KISAH perkahwinan golongan selebriti sememangnya sering menjadi perhatian, bukan sahaja di Malaysia, bahkan di negara barat.
Namun, tidak semua selebriti memilih untuk berkongsi hari bahagianya dengan peminat dan media, sebaliknya lebih selesa mengadakan perkahwinan secara tertutup dan majlis hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Antara artis Hollywood yang memilih untuk merahsiakan majlis perkahwinan atau mengadakan secara tertutup adalah Justin Timberlake-Jessica Biel, Blake Lively-Ryan Reynolds, Adele, Kate Winslet-Ned RocknRoll, dan ramai lagi.
Manakala artis tempatan yang memilih untuk merahsiakan perkahwinan mereka adalah Ashraf Muslim (perkahwinan kedua), Abby Abadi (perkahwinan kedua) Bront Palarae dan terbaru, Wawa Zainal dan Aeril Zafril.
Ada antara selebriti berpendapat, soal perkahwinan adalah hal peribadi yang perlu dirahsiakan tetapi ada pula berpendapat, artis adalah hak milik masyarakat, maka segala perkara perlu dikongsi bersama.
Justeru Zass mengambil pandangan beberapa selebriti mengenai isu yang diperkatakan mari kita lihat apa kata mereka.
"Saya rasa tiada sebab untuk seseorang itu menyembunyikan perkahwinan mereka, mungkin ada sebab tertentu setiap pasangan melakukan sedemikian.
Siapa yang tidak inginkan perkahwinan yang berlangsung secara meriah. Tapi dalam hal ini jika perkahwinan itu sah dari segi agama Islam kenapa perlu takut. Saya tidak rasa selebriti tersebut gembira dengan apa yang dilakukan mereka tapi sebagai insan biasa kita hanya perlu mendoakan yang terbaik untuk mereka." - Jehan Miskin
"Semua orang mempunyai alasan tersendiri tidak tahu sebab berlakunya perkara sedemikian, mungkin halangan dari keluarga atau kehendak individu itu sendiri.
Tetapi dari segi moral sebenarnya jangan sembunyikan perkara yang baik, walaupun pelbagai alasan yang diberikan lambat laun akan diketahui juga.
Bila kita sembunyikan perkara sebegini ini akan menjadi satu penipuan banyak pihak akan sakit hati, jangan jadikan perkara ini khuatir pasal populariti berkurangan rasanya tidak sesuai, kerana apa yang boleh saya kongsi apabila berkahwin ALLAH SWT akan murahkan rezeki seseorang itu." Kamal Adli
"
Pada pendapat saya, mungkin ada alasan atas sebab apa pasangan tersebut melakukan begitu, bagi saya ia terpulang kepada individu tersebut untuk memberitahu apa tidak, mungkin itu adalah rahsia peribadi mereka yang tidak boleh dikongsi bersama peminat.
Dalam perkara ini juga kita perlu pandang pada sudut positif asalkan mereka telah bernikah dengan cara yang baik. ikut pada agama hindari dari berlakunya maksiat."
Bienda
"
Setiap pasangan pastinya menginginkan kehidupan bahagia dengan mendirikan rumah tangga begitu juga bagi selebriti, mungkin apa yang kita dapat lihat pasangan yang cuba sembunyikan tersebut mereka mempunyai alasan tersendiri melakukan sedemikian, bukan bermaksud untuk melukakan hati sesiapa tapi mungkin itu adalah soal peribadi mereka.
Bagi saya kita hanya insan biasa jangan mudah melontarkan kritikan kepada mereka tanpa mengetahui perkara yang sebenar." Raja Farah
"
Pada pandangan saya dalam Islam sebuah perkahwinan itu sepatutnya di uar-uarkan.
Tujuan majlis kenduri adalah supaya belum menimbulkan fitnah, akan tetapi sembunyikan perkahwinan boleh dilakukan asalkan mempunyai alasan yang sewajarnya.
Tapi apa yang boleh saya kongsian perkara tersebut sepatutnya tidak patut berlaku, tambahan pula selebriti sering menjadi perhatian masyarakat mahupun peminat." - Fizo Omar
"
Kita tidak tahu alasan kenapa mereka melakukan begitu, kita juga tidak perlu tahu kenapa pasangan tersebut melakukan sedemikian.
Saya akui, sepatutnya perlu diberitahu kepada umum atas sebab mengelakkan fitnah. Tapi ia bergantung kepada hak masing-masing yang penting pasangan ini tidak melakukan kesalahan yang berlandaskan hukum Islam." - Siti Nordiana
Kahwin rahsia: Apa kata selebriti?
