Los Angeles: Bekas juara tinju dunia, Mike Tyson, mendakwa beliau berada di ambang kematian akibat penggunaan dadah dan masalah alkohol berterusan.
Tyson, 47, mengaku beliau ialah penagih dadah tegar tetapi sentiasa berharap dapat meninggalkan tabiat itu.
Maafkan saya “Saya berharap mereka dapat memaafkan saya, saya mahukan kehidupan berbeza sekarang. Saya mahu menikmati kehidupan tenang. Saya tidak mahu mati.
“Saya di ambang kematian kerana ketagihan alkohol.
“Saya pernah melakukan perkara jahat. Saya banyak melakukan perkara tidak baik, saya mahu dimaafkan,” kata Tyson dalam rancangan Friday Night Fight di saluran ESPN.
Pada usia 20 tahun, pada 1987, Tyson itu memegang rekod sebagai peninju termuda menang gelaran heavyweight WBC, WBA dan IBF.
Namun lima tahun kemudian, peninju kelahiran Brooklyn itu disabitkan bersalah merogol Desiree Washington dan dijatuhkan hukuman penjara enam tahun.

Beliau kembali ke gelanggang tetapi bersara pada 2006 dan setahun kemudian dipenjarakan 24 jam dan diarah melakukan khidmat kemasyarakatan selama 360 jam kerana memiliki dadah dan memandu dalam keadaan mabuk.
Tyson, yang kini bekerja sebagai promoter tinju berkata: “Saya harap mereka dapat memaafkan saya. Saya mahu mengubah cara hidup.
“Saya tidak mabuk atau mengambil dadah selama enam hari, dan ia satu keajaiban bagi saya. Saya berbohong kepada semua orang yang saya sudah tenang tetapi sebenarnya tidak. Ini hari keenam saya. Saya tidak akan mengambilnya lagi.”
0 comments:
Post a Comment