Kemeriahan majlis perkahwinan sepasang pengantin baru di Kampung Keriang Pulau, Tandop, di sini bertukar duka apabila beg tangan milik pengantin perempuan dan sepupunya yang mengandungi barang kemas dan wang tunai bernilai hampir RM20,000 yang diletakkan dalam bilik pengantin, lesap dipercayai dicuri ‘tetamu tidak diundang’, kelmarin.
Kejadian hanya disedari jam 3.30 petang oleh pengantin perempuan.
Noriza Ramli @ Haron, 30, yang ketika itu mencari minyak panas tetapi dia mendapati beg yang diletakkan dalam bilik pengantin lesap.
Malah ketika kejadian, jemputan yang datang ke majlis itu terlalu ramai dan dianggarkan seramai 1,500 orang yang hadir, malah ahli keluarga pengantin lelaki sibuk melayani tetamu yang hadir.
Noriza berkata, dalam beg tangannya itu mengandungi wang tunai RM400 termasuk wang tunai suaminya, Nazrul Ismail, 32, dan sebuah telefon bimbit, manakala beg tangan sepupunya, Intan Syafinar Zainol, 20-an pula mengandungi barang kemas serta wang tunai RM800 dan kad mesin juruwang automatik (ATM).
“Ketika itu, adik ipar saya mengadu sakit kepala disebabkan ramai tetamu yang hadir. Disebabkan itu, saya mencari minyak panas, tetapi ketika itu saya dapati beg tangan sudah hilang.
“Saya terus memaklumkan kepada suami mengenai kehilangan beg tangan itu dan puas kami mencarinya dalam bilik, tetapi tiada.
“Bukan itu saja, malah Mykad kami, kad ATM dan sijil pernikahan kami yang disimpan dalam beg tangan itu turut hilang,” katanya, semalam.
Noriza berkata, sepupunya turut mengalami nasib sama apabila beg tangannya turut hilang dalam bilik itu menyebabkan mereka mengesyaki ia dicuri.
Sementara itu, ibu mentua mangsa, Mariam Othman, 55, berkata, dia mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila seorang wanita berjubah datang menghampirinya sambil meminta plastik kosong secara tiba-tiba.
Katanya, dia tidak mengenali wanita itu, malah tidak pernah melihat wajahnya kerana dia seperti tergesa-gesa untuk meninggalkan majlis kenduri itu.
“Saya menyerahkan plastik kepadanya dan terus melayan tetamu termasuk keluarga pengantin perempuan yang baru tiba dari Pulau Pinang.
“Namun, 10 minit kemudian, anak saya memberitahu beg tangan menantu dan sepupunya hilang menyebabkan saya tidak sedap hati dan mengesyaki berkemungkinan wanita itu disyaki terbabit,” katanya.
Mariam berkata, dia bersyukur majlis perkahwinan anak kedua daripada empat beradik itu lancar walaupun kejadian tidak diingini itu berlaku tanpa disangka.
Berikutan kejadian itu, suaminya yang juga bapa pengantin lelaki, Ismail Ali, 61, dimasukkan ke wad kecemasan, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, malam kelmarin berikutan sesak nafas akibat kejadian itu.
Bagaimanapun, dia dibenarkan pulang kira-kira jam 5 pagi selepas keadaannya beransur pulih.
Noriza dan suaminya kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 6 petang untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
"TETAMU" SAPU RM 20,000
18:44 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
-
-
عين ازال للعطورات3 years ago
-
20 MANFAAT VICKS VAPORUB7 years ago
-
AFRINA BEAUTY10 years ago
-
Lawak Gelak Suami Sendiri11 years ago
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 years ago
-
-
-
feedjit
Archives
-
►
2014
(7)
- ► 02/16 - 02/23 (3)
- ► 01/19 - 01/26 (4)
-
▼
2013
(951)
- ► 12/22 - 12/29 (11)
- ► 12/15 - 12/22 (24)
- ► 12/01 - 12/08 (6)
- ► 11/24 - 12/01 (10)
- ► 11/10 - 11/17 (15)
- ► 11/03 - 11/10 (30)
- ► 10/27 - 11/03 (40)
- ► 10/20 - 10/27 (22)
- ► 10/13 - 10/20 (5)
- ► 10/06 - 10/13 (18)
- ► 09/29 - 10/06 (50)
- ► 09/22 - 09/29 (59)
- ► 09/15 - 09/22 (85)
- ► 09/08 - 09/15 (45)
- ► 09/01 - 09/08 (65)
- ► 08/25 - 09/01 (38)
- ► 08/18 - 08/25 (29)
- ► 08/04 - 08/11 (17)
- ► 07/28 - 08/04 (65)
- ► 07/21 - 07/28 (62)
- ► 07/14 - 07/21 (37)
- ► 07/07 - 07/14 (70)
- ► 06/30 - 07/07 (23)
-
▼
06/23 - 06/30
(24)
- YUNA SAHKAN JULIAN SCHRATTER DENGAN DIRINYA BERCINTA
- SHERRY IBRAHIM SUDAH ADA KEKASIH BARU,ENGGAN KOMEN...