01:12 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
-
-
عين ازال للعطورات4 years ago
-
20 MANFAAT VICKS VAPORUB8 years ago
-
AFRINA BEAUTY12 years ago
-
Lawak Gelak Suami Sendiri12 years ago
-
Isteri bekas bintang NFL curang?12 years ago
-
-
-
feedjit
Archives
-
►
2014
(7)
- ► 02/16 - 02/23 (3)
- ► 01/19 - 01/26 (4)
-
▼
2013
(951)
- ► 12/22 - 12/29 (11)
- ► 12/15 - 12/22 (24)
- ► 12/01 - 12/08 (6)
- ► 11/24 - 12/01 (10)
- ► 11/10 - 11/17 (15)
- ► 11/03 - 11/10 (30)
- ► 10/27 - 11/03 (40)
-
▼
10/20 - 10/27
(22)
- MADONNA PELAJARI AL-QURAN KERANA KEKASIH
- HAZAMA MENDOMINASI PENCALONAN UTAMA AIM 20
- YUSOF HASLAM LEGA KL GANGSTER 2 KUTIP RM5 JUTA
- BERBEZA AGAMA, KELUARGA TAK HALANG HAZAMA BERCINTA...
- KHATAM QURAN DAN PERNIKAHAN DIANA AMIR, HABIB
- CHRISTINA AGUILERA KEMBALI LANGSING DAN MENGGODA
- Steadfast Wee Wern stays on course
- Pegawai bank mati ditembak pengawal keselamatan:- ...
- Donald Trump blazes over 'bogus university' lawsuit
- Malaysia university's honour for N. Korea leader d...
- SHILA AMZAH DIKENALI DI KOREA BERBANDING SITI DAN ...
- FOUZIAH GOUS & ZHAFRAN BULAN MADU MENAIKI CRUISE K...
- ROZITA CHE WAN & ZAIN SAIDIN PHOTOSHOOT PRE-WEDDIN...
- SHARNAAZ BERSEMUKA DENGAN PEKIN, NAFI PUNCA PUTUS ...
- DIANA AMIR BAKAL BERNIKAH DI TAMAN KRISTAL ESOK
- TUNKU HANIS DEDAH BERCINTA DENGAN ANAK SAUDARA DAT...
- FARHAN SEDIH BILA DITUDUH PUTUS TUNANG
- UQASHA SENROSE NAFI CURANG, MAHU PEKIN TUNJUK BUKTI
- LAGI..... ARTIS DAPAT GELARAN DATO'
- Shah Iskandar "Anggap Diana Kawan Biasa"
- Rihanna Dihalau Depan Masjid Abu Dhabi
- Kahwin rahsia: Apa kata selebriti?
- ► 10/13 - 10/20 (5)
- ► 10/06 - 10/13 (18)
- ► 09/29 - 10/06 (50)
- ► 09/22 - 09/29 (59)
- ► 09/15 - 09/22 (85)
- ► 09/08 - 09/15 (45)
- ► 09/01 - 09/08 (65)
- ► 08/25 - 09/01 (38)
- ► 08/18 - 08/25 (29)
- ► 08/04 - 08/11 (17)
- ► 07/28 - 08/04 (65)
- ► 07/21 - 07/28 (62)
- ► 07/14 - 07/21 (37)
- ► 07/07 - 07/14 (70)
- ► 06/30 - 07/07 (23)
- ► 06/23 - 06/30 (24)
- ► 06/16 - 06/23 (16)
- ► 06/09 - 06/16 (27)
- ► 06/02 - 06/09 (34)
- ► 05/26 - 06/02 (1)
- ► 05/19 - 05/26 (5)
- ► 05/12 - 05/19 (9)
- ► 05/05 - 05/12 (1)
- ► 04/28 - 05/05 (1)
- ► 04/21 - 04/28 (1)
- ► 04/14 - 04/21 (4)
- ► 04/07 - 04/14 (2)
Followers
Popular Posts
-
AFP IS CLOSING THE LIVE REPORT ON the India gang rape trial. A court in Delhi sentenced four men to death for the fatal gang rape of a physi...
-
Sama ada gambar ni betul atau palsu tak dapatlah nak dipastikan. Tetapi gambar ni banyak terdapat di internet. anda nilaikan lah sendiri s...
-
Kim Kardashian and Kanye West brought their newborn daughter, North West, to her family's Independence Day party in Malibu, California. ...
-
AHLI kumpulan JYJ, Hero Jaejoong mencatatkan sejarah tersendiri apabila single terbarunya, Just Another Girl telah mengungguli carta iTune...
-
Kalau nak kongsi gambar majlis perkahwinan Neelofa, memang rasanya kena tunggu dalam 4,5 tahun lagi kot. Jadi sambil nak menunggu tue, Aba...
-
Di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca BeautifulNara yang beragama Islam. Semoga Ramadhan k...
-
Kiev: Perbuatan sepasang kekasih yang gemar melakukan perkara mencabar berakhir dengan tragedi apabila digilis kereta api ketika melakukan...
-
Carrie Curtis tak pernah menyesali keputusannya untuk memelihara janinnya selama ini. Ia sudah disarankan oleh para petugas medis untuk ...
-
WHITE SULPHUR SPRINGS, W.VA. (AP) A couple of doors opened for Jonas Blixt with his victory in the Greenbrier Classic. The most impo...






0 comments:
Post a Comment