translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Finas selesai baik pulih pusara P. Ramlee, Saloma




Pusara Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee dan isteri, Puan Sri Saloma yang sebelum ini rosak akibat dihempap pokok Mac lalu kini telah selesai dibaik pulih.
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Md. Afendi Hamdan memberitahu, pihak Finas berasa bertanggungjawab untuk tugas membaik pulih pusara tersebut memandangkan kedua-duanya telah memainkan peranan besar dalam industri seni tanah air.


Pusara P. Ramlee, Saloma siap dibaik pulih
KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengadakan majlis tahlil untuk menyempurnakan peletakan batu nisan pusara seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan seniwati negara Allahyarham Puan Sri Saloma di Tanah Perkuburan Jalan Ampang di sini hari ini.
Kedua-dua pusara itu dibaik pulih menggunakan batu marmar dari Itali, dengan kos berjumlah RM25,000, yang ditanggung bersama oleh Finas dan Astro.
Pada Ogos lepas, Finas mengumumkan keputusan untuk membaik pulih pusara Allahyarham berdua yang rosak akibat dihempap pokok semasa hujan lebat pada Mac lepas.
Pengerusi Finas Datuk Md Afendi Hamdan berkata sebagai agensi bagi membantu para seniman, usaha itu akan diteruskan selain Finas merancang gotong-royong bersama Persatuan Seniman dan persatuan berkaitan bagi membersihkan kawasan pusara seniman lain.
"Kalau kita hendak nilaikan perjuangan P. Ramlee dan Saloma dengan kos pemulihan ini, sememangnya tidak ternilai. Bukanlah kita nak riak cuma kita mahu mengembalikan keadaan yang asal tanpa berlebih-lebihan. Yang paling baik kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah tiada," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.
Turut hadir anggota keluarga seniman dan seniwati agung itu termasuk kakak Saloma yang juga pelakon veteran Mariani Ismail, adik Saloma, Mimi Loma serta balu Allahyarham Nasir P. Ramlee, Suria Bakar.
Anggota Perbadanan Finas dan pelakon veteran Datuk Mustapha Ma'arof, Naib Presiden Bahagian Melayu Astro Khairul Anwar Salleh dan Presiden Seniman Jurey Latif turut menghadiri majlis itu.
P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 dan kembali ke rahmahtullah pada 29 Mei 1973 manakala Saloma atau nama sebenarnya Salmah Ismail dilahirkan pada 22 Jan 1935 dan meninggal dunia pada 25 April 1983.
"Mereka adalah tokoh yang amat berjasa dalam industri. Sebagai pihak berwajib, adalah tanggungjawab kami untuk melakukan proses baik pulih pusara ini dengan sebaik-baiknya.
"Pihak Finas bersyukur kerana segalanya kini telah selesai usaha membaik pulih pusara ini mendapat sokongan semua. Ahli keluarga serta peminat seniman agung tersebut dijemput untuk menziarahi kubur allahyarham," katanya yang ditemui selepas selesai Majlis Tahlil dan Perletakan Batu Nisan Baru di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini hari ini.
Kos membaik pulih kubur kedua-dua seniman dan seniwati terulung negara tersebut berjumlah hampir RM25,000 dan dikongsi secara sama rata antara pihak Finas dan juga stesen televisyen Astro.
Antara individu lain yang turut hadir termasuklah seniman Datuk Mustapha Maarof, Mariani, Datuk Aznil Nawawi, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Jurey Latiff Rosli dan presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) Khir Mohd. Nor.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts