Mencipta sensasi tersendiri di lapangan arena muzik antarabangsa, Yuna terus memacu langkah menyusuri impiannya untuk menakluk dunia dengan kelebihan yang dimiliki.
Nocturnal, album pertama Yuna bersama Verve Music Group adalah bukti bahawa Yuna bukan sekadar penyanyi berbakat malah mempunyai citarasa tersendiri yang pastinya akan membawanya pergi lebih jauh dalam arena muzik antarabangsa.
Setelah dilancarkan pada 29 Oktober yang lalu di Amerika Syarikat, Nocturnal telah membawa Yuna terbang pulang ke Kuala Lumpur untuk berkongsi dengan peminat dan media di sini kejayaannya buat sekian kalinya.
Google Malaysia sebagai hos telah memilih pejabatnya yang terletak di Quill 7 KL Sentral, untuk sesi ‘listening party’ bagi album Nocturnal.
Acara ini dipancarkan terus secara live-stream bersama sesi live chat yang dibawakan oleh Malaysia Airlines untuk #MHmoments with Yuna di mana Yuna merupakan duta media sosial syarikat penerbangan itu.
Menjawab pertanyaan media mengenai kejayaan album pertamanya bersama Verve Music Group dan Universal Music itu, Yuna memberitahu bahawa pembikinan Nocturnal adalah satu projek yang lebih relaks berbanding sebelumnya.
“Kalau cakap pasal cabaran dalam menyiapkan Nocturnal sepenuhnya, saya boleh katakan album ini paling kurang cabaran.
عين ازال للعطورات
3 years ago
0 comments:
Post a Comment