusat tahanan terbaru di Riyadh itu akan menempatkan tahanan yang mempunyai cita rasa mewah sebagai galakan supaya lebih bersederhana dalam memahami agama.
“Banduan terbabit dikehendaki menghadiri kaunseling mengenai Islam untuk mendidik mereka memperbetulkan salah faham yang dilakukan melalui jihad,” katanya.
Menurutnya, dalam usaha memerangi keganasan, mereka perlu diberi keseimbangan intelektual dan psikologi.
Tetapi, tidak semua tahanan bersedia menerima pendidikan di sini.
“Kira-kira 10 peratus banduan melalui program di sini kembali ke kumpulan militan masing-masing. Ada beberapa individu berprofil tinggi menjadi lebih ganas,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini seramai 2,336 tahanan al-Qaeda menjalani rawatan di situ.
عين ازال للعطورات
3 years ago
0 comments:
Post a Comment