translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

SUKA DUKA P.RAMLI:- DIANIAYA,DIKHIANATI MELAYU KERANA HASAD DENGKI


Kisah suka dan duka seorang seniman agung Malaysia iaitu Allayarham Tan Sri P. Ramlee yang akhir hayatnya mempunyai kisah tersembunyi yang ramai generasi kini tidak tahu mengenainya. Anda suka bergelak ketawa melihat watak P. Ramlee yang mencuit hati? Anda sangat meminati lagu-lagu lagenda beliau? Anda menyanjungi beliau sebagai idola? Jika begitu, anda harus tahu kisah suka duka mengenai P. Ramlee sepenuhnya!
P+ramlee+Suka+Duka+Dianiaya+Dikhianati+Melayu

Biodata P. Ramlee

(Gambar Foto) Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee (dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan yang meluas dari dalam dan luar negara di sepanjang hidupnya hinggalah selepas kematiannya. Untuk mengikuti profile biodata penuh P. Ramlee, klik link dibawah.

Biodata Profile P. Ramlee Wiki

Keluarga_P._Ramlee_&_Saloma

15 Fakta Menarik Tentang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon dan menyamar di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.

3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.

4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.

5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; P Ramlee mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.

6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon! (Menurut Datuk Ahmad Nawab)

7. Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.

8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).

9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih; suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.

10. Menu harian: ikan goreng dan ulam; ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai; juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).

11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!

12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.

13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.

14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.

15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!

P+Ramlee+Muflis+Dikhianati+Bangsa+Sendiri
P Ramlee Muflis Dikhianati Bangsa Melayu Sendiri

+Mohd Rohaizad  membuat artikel ini tidak bertujuan untuk mengaibkan atau mempersalahkan sesiapa tetapi sekadar untuk mengingati dan mengetahui kisah suka dan duka P. Ramlee sebagai penghibur nombor satu Malaysia yang tiada tolok gantinya dan akan dikenang sehingga ke hari kiamat. Begitu hebatnya seorang seniman agung Malaysia dengan karya-karya seni semasa hayatnya diejek, dihina dan diboo kerana dianggap tidak relevan pada masa tersebut. Malah beliau meninggal dunia dalam keadaan satu sen pun tiada untuk diuruskan majlis pengebumiannya.

Kisah rakan karib Datuk Aziz Sattar yang menangis bila mendengar lagu 'Di manakan Ku cari ganti' yang digubah oleh P Ramlee juga membuatkan ramai peminat sebak. Apatah lagi apabila Aziz Sattar bercerita tentang anak-anak P Ramlee hanya makan nasi kosong dan telur goreng kerana P Ramlee tidak mempunyai wang akibat dikhianat oleh bangsa sendiri. Malah P Ramlee pernah marah kepada rakannya jangan datang ke rumahnya kerana malu dengan kehidupannya yang dikelilingi hutang angkara rakannya dan menyara hidup dengan menyewa tempat judi / mahjung akibat disisihkan dalam industri hiburan Malaysia pada masa beliau sudah hampir hendak meninggal dunia.

Kata-kata P Ramlee yang berharap agar warisan bangsa terus menjaga muzik asli telah membuatkan ramai pada masa tersebut memandang enteng dan tidak relevan semasa zaman irama Pop Yeh Yeh sedang naik memuncak. Penulis amat malu bila wujud sikap hasad dengki daripada produser filem tempatan dan pelakon-pelakon di Singapura dan Malaysia yang merupakan bangsa Melayu sendiri semasa nama P Ramlee di kemuncak. Anda harus tengok sendiri video selama 1 jam lebih di bawah ini. Pengkhianat seni P Ramlee masih hidup senang-lenang sehingga ke hari ini tanpa rasa bersalah dan malu diatas perbuatan mereka ke atas arwah P Ramlee dan keluarganya. Malah isu royalti P Ramlee masih lagi belum selesai sepenuhnya sehingga ke hari ini.

Video History Channel Bongkar Kisah P Ramlee Dianiaya Dikhianat Bangsa Melayu Sendiri


+Mohd Rohaizad begitu sedih dengan pengakhiran seorang seniman agung P. Ramlee yang suka dan dukanya tidak ramai yang tahu, generasi masa kini hanya mengetahui filem dan lagu-lagunya yang menjadi siulan sehingga ke hari ini. Berapa ramai yang tahu kisah hidup P Ramlee terutamanya orang Melayu sendiri..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts