Kuala Kangsar: Hanya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan RM300 sebulan, namun seorang lelaki warga emas layak digelar ‘datuk super’ apabila sanggup memikul tanggungjawab sukar membesarkan sembilan cucu angkat.
Ramli Zulkifli yang kini mencecah usia 60 tahun terpaksa menggunakan kudratnya membesarkan sembilan cucu angkat berusia dua hingga 19 tahun selepas ibu bapa mereka menyerahkan urusan jagaan itu kepadanya atas alasan kemiskinan.
Lebih menyukarkan, dia mengambil alih urusan menjaga enam cucu angkat itu selepas ibu dan bapa kandung mereka menghilangkan diri, manakala tiga cucu angkat yang lain pula tidak mempunyai sijil kelahiran.
Keadaan bertambah sukar apabila isteri Ramli, Kamariah Dahaman, 68, meninggal dunia dua bulan lalu, sekali gus tugas membesarkan sembilan cucu itu ditanggungnya bersendirian.
Keadaan bertambah sukar apabila isteri Ramli, Kamariah Dahaman, 68, meninggal dunia dua bulan lalu, sekali gus tugas membesarkan sembilan cucu itu ditanggungnya bersendirian.
Ramli (duduk tengah) bersama sebahagian cucu angkatnya.
Ramli yang dikenali sebagai atuk Ramli berkata, dia bagaimanapun tidak pernah mengeluh sepanjang membesarkan sembilan cucunya itu, namun sedikit kesal kerana ibu dan bapa kandung mereka langsung tidak pernah menghulurkan sebarang nafkah bagi meringankan beban ditanggung.
0 comments:
Post a Comment