Datuk Bandar London dari Parti Buruh, Ken Livingstone, bersumpah untuk mengubah bandar London menjadi sebuah pusat bandar Islam dan mendidik rakyat London tentang keyakinan Islam.
"Langkah ini akan membantu bandar kami sebagai ciri dan standard yang menunjukkan erti dari kata-kata bijak Nabi Muhammad," kata Livingstone dalam ucapannya di Masjid Finsbury Park yangdipetik daripada The Daily Telegraph pada Isnin, 19/03/2012 lalu.
Livingstone juga berjanji untuk "mendidikwarga London" tentang Islam.
Kenyataan Livingstone dilakukan di depan jemaah solat Jumaat di Masjid London Tengah Utara, atau yang juga dikenali sebagai Masjid Finsbury Park,yang dikendalikan oleh Persatuan Muslim Britain.
Livingstone, salah satu ahli politik Britain yang menyinar dan popular. Dia terpilih menjadi Datuk Bandar London pada tahun 2000 dan kemudian terpilih kembali pada tahun 2004.
Dia selama ini dikenal luas sokongannya terhadap kaum minoriti Islam dalam menentang kempen Islamofobia.
Selepas tahun 2008, dia kehilangan kedudukan Datuk Bandar kerana kalah dengan lawannya dari Parti Konservatif Boris Johnson pada tahun 2008, yang terkenal kerana menyentuh etnik kaum minoriti.
Livingstone pada ketika ini secara luas disokong oleh para pengundi Islam di Britain.
Ia telah melibatkatkan diri di acara-acara umat Islam seperti Islam Expo, yang menarik puluhan ribu orang setiap tahun.
Dia pernah mendapat serangan sengit dari kubu sayap kanan pada tahun 2004 kerana mengundang Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, presiden persatuan ulama Muslim antarabangsa, dalam sebuah undangan persidangan..
0 comments:
Post a Comment