BAYERN Munich hanya tinggal selangkah bagi menjulang piala kelima mereka selepas menumpaskan juara Asia, Guangzhou Evergrande, 3-0, untuk mara ke final Piala Dunia Kelab.
Gol Bayern hadir melalui Franck Ribery dan Mario Mandzukic pada babak pertama sebelum Mario Goetze menunjukkan jalan keluar buat Evergrande pada separuh masa kedua.
Pengendali Bayern, Pep Guardiola menjelaskan, pasukannya sememangnya layak untuk melangkah ke final.
“Kami mengawal keseluruhan perlawanan, menghasilkan banyak peluang gol, namun ianya tidak mudah.
“Kami memandang serius perlawanan ini dan akan bertungkus-lumus dalam perlawanan akhir nanti,” katanya.
Juara Liga Juara-Juara itu akan berdepan sama ada Atletico Mineiro dari Brazil atau Juara Maghribi, Raja Casablanca, Ahad ini.
عين ازال للعطورات
3 years ago
0 comments:
Post a Comment