Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia, tanpa mengumumkan kepada pihak luar.
Bagaimanapun, atas permintaan keluarga pihak perempuan, mereka sekali lagi bernikah pada 24 Ogos lalu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.
"Kami telah pun bernikah. Justeru, status anak kami yang sebenarnya sudah terjawab," kata Aeril kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini hari ini.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ahmad Fakhruddin Attar pada 24 Ogos lalu.
Sebelum ini baik Aeril mahupun Wawa enggan berterus terang soal status mereka sehingga mengundang pelbagai kisah sensasi.
Malah, Wawa menjadikan alasan dihimpit 'penyakit misteri' sebagai alasan untuk bercuti daripada melakukan aktiviti seni daripada majikannya, Metrowealth International Group, ketika dia sedang mengandung.
Pasangan ini beberapa kali berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan kepada pihak media berhubung status mereka meskipun pihak media telah berjaya mendedahkan status sebenar pasangan tersebut.
Menurut Aeril, mereka telah bernikah 2 kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013. Pernikahan pertama dibuat tanpa didaftarkan di pejabat agama.
Namun atas permintaan keluarga, mereka berdua telah bernikah buat kali kedua pada 4 Februari 2013 sebagai menghormati ahli keluarga. Kata Aeril menerusi Mstar Online:-
Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab
Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 hasil perkahwinan ini. Dengan pengakuan ini, terjawablah segal persoalan yang bermain di minda para peminat. Pasti ada sebab tertentu Aeril dan Wawa merahsiakan perkahwinan mereka ini.Mungkin Aeril mahu periksa semula status pernikahan mereka kerana sebelum ini Aeril pernah mengumumkan yang mereka tidak pernah berkahwin.
Takut-takut jatuh talak tanpa disedari. Cubalah periksa dengan orang yang lebih arif mengenai hal ini. Apa pun, jutaan tahniah diucapkan kepada Aeril dan Wawa atas perkahwinan anda. Semoga kekal bahagia sehingga ke hujung hayat.
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendedahkan punca mereka menyorokkan perkahwinan adalah kerana takut dimarahi oleh pengurusan MIG. Menurut MalaysianDigest, Wawa menipu mengenai perkahwinan mereka atas dasar darurat iaitu takut dimarahi oleh majikannya, David Teo.
Kata Aeril Zafrel:-
Kami bernikah sebanyak dua kali. Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan kami. Kami tak ada surat nikah untuk penikahan pertama itu.Dan selepas saya dapat tahu Wawa mengandung, kami bernikah semula pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di binkan dengan nama saya.Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia
Pernikahan kali pertama dilakukan di rumah pengurus Aeril Zafrel yang terletak di Petaling Jaya dan dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah.
Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut. Wawa Zainal dalam keadaan sebak turut mengakui informasi mengenai anaknya adalah benar:-
Anak saya lahir pada 24 Ogos lalu. Semuanya betul seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut. Kami minta maaf kepada semua kerana merahsiakan perkahwinan kami. Kami telah berkahwin dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak. Kami menipu kerana ada sebab
Wawa Zainal turut menerangkan mengenai kehamilannya:-
Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi dapat tahu mengenai kehamilan itu pada Januari 2013…Saya terus beritahu Aeril dan kami mempercepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya. Alhamdulillah…anak bayi lelaki kami telah selamat dilahirkan dan telah dinamakan sebagai Ahmad Fakharuddin Attar…Di harap dengan pengakuan ini kisah mengenai kami tidak disensasikan lagi.Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini…Kami berbohong kerana bersebab…Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka mendapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin…Saya buat macam ni sebab menghormati kontrak dan..ya, saya memang takut dengan David Teo
Aeril Zafrel dalam nada tidak berpuas hati mencelah ketika Wawa Zainal membuat permohonan maaf dengan berkata “Oh, media mahu kami minta maaf…“. Semoga dengan penjelasan ini, semua pihak maklum dengan jelas terhadap apa yang terjadi. Sama-sama kita nantikan reaksi daripada David Teo mengenai perkara ini.
0 comments:
Post a Comment