translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

WANITA 50 TAHUN GELAR DIRI INCREDIBLE HULK


STEPHENS menggelarkan dirinya sebagai Incredible Hulk selepas otot-otot tubuhnya boleh membengkak tatkala menghadapi tekanan.

KISAH filem Incredible Hulk mengenai seorang lelaki, Bruce Banner yang boleh bertukar menjadi makhluk perkasa berwarna hijau telah mendapat sambutan menggalakkan di pawagam seluruh dunia pada tahun 2008.

Banner yang merupakan seorang lelaki normal secara tiba-tiba boleh berubah menjadi makhluk bersaiz besar selepas dia terkena sinar gama.

Namun, seorang ibu di Wednesbury, West Midlands, United Kingdom, Helen Stephens hampir mengalami situasi seperti watak Banner itu.

Cuma Stephens bukan seperti Banner yang berubah menjadi makhluk perkasa selepas dia menjadi marah setelah terkena sinar gama. Tubuh Stephens mengalami situasi yang hampir sama dengan Banner selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun 1999.

Penyakit misteri yang dialaminya itu menyebabkan dia kini hanya terlantar di atas katil.

Otot Stephens yang berusia 50 tahun itu akan membengkak apabila dia mengalami tekanan dan mendengar bunyi bising.

Sekumpulan pakar neurologi di Hospital City, Birmingham percaya ibu kepada tiga orang anak itu menghidap penyakit Sindrom Stiff Person pada tahun 2004.

“Saya menggelarkan diri saya seperti Hulk, Arnold Schwarzenegger atau Rambo. Saya seperti seorang ahli bina badan,” kata Stephens.

Wanita itu akan disuntik dengan ubat diazepam untuk mengendurkan otot apabila badannya membengkak.

Bagaimanapun, beberapa ujian terbaharu menunjukkan dia sebenarnya masih belum disahkan menghidap sindrom itu.

Setakat ini doktor masih belum mengetahui penyakit sebenar yang dihidapinya.

Stephens menyalahkan nahas kereta yang dialaminya itu sebagai punca dia menghidap penyakit tersebut.

Kisahnya itu telah disiarkan dalam sebuah dokumentari di Channel 5 di Britain, baru-baru ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts