translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

JOM BACA!!! KISAH IKAN SISA NABI

Pernahkah anda merasai isi ikan sisa Nabi ini? Ikan ini sungguh unik keadaannya kerana hanya mempunyai sebelah badan dengan matanya satu.

Ikan ini juga dikenali dengan nama Ikan Sebelah Laut atau turut dipanggil sebagai ikan sisa Nabi. Manakala nama saintifiknya ialah Pseudorhombus spp. atau Achiroides spp.

 Ikan istimewa ini tergolong dalam ikan air masin dan tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di negara kita. Anda tahu kisah kejadiannya? 


Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman AS tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut dan dengan kehendak Allah ikan itu hidup semula dan berenang kembali ke lautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja. 

Seterusnya, ikan tersebut hidup dan membiak hingga ke hari ini. Hal ini menjadi bukti kewujudan ikan ini yang kekal sehingga ke hari ini untuk menjadi iktibar kepada kita semua.


Lebih unik, biarpun ikan ini hanya mempunyai satu mata dan sebelah badan sahaja ia tidak memberi sebarang masalah kepada kehidupan ekosistem ikan tersebut.

Kesimpulannya, kejadian ini membuktikan kebesaran Allah SWT. Tidak perlu lagi kita meragui akan kebesaran Allah dan agama Islam yang suci.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts