Lelaki asal India ini mempunyai keadaan perut yang tidak masuk akal, yakni membengkak seperti sedang hamil 9 bulan. Bhagat yang tinggal di Nagpur, India ini sering merasa sesak nafas kerana keadaannya itu.Sampai akhirnya pada suatu malam di bulan Jun 1999, Bhagat menjalani pembedahan di hospital. Isi perut Bhagat yang awalnya diduga tumor , ternyata merupakan sesuatu yang tak diduga sama sekali.Saat dioperasi, doktor mendapati beberapa bahagian tubuh manusia di bahagian dalam perut Bhagat.Bahagian-bahagian tubuh tersebut ternyata milik saudara kembar Bhagat yang terjebak di dalam perutnya sejak lahir.Doktor menyatakan, Bhagat mengalami keadaan perubatan teraneh di dunia, yakni janin di dalam janin lain. Sangat jarang berlaku bahawa sebuah janin boleh terjebak di dalam janin kembarnya sendiri. Menariknya, janin yang terjebak ini mampu bertahan hidup sebagai parasit dan menyerap darah dan makanan dari tubuh Bhagat, hingga dia bertambah besar dan mula menyakiti tubuh Bhagat.Sayang, tidak diketahui apakah 'saudara kembar' Bhagat berjaya lahir atau akhirnya mati.
عين ازال للعطورات
3 years ago
0 comments:
Post a Comment