Wow. Dalam diam, hubungan percintaan antara Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose sudah maju setapak lagi. Mereka berdua telah pun bertunang awal bulan ini. Berita gembira ini telah pun disahkan oleh Pekin sendiri. Jutaan tahniah diucapkan buat mereka berdua.
Kalau dulu Pekin malu-malu nak mengaku bercinta dengan Uqasha, sekarang tidak lagi. Awek cun kenalah bagitau cepat-cepat. Kang orang lain potong line pulak. Kata Pekin:-
Pertama kali melihat dia perasaan cinta saya sudah mula berputik. Saya memang menganggap dia adalah calon yang sesuai untuk dijadikan suri hidup saya. Sebenarnya kami sudah kenal lama. Sejak dari kampung lagi. Cuma hubungan yang lebih serius itu baru nak bermula. Saya tengok Uqasha kalau boleh terus nak kahwin dengan Uqasha esok. Setiap hari saya tanya Uqasha fasal kahwin. Mungkin dia pun dah naik muak dengan soalan saya itu.
Pengakuan ini dilakukan selepas timbul ura-ura perhubungan mereka berdua mempunyai masalah dan telah putus. Kata Pekin:-
Mungkin juga orang ingat kami dah putus sebab kami ada delete gambar di Instagram sebab gambar tu menunjukkan seperti suasana merisik. Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini
Semoga dengan ikatan pertunangan ini, hubungan Pekin dan Uqasha akan semakin kukuh. Diharap banyak bersabar di dalam fasa ini. Banyak cabaran dan dugaannya. Apa pun, tahniah sekali lagi diucapkan atas berita gembira ini.
0 comments:
Post a Comment