Bahagian Pertama
Agak terhibur apabila melihat telatah menteri-menteri Umno secara tiba-tiba berlumba-lumba mahu mempertahankan bos mereka dalam skandal Altantuya-Scorpene yang menjadi taboo.
Tindakan mereka ini berikutan sebuah artikel yang diterbitkan oleh sebuah akhbar yang kononnya mahu menyanggah kepercayaan orang ramai bahawa Altantuya Shaariibuu yang dibunuh ada kaitan dengan skandal rasuah dalam pembelian kapal selam itu.
Sejak beberapa tahun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikaitkan dengan pembunuhan kejam ke atas wanita cantik Altantuya.
Namun dakwaan bahawa Najib terlibat dengan skandal ini cepat-cepat disanggah tanpa disiasat secara terperinci oleh pihak berkuasa, termasuk polis dan mahkamah memandangkan isu ini sangat sensitif untuk diperbincangkan.
Tetapi kenapa pemimpin-pemimpin Umno memainkan isu ini sekarang?
Adakah ini merupakan satu percubaan untuk membersihkan nama Najib dari pautan stigma ini bagi mencerahkan peluangnya untuk terus memperkukuhkan kedudukannya menjelang pemilihan pemimpin dalam parti Umno hujung tahun ini?
Atau mereka ingin mempengaruhi pendapat orang ramai menjelang kes rayuan daripada dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya di mahkamah rayuan?
Apa pun niat mereka, tidakkah langkah ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mempertaruh nasib ke atas seseorang yang tiba-tiba muncul untuk membersihkan imej Najib yang sekian lama sudah terpalit sedang langkah ini mungkin boleh melantun semula ke arah mereka dan merugikan mereka.
Pada 27 Julai lalu, akhbar milik Umno, The New Straits Times menyiarkan wawancara dengan Jasbir Singh Chahl, orang tengah yang disifatkan sebagai arkitek urus niaga Scorpene.
Beliau sudah tentu menjelaskan bahawa Altantuya tidak ada kena mengena dengan urus niaga berjumlah RM7 bilion itu dan 114 juta Euro (RM500 juta) yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, bukannya rasuah tetapi bayaran perkhidmatan.
Serangan balas
Dengan melancarkan artikel Jasbir ini, menteri-menteri Umno selepas seorang demi seorang secara tiba-tiba melancarkan serangan kembali terhadap para pengkritik skandal itu.
Mereka menuduh para pengkritik “mencipta pembohongan dan skandal” untuk “mencemar imej negara dan para pemimpin”. Malahan mereka turut mendesak polis mengambil tindakan terhadap dakwaan pembohongan ini yang kononnya memburuk-burukkan nama baik Perdana Menteri.
Mereka termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tetapi dalam suasana kelam kabut untuk mempertahankan Najib, ketika berlangsung urus niaga dan kejadian pembunuhan Altantuya itu menjadi menteri pertahanan, mereka terlepas pandang dua kelemahan cerita Jasbir.
Pertama, Jasbir Singh adalah orang tengah dalam dunia perniagaan persenjataan di peringkat antarabangsa dengan negara-negara sedang membangun di mana rundingan di bawah meja sudah menjadi kebiasaan.
Sebab inilah yang membuat Jasbir menghilangkan diri sejak beberapa tahun lalu ketika mana skandal sedang hangat diperbualkan.
Maka, apakah kuasa atau kredibiti yang beliau miliki untuk kita memberi pertimbangan kepada isu hubungan intim Najib dengan Altantuya dan elemen rasuah dalam urus niaga ini?
Dan atas dasar apa menteri-menter Umno boleh mempercayai kata-kata Jasbir sebagai hakikat kebenaran untuk melancarkan serangan balas dan mempertahankan Najib?
Kedua, meskipun jika Altantuya tidak terlibat dengan urus niaga Scorpene sepertimana yang didakwa Jasbir (tidak dapat dipastikan lagi) fakta ini tidak sepatutnya menjadi halangan terhadap dakwaan yang dibuat terhadap Najib mengenai hubungan intimnya dengan Altantuya atau amalan rasuah melalui Perimekar.
Tuduhan-tuduhan ini berdiri sendiri berdasarkan merit fakta yang berkait dengan dua isu melibatkan individu-individu (dan tidak dikira satu) yang didedahkan melalui pendengaran awam yang sahih dan berwibawa.
Senario mahkamah
Maka apakah fakta-fakta dalam kes pembunuhan Altantuya?
Jika pemimpin-pemimpin Umno memikirkan bahawa rakyat Malaysia mudah lupa seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, ketika mana urus niaga Scorpene dirunding dan dimuktamadkan, beliau menjadi perdana menteri, maka mereka salah.
Terdapat nanti beberapa drama yang hebat, lagi menakjubkan, dalam kes yang akan berlarutan untuk terpahat dalam ingatan dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang.
Sebagai contoh, siapa yang dapat melupakan senario mahkamah yang menakjubkan melibatkan ketiga-ketiga pihak – pendakwaraya, penguambela dan hakim.
Mereka bekerjasama dan bersubahat dalam menyembunyikan bahan bukti berupa gambar yang menunjukkan Altantuya, Najib dan Abdul Razak Baginda sedang menikmati jamuan makan di sebuah restoran. Razak ialah orang kepercayaan Najib.
Saksi Ms Burmaa Oyunchimeg, sepupu Altantuya, memberi keterangan pada 29 Jun 2007 (hari ke 10 perbicaraan) bahawa Altantuya menunjukkan sekeping gambar di Hong Kong sekembalinya (Altantuya) dari lawatan ke Peranchis.
Tetapi sebelum saksi tersebut dapat memberi keterangan lanjut, beliau diarah oleh mahkamah untuk menyentuh subjek lain, walaupun dibantah oleh para peguam dari kedua-dua belah pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung bahan bukti ini.
Angkat sumpah
Gambar itu, jika terbukti, dapat mendedahkan bahawa angkat sumpah Najib bahawa beliau tidak pernah menemui “wanita itu” sebagai satu pembohongan.
Sebaliknya, jika angkat sumpah Najib adalah benar, kenapa mahkamah yang kelihatan mahu mempertahankan Najib, tidak membenarkan Burmaa untuk disoalsiasat lebih lanjut agar kepalsuan gambar tersebut dapat didedahkan bagi membebaskan Najib dari pertuduhan?
Beberapa hari sebelum itu, seorang lagi rakyat Mongolia memberi keterangan pada 26 Jun (hari ketujuh) bahawa rekod komputer imigresen mengenai dirinya, Altantuya dan seorang lagi teman telah dipadamkan secara misteri.
Ini sungguh memeranjatkan kerana dari mengambil rekod ini sebagai satu bahan bukti yang bernilai dalam kes pembunuhan itu, kedua-dua belah pihak pendakwaan dan pembelaan menolak cadangan bahawa bahan bukti itu tidak relevan dan agar dibuang.
Siapakah yang bertanggungjawab agar rekod imigresen ini dipadamkan jika beliau bukan seorang yang berpengaruh dan berkuasa?
Apa sebabnya mereka menolak bahan bukti seperti ini dalam mahkamah, jika tidak bertujuan untuk menghalang bukti-bukti pembunuhan itu dapat dikesan sehingga ke peringkat yang tertinggi?
0 comments:
Post a Comment