translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

SHILA AMZAH MOHON HENTIKAN TABUR FITNAH


Huh.. Tentunya isu paling hangat hari ini ialah berkenaan hubungan Johan As’ari dan Lana Nordin yang putus ditengah jalan. 
Namun, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menambah-nambah gosip hubungan Johan As’ari dan Shila Amzah satu ketika dahulu.
Jesteru, oleh kerana tidak berpuas hati berkenaan perkara tersebut, Shila Amzah menulis di laman Twitternya.
”Assalamualaikum,sha mintak utk stop tulis any artikel yg ada kaitan atau mengaitkan sha dgn sapa2..Sbb sha rasa 1 pun artikelnya x mbantu utk mperbaiki kerjaya seorg artis..”
”so i hope,abg faham dan berhenti tulis apa pun sama ada peribadi mahupun kerjaya.. Bukan kita mengharapkan pujian semata2, tapi jgnlah sebarkan fitnah. Awak pun ada family!”
Shila Amzah Tempelak Penulis Blog Kerana Taburkan Fitnah 1
Sebenarnya ada terbaca berkenaan artikel yang dikeluarkan oleh laman blog itu pagi tadi. Namun tak sangka pula Shila Amzah akan marah dengan gosip yang dikeluarkan oleh blog tersebut. 
Berkenaan nama blog tersebut, tak perlulah disebutkan di sini. Tapi berkenaan perkataan ‘fitnah’ yang disebut oleh Shila Amzah tersebut, tidak pastilah di mana penulis blog itu menaburkan fitnah. Hanya gosip-gosip panas sahaja. 
Apa yang ditulis oleh penulis blog tersebut adalah ”Adakah selepas ini Lana Nordin akan buat klip video menyanyi ombak rindu akibat perpisahan ini?” merujuk kepada perbuatan Shila Amzah yang menyanyikan lagu Ombak Rindu selepas berpisah dengan Sharnaaz satu ketika dahulu. 
Shila Amzah Tempelak Penulis Blog Kerana Taburkan Fitnah 2
Selain itu, penulis blog itu menyebut, “Adakah Johan akan mendamba cinta Shila Amzah kembali? Adakah Shila sedang berbunga hatinya membaca perkhabaran ini?.”
Shila Amzah kini meminta penulis blog tersebut untuk tidak menulis berkenaan dirinya lagi. Jesteru, kalau tulis juga, boleh kena saman tue.. Huhuhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts