NAMA Azean Irdawaty Yusoef, 63, bukanlah satu nama asing dalam industri seni tanah air kerana bakat seni yang dimiliki berjaya meninggalkan kesan yang mendalam buat peminatnya.
Terkenal dengan gaya rambut Farrah Fawcett Malaysia sekitar 1980-an ini, Azean juga pernah menggoncangkan dunia dengan dialognya, “Lihatlah dunia, aku anak wayang...” tatkala memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 1980.
Bukan ucapan yang bermegah-megah, sebaliknya Azean mahu membuktikan 'anak wayang' sepertinya juga mampu berjaya dan membuka mata ramai pihak yang memandang rendah terhadap kerjaya seni itu.
Bagaimanapun, malam kelmarin industri seni dikejutkan dengan berita pemergian Azean yang menghembuskan nafas terakhir jam 8.25 malam, ketika sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Allahyarhamah yang sebelum ini disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga pada Jun 2007 turut menderita pelbagai komplikasi sejak lapan tahun lalu.
Ternyata pemergiannya meninggalkan kesan buat peminatnya kerana pelakon itu tidak dapat mengubat penyakit yang dihidapinya disebabkan kos rawatan yang sangat tinggi, sehingga mencecah RM9,000 sebulan.
Malah, sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau dilaporkan dua hari tidak mahu menjamah makanan.
Anak sulung Allahyarhamah, pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang ditemui pada upacara pengebumian, reda dengan pemergian ibunya itu.
Tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya, Benjy bagaimanapun sempat membuat permintaan kepada semua orang yang mengenali ibunya.
“Saya terima pemergiannya. Cuma maafkan kesalahan ibu dan halalkan segala yang berkaitan dengannya,” katanya yang berada di sisi ibunya di saat-saat terakhir pemergian Allahyarhamah.
Selain Benjy, dua lagi adik-beradiknya, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty, serta bapanya, Khairil Anwar Z.M Rashidi turut bersama.
Jenazah Azean disembahyangkan di Masjid Ma’Muriah, Kampung Kayu Ara dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Petaling Jaya, pada jam 12.15 tengah hari, semalam.
Selain ahli keluarga, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah rakan Allahyarham seperti Datuk Aziz Sattar, Datin Shuhaimi Baba, Datin Rosnani Jamil, Datuk Zulkifli Zain, Datin Normala Omar, Zizie Zulkifli, Melissa Saila, Ellie Suriati, Shasha Elite, Ako Mustapha, Yusmal Ghazali, Amir Muhammad dan beberapa pelakon seangkatannya.
Kesedihan turut dikongsi oleh Aziz Sattar, yang pernah bekerja dengan Allahyarhamah sebelum ini.
Mengakui kehilangan seorang rakan baik dan rakan artis yang sangat berbakat besar, Aziz berkata, kehilangan Azean sukar dicari ganti.
“Azean seorang yang sangat disiplin dan sangat menjiwai watak yang dibawanya. Dia ada ciri-ciri pelakon seangkatan saya dahulu.
“Dia juga mempunyai sifat karismatik dalam dirinya yang menjadikan kehilangannya akan terus dikenang dalam industri perfileman negara,” katanya yang juga mengakui kesihatannya terganggu dan tidak berkesempatan untuk melawat Azean yang sedang kritikal sejak dua bulan lalu.
Bagi pelakon Ellie Suriati, kenangan bersama Allahyarham akan sentiasa menjadi saat manis untuk dikenang sampai bila-bila.
“Kita tahu, Allahyarham menderita lama, tapi dia seorang yang amat kental dan memiliki semangat yang kuat. Selain banyak memberikan kejayaan dalam seni, dia seorang yang sangat komited dengan pekerjaannya,” katanya.
MAAFKAN KESALAHAN IBU DAN HALALKAN SEGALANYA (BENJY)
13:34 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
-
-
عين ازال للعطورات3 years ago
-
20 MANFAAT VICKS VAPORUB7 years ago
-
AFRINA BEAUTY10 years ago
-
Lawak Gelak Suami Sendiri10 years ago
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 years ago
-
-
-
feedjit
Archives
-
►
2014
(7)
- ► 02/16 - 02/23 (3)
- ► 01/19 - 01/26 (4)
-
▼
2013
(951)
- ► 12/22 - 12/29 (11)
-
▼
12/15 - 12/22
(24)
- RM5,000 bukan untuk 'maintenance' saya!
- Cyrus-Bieber bercinta?
- Arjun punca penceraian Hrithik?
