RATU skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David meraih kejuaraan kedua bagi musim 2013 apabila berjaya merampas semula kejuaraan Terbuka Carol Weymuller pada Ahad.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Heights Casino, Brooklyn, New York, Amerika Syarikat, pemain berusia 30 tahun itu mudah menundukkan pemain Perancis, Camille Serme dengan 12-10, 11-2 dan 11-5.
Ini kali kedua Nicol menjuarai kejohanan itu. Kali pertama pada 2005.
Pada 2012, Nicol disingkirkan oleh pemain England, Alison Waters di peringkat suku akhir.
"Saya amat gembira dengan kemenangan ini selepas sekian lama," katanya dipetik oleh laman sesawang skuasy www.squashsite.co.uk.
عين ازال للعطورات
3 years ago
0 comments:
Post a Comment