translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Michael Douglas, Catherine Zeta-Jones bercerai

Michael Douglas, Catherine Zeta-Jones bercerai
Michael Douglas, Catherine Zeta-Jones bercerai


28 Ogos – Baru-baru ini telah timbul gosip yang mengatakan pasangan selebriti Hollywood, Michael Douglas dan isterinya Catherine Zeta Jones sudah bercerai selepas 13 tahun hidup bersama.
Khabar angin tersebut semakin menjadi bualan ramai selepas pasangan ini sudah empat bulan tidak pernah dirakam gambar bersama, malah mereka turut dikatakan tinggal sebumbung lagi.
Menurut satu sumber, Michael dikatakan akan mengumumkan tentang perceraian mereka dalam masa terdekat ini.
"Catherine cuba untuk menyelamatkan perkahwinan berkenaan tetapi nampaknya Michael sudah tidak tahan lagi."
Sementara itu, minggu lalu jurugambar merakam gambar Michael yang tiba di Sardinia secara sendirian dengan jet peribadi tanpa kelihatan kelibat isterinya bersamanya.
Pada awal tahun ini, terdapat berita yang melaporkan mengenai krisis rumah tangga pasangan popular itu, namun jurucakap Michael nampaknya memberikan jawapan yang boleh menimbulkan spekulasi ketika ditanya berhubung perkara itu baru-baru ini.
"Saya enggan bercakap mengenainya," ujar jurucakap Michael.
Pasangan ini berkahwin pada 18 November 2000 dan mempunyai dua cahaya mata, Dylan Michael dan Carys Zeta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts