translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

NABILA HUDA BERCINTA DENGAN PEMAIN FCJ....??


Kalau benarlah gosip yang kami terima ini, maka tak salah jika  katakan Nabila Huda cepat benar terubat dan kemudiannya bercinta lagi. 
Nabila Huda Bercinta Lagi Kekasih Hati Pemain FCJ 2
Seingat kami, Nabila Huda baru sahaja putus cinta dengan Nas-T pada bulan Julai yang lalu. Kini, Nabila Huda dikatakan bercinta dengan seorang pemain bola sepak berjersi no. 10 daripada FCJ.
Di laman Instagramnya, Nabila Huda telah memuat turun gambar beliau bersama seorang lelaki (tidak diketahui) yang menyambut harijadinya baru-baru ini.
Nabila Huda Bercinta Lagi Kekasih Hati Pemain FCJ 1
Laman myartis.com melaporkan, Nabila Huda amat gembira dengan kehadiran lelaki itu dan telah lama menunggu kehadiran beliau dalam hidupnya. 
“Alhamdulillah, kehadirannya membuatkan saya cukup gembira. Kami masih lagi baru beberapa bulan menjalinkan hubungan.
“Apa yang boleh saya katakan, dia adalah lelaki yang saya cari selama ini. Bagaimanapun saya tidak mahu cerita panjang siapakah lelaki yang dimaksudkan itu,”
Apabila diminta mengulas lebih lanjut mengenai kekasih barunya, Nabila mengelak. Katanya, pengalaman lalu mengajarnya untuk tidak mendedahkan hal-hal peribadi.
“Kalau nak ikutkan hati, saya cukup teruja mahu kongsi kisah cinta baru saya ini. Tetapi saya mahu buat azam baru, tidak mahu lagi menceritakan kisah peribadi terutamanya hal-hal cinta kepada umum.
“Saya belajar perkara ini daripada pengalaman. Apabila saya tidak hipokrit berkongsi hal peribadi, ada pula pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap saya. Itu yang saya tidak mahu ia berlaku,”
Nabila Huda Bercinta Lagi Kekasih Hati Pemain FCJ 33
Buat pengetahun anda, FCJ adalah team bola sepak Football Club Jelong. Sehingga kini, LaporanTerkini masih belum dapat lihat wajah kekasih hati Nabila Huda yang baru. Mungkinkah lelaki di atas kekasih baru Nabila Huda?
Apapun, semoga perhubungan Nabila Huda dengan pemain bola sepak FCJ itu berbahagia dan kekal hingga ke jinjang pelamin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts