translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Polis Nepal rampas emas seludup bernilai RM6 juta


KATHMANDU 11 Julai - Polis Nepal semalam berjaya merampas sejumlah 35 kilogram emas yang cuba diseludup dari China ke India, sekali gus merupakan rampasan emas yang terbesar di negara ini.
Pegawai polis, Supritendent Uttam Kumar berkata, barangan berharga itu yang bernilai kira-kira AS$2 juta (RM6 juta) dalam pasaran gelap, disembunyikan dalam sebuah trak yang memasuki Nepal dari China melalui sempadan Tatopani dan dalam perjalanan menuju ke Kathmandu.
"Polis merampas 35 jongkong emas yang masing-masing seberat sekilogram dalam sebuah trak yang dijejaki pihak berkuasa berdasarkan maklumat yang diperolehi," katanya.
Pada 16 Mei lalu, polis Nepal berjaya merampas 16 kilogram emas di Kathmandu yang cuba diseludup dari Tibet di China ke India melalui negara ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts