translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

KARISMA, KAREENA KAPOOR BAKAL TERBIT FILEM BERSAMA

karisma kareena kapoor bakal terbit filem bersama

Cucu perempuan kepada Raj Kapoor iaitu Karisma Kapoor dan Kareena Kapoor Khan dikatakan bakal mengikut jejak langkah datuk mereka itu dengan menerbitkan filem.
Namun begitu, filem yang bakal diterbitkan mereka itu tidak akan menggunakan syarikat produksi milik datuk mereka iaitu RK Films.
Sebaliknya, kedua-dua adik-beradik perempuan yang popular ini memilih untuk menerbitkan filem sulung mereka di bahawa syarikat produksi mereka sendiri.
Sumber memberitahu, Kareena dan Karisma memang sudah lama menyimpan hasrat untuk mewujudkan syarikat produksi mereka sendiri dan menghasilkan filem-filem yang mampu memenuhi citarasa penonton secara lebih meluas.
"Malah, Kareena dan Karisma juga akan berlakon bersama di dalam produksi pertama mereka itu. Lagipun, mereka sudah ramai yang menantikan kemunculan mereka bersama di layar perak," katanya sumber itu lagi.

Pelik...
Bukan Kareena dan Karisma saja yang tidak berminat untuk menerbitkan filem di bawah syarikat produksi datuk mereka, RK Films.
Ranbir Kapoor juga begitu dan dia sudah pun mewujudkan syarikat produksinya sendiri.
Apapun, Kareena dan Karisma bukanlah aktres pertama yang membuka syarikat produksi mereka sendiri.
Sebelum ini, sudah ada aktres yang berbuat demikian. Antaranya ialah Shilpa Shetty, Lara Dutta, Dia Mirza, Sushmita Sen serta Anushka Sharma.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts