HANOVER: Penjaga gol antarabangsa Jerman, Robert Enke terbunuh selepas dikatakan melintas ketika kereta api sedang memecut, semalam. "Dia terbunuh ketika melintas di lintasan Neustadt am Rubenberge," menurut jurucakap polis Martina Stern. "Dia melonjakkan badannya di bawah kereta ketika sedang bergerak dan maut di tempat kejadian. Ia adalah satu cubaan bunuh diri," katanya. Rakan rapat Enke, Jorg Neblung, yang juga penasihat kepada penjaga gol itu juga mengesahkan bahawa Enke membunuh diri. "Robert bertindak mengakhiri nyawanya pada jam 6 petang," katanya. Satu sidang akhbar di Hannover lewat hari ini dijangka mendedahkan lagi kejadian membabitkan penjaga gol yang kini mempunyai enam cap permainan untuk Jerman. Berusia 32 tahun, Enke juga bermain untuk Hannover 96. Dia meninggalkan isteri dan seorang anak angkat perempuan berusia lapan bulan yang diambil Mei lalu - tiga tahun selepas kematian anak perempuannya berusia dua tahun kerana sakit jantung. Enke dikeluarkan daripada skuad Jerman dua hari sebelum pasukan itu mencatat kemenangan 4-0 terhadap Azerbaijan pada kelayakan Piala Dunia, awal September lalu. Bagaimanapun, dia kembali bersama skuad kebangsaaan dan berlatih sejak bulan lalu.
عين ازال للعطورات
3 years ago
0 comments:
Post a Comment