Rajeb Toyyib Erdogan PM Turki menangis di tv Turki secara langsung bila mengenangkan kematian ribuan penyokong dr Morsi yg dibunuh oleh Sisi.
Beliau menangis lagi
bila mendengar surat dr Biltaji yg ditujukan kpd anak perempuannya yg syahid.
Sumber: Ikhwan online
Sebelum ini Prihatin Mesir telah menyiarkan surat Dr. Beltaji itu.
NUKILAN DR BILTAJI:
ANAK DAN GURU KESAYANGANKU.
'Anakku, bukan selamat tinggal ucapanku tapi esok kita bertemu kembali'.
Anakku, detik terakhir pertemuan kita,kamu merungut "Wahai ayah, hatta saat kita bersama pun kamu masih sibuk" aku membalas: "nampaknya kehidupan ini tidak mampu memberikan kepuasan kepada kita, semoga Allah memberi kebahgian kepada kita untuk bersama sama di syurga".
Aku merasa cukup sedih tidak dapat mengiring jenazahmu, tidak mampu memberi penghormatan terakhir kepadamu, tidak sempat memberi kucupan terakhir di dahimu, tidak mampu mengimamkan jenazahmu,
demi Allah wahai anakku, bukan kerana takutkan mati, bukan kerana takutkan penjara tetapi semata-mata ingin menyempurnakan revolusi ini hingga tercapai kejayaan dan semua matlamatnya.
Sekali lagi anakku, bukan selamat tinggal tetapi selamat berjumpa kembali, pertemuan dalam masa terdekat di kolam bersama Nabi saw. dan sahabat-sahabatnya.. Di Syurga di sisi tuhan maha perkasa...
0 comments:
Post a Comment