translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Rosyam ikut jejak Bruce Willis

Rosyam Noor

JIKA di Hollywood, 'hero-hero tua' seperti Bruce Willis, Antonio Banderas, John Travolta dan ramai lagi pelakon seangkatan mereka dilihat masih mempunyai nilai, namun berbeza di negara kita.Bagaimanapun, ia bukanlah penghalang buat hero Malaya, Datuk Rosyam Noor, 46, atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin untuknya membuktikan bahawa industri di Malaysia mampu berbuat demikian.
Malah, dia sendiri juga ingin mengikuti jejak langkah bintang Hollywood, Bruce Willis yang masih popular dan laris walaupun sudah berusia 56 tahun. “Saya mahu jadi seperti Bruce Willis.
Dia masih hebat beraksi di layar perak walaupun sudah berusia. “Untuk kekal dalam dunia seni, saya lebih sesuai berlakon dalam filem aksi dan pada usia sebegini, saya rasa tidak sesuai lagi membintangi filem-filem cinta. "Saya rasa kalau berlakon lagi watak seperti itu, pasti tak ada orang yang datang tengok saya berlakon,” katanya pada sidang media pratonton filem, Balistik.

Rosyam Noor

Terkenal dengan watak Tailong dalam filem KL Gangster 2, Rosyam mahu peminat menilai pula aksi lasaknya menerusi filem terbaharu terbitan syarikatnya, RK Screen Sdn Bhd itu, iaitu Balistik. “Saya harus mengucapkan terima kasih kepada Datuk Yusof Haslam dan Syamsul yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk membawakan watak Tailong sebelum ini dan ternyata lakonan saya masih diterima. “Watak itu ibarat permulaan baharu untuk saya dipandang semula dan saya akui telah menemui rentak lakonan semula selepas membintangi KL Gangster 2 itu," katanya.

Rosyam Noor
Menurut Rosyam, atas dasar itu, dia mengumpul kekuatan untuk kembali menggalas watak utama dengan penuh aksi melalui Balistik, yang bakal ditayangkan pada 9 Januari depan. “Saya memberikan kelainan melalui mesej, aksi lasak juga elemen kasih sayang yang dipaparkan dalam filem ini. “Ia bukan sekadar memenuhi watak aksi lasak semata-mata sebaliknya mesej yang disampaikan dalam filem ini juga cukup kuat.
Malah, dialog dalam filem ini juga bersifat matang dan mempunyai unsur kedewasaan. "Tidak ada watak yang menjerit-jerit, semuanya tenang saja,” katanya yang juga mengakui filem itu menelan belanja sebanyak RM2.5 juta.
Selain itu, menurut Rosyam, aksi ngeri yang dilakukan juga turut mendapat bantuan khidmat pakar aksi dari Hong Kong menerusi sentuhan pengarah Silver Chung. Rosyam berkata, Balistik yang bermaksud kelajuan peluru itu juga adalah merupakan usaha sama daripada Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF) yang merealisasikan semula segala idea dan gambaran Rosyam menerusi filem tersebut.
Dalam pada itu, menurut Rosyam, filem yang menggandingkan barisan pelakon pelbagai bangsa iaitu Rita Rudaini, Adi Putra, Jack Lim, Gan Mei Yan, Jeff Chin, Jason Phang, Datuk Rahim Razali, Marissa Yasmin, Fimie Don dan Rykarl Iskandar ini bukan sekadar karya untuk tontonan orang Melayu.
Sebaliknya, untuk tarikan masyarakat Cina sekali gus berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui hubungan ATF dengan pihak luar.

Tulang belakang 
Tinggalkan mengenai kariernya seketika, bintang KL Menjerit ini berkata, keluargalah pembekal semangatnya untuk terus kekal dan menyinar dalam industri hiburan tanah air.
Menurut Rosyam, keluarganya sebagai tulang belakang dan sangat memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni. “Alhamdulillah, untuk menyiapkan proses pre dan post produksi untuk filem Balistik, keluarga banyak menyokong saya. “Mereka termasuklah ibu, isteri dan anak-anak saya, yang sangat memahami dan tetap memberikan sokongan padu kepada saya walaupun saya terpaksa pulang lewat ke rumah,” katanya. Rosyam turut berterima kasih kepada keluarganya kerana sentiasa menaikkan semangat untuknya terus memikul tanggungjawab sebagai anak seni sekali gus menaikkan taraf hiburan tanah air.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts