translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

40 tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Sichuan


Arus deras banjir melanda bandar Beichuan, wilayah Sichuan, barat daya China, kelmarin. Hujan lebat turut mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan lain. - AFP
BEIJING 10 Julai - Hujan lebat melanda wilayah Sichuan, barat daya China menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh, hari ini.
Kejadian tanah runtuh itu berlaku di Zhongxing, bandar Dujianhyan, awal hari ini, menurut satu sumber daripada pasukan bomba Chengdu, ibu negeri Sichuan.
Menurut pegawai bomba itu, kira-kira 30 hingga 40 orang tertimbus di kawasan itu akibat kejadian tanah runtuh.
Katanya, pasukan penyelamat kumpulan pertama telah tiba di tempat kejadian.
Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) China, hari ini meramalkan hujan lebat akan berterusan di wilayah Sichuan.
NMC yang mengeluarkan amaran biru untuk hujan lebat berkata, beberapa kawasan di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan wilayah Sichuan, Shanxi, Hebei, Shandong, Yunnan dan Guangdong dijangka dilanda hujan lebat hari ini dan esok.
Bahagian barat Lembangan Sichuan pula akan menerima hujan sehingga 150 milimeter dalam tempoh 24 jam, manakala kawasan lain akan dilanda ribut petir dan angin kencang.
NMC turut mengeluarkan amaran suhu tinggi di beberapa tempat di Guangdong dan kawasan sepanjang sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Huaihe.
Suhu juga dijangka mencecah 39 darjah celsius di beberapa bahagian di wilayah Jiangsu, Zhejiang, Fujian, Jiangxi, Hunan, Anhui, Henan dan Hubei.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts