Wanita mana yang tidak marah jika berita hal perkahwinan diambil remah dan main-main.
Lana Nordin yang mengulas panjang berkenaan perkara ini berkata, Johan As’ari mengaibkan dirinya dan keluarga tentang hal perkahwinan mereka.
Lana berkata, sepanjang 3 hari pertama berkenalan dengan Johan As’ari, beliau terkejut apabila Johan melamarnya. Namun beliau tidak menidakkan atau mengiakkannya.
Lana hanya memberi masa kepada Johan As’ari kerana beliau tahu tempoh perkenalan mereka terlalu singkat.
“Pada peringkat awal perhubungan cinta kami, saya melihat kesungguhan ditunjukkan, apatah lagi Johan dengan berani tampil memberi kenyataan mahu melamar saya.””Begitupun waktu itu saya tidak menidakkan dan tidak juga mengiyakan, sebaliknya cuba memberinya peluang.”“Apabila hubungan tidak mendapat restu ibunya,sepatutnya sebagai lelaki Johan cuba mencari masa dan memperbaiki hubungan kami.””Sebulan terlalu singkat untuk kami melakukan segalanya sedangkan untuk memenangi hati keluarga mengambil masa lebih panjang,”
Lana juga berkata, beliau kesal kerana Johan tidak menunggu lebih lama untuk mengenali dirinya dan keluarga.
“Sepatutnya tempoh yang ada digunakan untuk mengenali hati budi masing-masing termasuk ahli keluarga. Tetapi, cara diambil untuk memutuskan hubungan kami sangat tidak matang kerana ia turut mengaibkan keluarga saya.””Tidak mengapalah kalau itu yang dia kehendaki. Biarlah saya, dia dan Allah saja yang tahu siapa Johan As’ari,”
Selain memutuskan perhubungan secara tiba-tiba, Lana Nordin juga kesal kerana Johan melamarnya secara terburu-buru.
“Dia kata jujur dan ikhlas, tetapi tindakannya lebih jelas daripada kata-kata. Memutuskan hubungan dalam masa sebulan adalah satu tempoh yang cukup pantas untuk menyalahkan takdir.””Dia tidak sepatutnya membuat keputusan mahu melamar terburu-buru, begitu juga dengan memutuskan hubungan ini,”
Seperti yang LaporanTerkini katakan sebelum ini, sememangnya ini adalah perbuatan paling tak matang bagi Johan As’ari. Tak salah, Johan tahun ini sudah berumur 27 tahun. Perkara kahwin bukannya perkara yang boleh dibuat main-main…
Tapi LaporanTerkini dapat mengagak bahawa Johan sebenarnya mengejar cita-citanya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini(seperti yang pernah Johan As’ari sebutkan beberapa kali di media).
Mungkin kerana terlalu rigid mengejar cita-citanya itu, beliau membuat keputusan untuk melamar Lana Nordin..
0 comments:
Post a Comment