Aktor Sharnaaz Ahmad yang didakwa sebagai punca putusnya pertunangan antara Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose telah bersemuka sendiri dengan Pekin bagi meleraikan tuduhan tersebut.
Laporan dari mStar Online hari ini memetik, Sharnaaz, 28, berkata, dalam pertemuan itu dia menjelaskan tuduhan mempunyai hubungan sulit dengan Uqasha adalah satu fitnah sementara hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan sekerja.
“Saya berjumpa dengan Pekin untuk berbincang bagaimana hal ini boleh terjadi. Dan syukurlah Pekin faham penjelasan saya dan dia minta maaf kerana salah faham terbabit.
“Saya percaya, ada pihak yang menyampaikan cerita tidak betul kepada Pekin untuk melaga-lagakan kami,” jelas Sharnaaz ketika dihubungi mStar Online.
Sharnaaz dalam kenyataannya berkata, dia agak terkejut kerana lepas satu kontroversi, satu lagi kontroversi telah timbul mengenai dirinya.
Dia kemudian lantas mengatur satu pertemuan dengan Pekin bagi menjelaskan perkara sebenar iaitu hubungan sulit yang didakwa berlaku antara dia dan Uqasha adalah tidak benar sama sekali.
Sharnaaz turut menjelaskan bahawa berdasarkan pertemuan tersebut, Pekin yang telah dikenalinya tiga tahun lalu mengerti stiuasi sebenar dan telah memohon maaf di atas salah faham yang berlaku.
Sharnaaz turut harap hubungan Pekin dan Uqasha kembali seperti dahulu dan dia tidak mahu masuk campur tentang keputusan pertunangan mereka.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut menambah yang dia tidak faham mengapa terlalu banyak kontroversi menimpa dirinya sepanjang bergelar anak seni. Namun dia berharap semua itu sebagai dugaan dalam hidupnya untuk mencari rezeki.
عين ازال للعطورات
3 years ago
0 comments:
Post a Comment