translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

SELAMAT DARI MAUT DI BUENOS AIRES

Seorang wanita yang nekad terjun dari sebuah restoran di tingkat 23 sebuah hotel di Buenos Aires mencipta ‘keajaiban’ apabila dia jatuh di atas sebuah teksi yang menyelamatkan nyawanya.
Ni gambar menunjukkan wanita berusia 30 tahun itu terjatuh di atas bumbung teksi berwarna hitam dan kuning sebelum mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan.
Tinggi tu tingkat 23, bayangkan kalau jatuh ke atas jalan. habis berkecai badan, ni dia jatuh atas teksi, elok pulak dia landing atas teksi tu. Memang pelik dan ajaib kejadian ni, ajal maut di tangan tuhan, Dia yang menentukan segalanya.
lagi berita :
Saksi yang berada di restoran terbuka di atas bumbung Hotel Panamericano itu menceritakan, mangsa mulanya memesan secawa kopi sebelum meletakkan dompet duitnya di atas meja.
Sejurus itu, wanita berkenaan menanggalkan kasutnya dan mula memanjat penghadang keselamatan sebelum tiba-tiba terjun.
“Kalau saya tidak keluar, dia mungkin membunuh saya pula,” kata pemandu teksi berkenaan yang masih terkejut dengan kejadian itu.
Pemandu teksi yang dikenali sebagai Miguel, berusia 39 tahun berkata, ketika itu beliau terdengar satu letupan dan tiba-tiba melihat tubuh seorang wanita terhumban di atas bumbung teksinya.
“Tindakan pertama saya ialah menelefon keluarga saya dan selepas itu, saya mula menangis. Ia sesuatu yang mustahil untuk melihat kejadian seperti ini dan wanita itu masih bernyawa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts