Sebanyak 10,000 tiket daripada 30,500 tiket final Piala Malaysia yang diperuntukkan kepada Kelantan habis dijual dalam tempoh 90 minit di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini hari ini.
Hampir 5,000 penyokong fanatik pasukan 'The Red Warriors' mula beratur di stadium berkenaan sejak pukul 6.30 pagi walaupun lapan kaunter menjual tiket hanya mula dibuka pukul 3 petang.
Kelantan, selaku juara bertahan, akan menentang Pahang pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad ini.
Tinjauan Bernama di perkarangan stadium mendapati peminat sanggup menahan lapar dan dahaga serta berpanas semata-mata untuk mendapatkan tiket yang dijual maksimum empat keping bagi setiap seorang.
Lima belas minit selepas kaunter dibuka, keadaan mula kecoh apabila pagar yang dipasang untuk keselamatan, tiba-tiba roboh disebabkan asakan penyokong yang saling menolak antara satu sama lain sehingga menyebabkan segelintir daripada mereka cedera ringan akibat terjatuh.
Bagaimanapun, seramai 73 pegawai dan anggota polis yang mula bertugas sejak pukul 12 tengah hari, berjaya mengawal keadaan.
Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Wan Ismail Md Noor berkata hanya 10,000 tiket dijual di kaunter stadium manakala 20,500 tiket dijual secara pukal kepada penyokong yang mengikuti rombongan yang menaiki bas ke Stadium Shah Alam.
Beliau berkata penjualan tiket di stadium itu turut dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelak sebarang unsur penipuan.
Seorang penyokong, Zahari Ibrahim, 56, dari Tendong, Pasir Mas berkata beliau mula beratur sejak pukul 8 pagi tadi dan tidak sempat makan semata-mata mahu membeli empat keping tiket untuk beliau dan anak-anaknya.
Beliau, yang terpaksa dipapah keluar oleh anggota keselamatan kerana hampir pengsan selepas berasak membeli tiket tersebut, berkata penantiannya selama tujuh jam itu berbaloi kerana berjaya mendapatkan tiket.
"Saya akan bertolak ke Shah Alam, Jumaat ini dengan anak-anak.
Saya selalu pergi menonton di stadium setiap kali Kelantan berjaya melangkah ke final," katanya.
Seorang penyokong, Roslina Mamat, 45, dari Bukit Marak, Bachok, berkata beliau tidak puas hati dengan kaedah penjualan tiket kerana terpaksa beratur terlalu lama semata-mata untuk mendapatkan tiket.
Roslina, yang beratur hampir empat jam, berkata KAFA seharusnya mengagihkan tiket tersebut ke setiap daerah bagi memudahkan orang ramai membeli tiket di tempat masing-masing.
HEBAT GILA....10,000 tiket habis dalam 90 minit di Kelantan
23:01 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
-
-
عين ازال للعطورات4 years ago
-
20 MANFAAT VICKS VAPORUB8 years ago
-
AFRINA BEAUTY12 years ago
-
Lawak Gelak Suami Sendiri12 years ago
-
Isteri bekas bintang NFL curang?12 years ago
-
-
-
feedjit
Archives
-
►
2014
(7)
- ► 02/16 - 02/23 (3)
- ► 01/19 - 01/26 (4)
-
▼
2013
(951)
- ► 12/22 - 12/29 (11)
- ► 12/15 - 12/22 (24)
- ► 12/01 - 12/08 (6)
- ► 11/24 - 12/01 (10)
- ► 11/10 - 11/17 (15)
- ► 11/03 - 11/10 (30)
-
▼
10/27 - 11/03
(40)
- ALAMAK....30,500 tiket penyokong Pahang habis dala...
- HEBAT GILA....10,000 tiket habis dalam 90 minit di...
- Impian Abhishek Bachchan
- Gary lamar Ji Hyo?
- BIAR BETUL...Abby tidak hormat suami?
- GAMBAR MESRA, SHILA AMZAH DAN JOHAN AS'ARI TIDAK B...
- SITI NURHALIZA SIMPATI DENGAN NASIB NABILA DI AF2013
- SOROK STATUS, WARIS DITUDUH KEKWAT, NAJWA LATIF PU...
- PLANET GEMPAK KUMPUL BINTANG TERNAMA DI BUKIT JALIL
- JASON CHONG: FILEM ULAR BUKAN REMAKE ANACONDA
- Jackson's doctor evades fans, as freed early from ...
- Tolong! Saya tak nak sukakan awak!
- Ribut St Jude: 1,684 pelajar tajaan Mara di UK sel...
- MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 KEMBALI, KEKAL FORMAT LAMA
- WOW...WOW...WOW... NABIL AHMAD DAPAT RUMAH PERCUMA...
- RAHIM RAZALI STABIL, PERLU JALANI PEMBEDAHAN MINGG...
- AWIE DEDAH RAHSIA KENAPA DIA TIDAK MINAT DENGAN BO...
- CAREFREE KEMBALI LANCAR ALBUM BARU SELEPAS 30 TAHUN
- TIADA TAWARAN BERLAKON, ALMY NADIA JUAL KARIPAP
- Kostum Halloween paling seksi
- Ciara bakal berkahwin!
- Miranda Kerr cerai sebab Justin Bieber?
- Helikopter bawa dua pesakit mendarat cemas di Muar...
- PEKIN: DAKWAAN PUTUS TUNANG BUKAN KERANA INGIN CAR...
- EZANI MASTERCHEF PILIH DOKTOR SAKIT PUAN SEBAGAI S...
- FIZO OMAR & MAWAR SIBUK BUAT PERSIAPAN, KAHWIN 2 M...
- IMPIAN ZIZAN RAZAK BUKA RESTORAN BURGER TERCAPAI
- PEMBATALAN KONSERT KESHA WARRIOR TOUR, LIVESCAPE R...
- FIZO OMAR BAKAL NIKAH MAWAR PADA 10 NOVEMBER INI
- MIZZ NINA SUDAH BERHIJAB PENUH SELEPAS PULANG HAJI?
- Rezeki Dewi Sandra selepas berhijab
- Chacha Maembong Patah Tangan Kanan
- Percaturan baru Aamir Khan
- 'Gelang emas' hadiah David Teo buat Diana Amir
- Tanah runtuh: 1,200 penduduk terputus bekalan air
- 16 jemaah haji meninggal dunia di Makkah
- TRW selesa, Bujang Senang terluka
- Final Piala Malaysia: Pahang bertemu TRW
- Layak ke final, TRW terima habuan RM150,000
- Johan As'ari akui terpaut dengan seorang artis
- ► 10/20 - 10/27 (22)
- ► 10/13 - 10/20 (5)
- ► 10/06 - 10/13 (18)
- ► 09/29 - 10/06 (50)
- ► 09/22 - 09/29 (59)
- ► 09/15 - 09/22 (85)
- ► 09/08 - 09/15 (45)
- ► 09/01 - 09/08 (65)
- ► 08/25 - 09/01 (38)
- ► 08/18 - 08/25 (29)
- ► 08/04 - 08/11 (17)
- ► 07/28 - 08/04 (65)
- ► 07/21 - 07/28 (62)
- ► 07/14 - 07/21 (37)
- ► 07/07 - 07/14 (70)
- ► 06/30 - 07/07 (23)
- ► 06/23 - 06/30 (24)
- ► 06/16 - 06/23 (16)
- ► 06/09 - 06/16 (27)
- ► 06/02 - 06/09 (34)
- ► 05/26 - 06/02 (1)
- ► 05/19 - 05/26 (5)
- ► 05/12 - 05/19 (9)
- ► 05/05 - 05/12 (1)
- ► 04/28 - 05/05 (1)
- ► 04/21 - 04/28 (1)
- ► 04/14 - 04/21 (4)
- ► 04/07 - 04/14 (2)
Followers
Popular Posts
-
AFP IS CLOSING THE LIVE REPORT ON the India gang rape trial. A court in Delhi sentenced four men to death for the fatal gang rape of a physi...
-
Sama ada gambar ni betul atau palsu tak dapatlah nak dipastikan. Tetapi gambar ni banyak terdapat di internet. anda nilaikan lah sendiri s...
-
Kim Kardashian and Kanye West brought their newborn daughter, North West, to her family's Independence Day party in Malibu, California. ...
-
AHLI kumpulan JYJ, Hero Jaejoong mencatatkan sejarah tersendiri apabila single terbarunya, Just Another Girl telah mengungguli carta iTune...
-
Kalau nak kongsi gambar majlis perkahwinan Neelofa, memang rasanya kena tunggu dalam 4,5 tahun lagi kot. Jadi sambil nak menunggu tue, Aba...
-
Di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca BeautifulNara yang beragama Islam. Semoga Ramadhan k...
-
Kiev: Perbuatan sepasang kekasih yang gemar melakukan perkara mencabar berakhir dengan tragedi apabila digilis kereta api ketika melakukan...
-
Carrie Curtis tak pernah menyesali keputusannya untuk memelihara janinnya selama ini. Ia sudah disarankan oleh para petugas medis untuk ...
-
WHITE SULPHUR SPRINGS, W.VA. (AP) A couple of doors opened for Jonas Blixt with his victory in the Greenbrier Classic. The most impo...






0 comments:
Post a Comment