- MAAFKAN KESALAHAN IBU DAN HALALKAN SEGALANYA (BENJY)
- Bayern Munich ke final
- City dilanda kecederaan pemain
- CHELSEA KURANG BERNASIB BAIK
- INDONESIA MAHU BALAS DENDAM PADA MALAYSIA
- PELUMBA NEGARA:-MOHD ZAMRI SALEH KECEWA DAN TERKILAN
- SKUAD HOKI NEGARA ENGGAN TOLAK ANSUR
- NUBHAN AKUI ADA TEMAN WANITA
- Di Sebalik Mas Kahwin 'Membimbing Ke Jalan Yang Di...
- Perjuangan THE RED WARRIORS difilemkan
- Kelantan masih terkial-kial bentuk pasukan baharu
- 'Salji turun di Mesir bukan petanda kiamat'
- Malaysia layak separuh akhir
- Jironi raih emas pada penampilan keempat Sukan Sea
- Farawahida Sah Bergelar Isteri
- MAJLIS PERTUNANGAN ANAK SAUDARA
- Aidil Zafuan temui cinta baharu dan bakal menamatk...
- Che Ta bagaikan permaisuri dihari Pernikahan Dan P...
- Cody Walker dari ‘stuntman’ ke Fast and Furious 7 ...
- Shila bakal kembara ke Eropah
- Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal d...
- ► 12/01 - 12/08 (6)
- ► 11/24 - 12/01 (10)
- ► 11/10 - 11/17 (15)
- ► 11/03 - 11/10 (30)
- ► 10/27 - 11/03 (40)
- ► 10/20 - 10/27 (22)
- ► 10/13 - 10/20 (5)
- ► 10/06 - 10/13 (18)
- ► 09/29 - 10/06 (50)
- ► 09/22 - 09/29 (59)
- ► 09/15 - 09/22 (85)
- ► 09/08 - 09/15 (45)
- ► 09/01 - 09/08 (65)
- ► 08/25 - 09/01 (38)
- ► 08/18 - 08/25 (29)
- ► 08/04 - 08/11 (17)
- ► 07/28 - 08/04 (65)
- ► 07/21 - 07/28 (62)
- ► 07/14 - 07/21 (37)
- ► 07/07 - 07/14 (70)
- ► 06/30 - 07/07 (23)
- ► 06/23 - 06/30 (24)
- ► 06/16 - 06/23 (16)
- ► 06/09 - 06/16 (27)
- ► 06/02 - 06/09 (34)
- ► 05/26 - 06/02 (1)
- ► 05/19 - 05/26 (5)
- ► 05/12 - 05/19 (9)
- ► 05/05 - 05/12 (1)
- ► 04/28 - 05/05 (1)
- ► 04/21 - 04/28 (1)
- ► 04/14 - 04/21 (4)
- ► 04/07 - 04/14 (2)
Followers
Popular Posts
-
Sama ada gambar ni betul atau palsu tak dapatlah nak dipastikan. Tetapi gambar ni banyak terdapat di internet. anda nilaikan lah sendiri s...
-
BAHARU sahaja dikhabarkan mempunyai masalah hutang, kediaman aktres Sri Devi dan Boney Kapoor musnah dalam kebakaran pada Ahad lalu. ...
-
Military action against Syria will deter North Korea from using chemical weapons, a US defence chief says. Under secretary of defence ...
-
Pengarah dan pelakon, Nam Ron membuat kejutan apabila mengakui dirinya adalah wanita selepas tamat mengarahkan teater Kompilasi Nam Ron lak...
-
Kisah suka dan duka seorang seniman agung Malaysia iaitu Allayarham Tan Sri P. Ramlee yang akhir hayatnya mempunyai kisah tersembunyi yang...
-
Sydney: Pemimpin ajaran sesat Papua New Guinea yang dikenali sebagai ‘Black Jesus’ dikasi oleh orang ramai yang berang selepas mereka mene...
-
Fighters allied to Al-Qaeda tightened their grip on a Syrian border town Thursday, as President Bashar al-Assad claimed most of the rebels f...
-
Sorang wanita bernama HLA HTAY (40) magkin cukup berani.Perawt yang bekerja di YANGON ZOOLOGICAL GARDEN di MYANMAR ini bersedia meny...
-
Kazakhstan ialah negara yang menjadi bahan jenaka Sacha Baron Cohen didalam filem Borat. Tapi tahukah anda negara bekas ahli Kesatuan Sov...
-
Samuel L. Jackson has just been confirmed for a role in the film adaptation of Stephen King's novel "Cell", which will also ...
0 comments:
Post a Comment