Selepas enam tahun menyulam cinta, penyanyi dan pelakon muda, Muhammad Izzul Islam Mazlan atau Izzue Islam, 23, selamat diijab kabul dengan pasangannya, Nurinafilah Waharudin, semalam.
Berlangsung di Dewan Shah Alam, di sini, dengan sekali lafaz saja, Nurinafilah atau Awin Nurin sah menjadi isteri Izzue tepat jam 9.45 pagi dengan berwalikan bapanya, Waharudin Jonit.
Pada upacara akad nikah yang dihadiri ahli keluarga terdekat, Izzue membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada Awin berserta mas kahwin sebanyak 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11.
Meskipun berumahtangga pada usia muda, menurut Izzue yang juga anggota kumpulan Forteen, dia gembira disatukan dengan gadis pilihannya yang juga pengurus kepadanya itu.
“Saya sudah bersedia memikul tanggungjawab seorang suami. dan bersyukur disatukan dengan Awin yang sangat memahami saya selama ini.
“Biarpun berkahwin pada usia sebegini, saya yakin dengan ketentuan Allah SWT menjodohkan saya dengan dia. Saya juga yakin dengan ‘masjid’ yang baru kami bina ini semestinya perkara baik dan pasti mendapat keberkatan,” katanya.
Cukup anggun dalam persalinan rona putih rekaan Satris Anggun, menurut Izzue yang turut menyambut hari lahirnya semalam, perkahwinan itu jadi lebih bermakna buatnya.
Ramai ke wanita di luar sana yang kecewa bila Izzue Islam berkahwin?
Semalam telah berlangsung majlis pernikahan pelakon dan penyanyi kumpulan Forteen, Izzue Islam, atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan dengan gadis pilihan hatinya Nurinafilah Waharudin, atau lebih mesra dikenali sebagai Awin Nurin.
Pasangan itu selamat diijabkabulkan pada pukul 9.45 pagi oleh bapa Awin di Dewan Shah Alam. Jumlah mas kahwin pula ialah 11 dinar dengan hantaran berjumlah RM11,111.11.
Pihak lelaki memberi sembilan dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran oleh pihak wanita.
0 comments:
Post a Comment