- ELFIRA LOY NAFI BERCINTA DENGAN BAIM WONG,PENGAKUA...
- PIERRE ANDRE KINI BERGELAR SUAMI SITI NUR HIDAYAH
- MISHA OMAR LAMBAT KHAWIN BUKAN KERANA TUNGGU SURAT...
- GADIS PERTIKAI HUKUM ALLAH DAPAT BALASAN
- OMG : Jangan Tiru Gaya Hidup Gadis Yang Nak Sangat...
- Farah Hilang Pekerjaan Kerana Shah Jaszle
- Gadis Guna Korset Selama 3 Tahun Demi Ukuran Pingg...
- Gambar Gadis Ini Cantik Jadi Seram Apabila Rotate ...
- TAMAN TERGANTUNG DI TENGAH-TENGAH NEW YORK
- Subhanallah! Budak Kembar Sotong Melekat Di Perutnya
- Roberto Cavalli (72 Tahun) Dengan Teman Wanita Bel...
- SYURA JUARA MASTERCHEF MUSIM KEDUA
- GAMBAR ITU TIADA KENA MENGENA DENGAN KURSUS KAHWIN...
- SHAHZ JASZLE PUTUS TUNANG-PASANGAN BERKHALWAT BERT...
- SAYA DENGAN ANAK MENTERI HANYA KAWAN-NORA DANISH
- SAYA BELUM BERTUNANG-YANA SAMSUDIN
- MEMADAM KEBAKARAN KETIKA MUSIM SEJUK
- CARA MENANGKAP IKAN KETIKA MUSIM SEJUK DI CHINA
- TEKA!!APAKAH DIDALAM PERUT WANITA INI??
- SERIUS!!!MASJID JAMEK FEROZ SHAH KOTLA MUSNAH TAPI...
- "TETAMU" SAPU RM 20,000
- BAYI BARU LAHIR DIBERI RACUN DAN DIBUANG SEMPAT DI...
- ► 06/16 - 06/23 (16)
- ► 06/09 - 06/16 (27)
- ► 06/02 - 06/09 (34)
- ► 05/26 - 06/02 (1)
- ► 05/19 - 05/26 (5)
- ► 05/12 - 05/19 (9)
- ► 05/05 - 05/12 (1)
- ► 04/28 - 05/05 (1)
- ► 04/21 - 04/28 (1)
- ► 04/14 - 04/21 (4)
- ► 04/07 - 04/14 (2)
Followers
Popular Posts
-
Sama ada gambar ni betul atau palsu tak dapatlah nak dipastikan. Tetapi gambar ni banyak terdapat di internet. anda nilaikan lah sendiri s...
-
BAHARU sahaja dikhabarkan mempunyai masalah hutang, kediaman aktres Sri Devi dan Boney Kapoor musnah dalam kebakaran pada Ahad lalu. ...
-
Fighters allied to Al-Qaeda tightened their grip on a Syrian border town Thursday, as President Bashar al-Assad claimed most of the rebels f...
-
Military action against Syria will deter North Korea from using chemical weapons, a US defence chief says. Under secretary of defence ...
-
Sorang wanita bernama HLA HTAY (40) magkin cukup berani.Perawt yang bekerja di YANGON ZOOLOGICAL GARDEN di MYANMAR ini bersedia meny...
-
Pengarah dan pelakon, Nam Ron membuat kejutan apabila mengakui dirinya adalah wanita selepas tamat mengarahkan teater Kompilasi Nam Ron lak...
-
Sydney: Pemimpin ajaran sesat Papua New Guinea yang dikenali sebagai ‘Black Jesus’ dikasi oleh orang ramai yang berang selepas mereka mene...
-
ALOR SETAR - Seorang lelaki yang dalam keadaan mencurigakan ditahan oleh pengawal keselamatan bank di Jalan Gangsa di sini bersama sepucuk p...
-
Kisah suka dan duka seorang seniman agung Malaysia iaitu Allayarham Tan Sri P. Ramlee yang akhir hayatnya mempunyai kisah tersembunyi yang...
-
Keluarga kepada Syamsul Yusof menerima siapa sahaja bakal isteri pengarah muda itu selepas Syamsul membuat keputusan untuk mendirikan ru...
0 comments:
Post a Comment