KL, 2 SEPTEMBER 2013: Setelah diijabkabulkan pada 9 Julai lalu, Murai Batu dapat tahu akhirnya Abby Abadi dan suaminya, Farhan telah pun diraikan dalam majlis resepsi yang cukup sederhana di kediamannya pada 1 September 2013 (semalam).
Amboi manis sahaja Murai Batu lihat mereka sedondon berbaju rona Tiffany Blue bersulam merah jambu rekaan pereka fesyen, Eizla Malik JB. Dengarnya pereka fesyen ini merupakan orang yang sama membuat baju kahwin pelakon Memey ketika berkahwin dengan Norman Hakim.
Di sini Murai Batu kongsikan foto-foto yang dimuat naik oleh Abby Abadi di laman Instagram miliknya. Banyaklah foto-doto mesra mereka bersama ketika majis sandingnya.
Malah, Murai Batu lihat Abby sempat make upkan suaminya sendiri tanpa dibantu Mak Andam kerana menurut Abby di Instagramnnya make up artis yang menata riasnya pada hari itu wanita, jadi haramlah untuk menyentuh suaminya.
Yang pastinya, ramai peminat dan pencaci Abby Abadi akan teruja melihat persandingan romantik pasangan sejoli itu pada petang Ahad lalu. Turut memeriahkan majlis berkenaan ialah kehadiran beberapa selebriti terkenal termasuk Azza Elite.
Bahagia sungguh Murai Batu tengok mereka berdua walaupun punya jarak usia 12 tahun antara mereka. Ala orang kata cinta tak kenal usia. Baguslah, Murai Batu harap perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat.
0 comments:
Post a Comment