ASHRAF MUSLIM DAN WAN SAKINAH TERKINI | Dayana Dan Sakinah Dah Mula Keluar Bersama, Kata Ashraf Muslim | “SAYA tahu dia (Dayana) terluka,” demikian reaksi pelakon, Ashraf Muslim ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang melibatkan dirinya dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.
Ashraf berkata demikian ketika mengadakan sidang media khas di ibu kota, hari ini. Ashraf mengadakan sidang media berkenaan bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Shaburi.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Semoga segala penjelasan saya ini, semua dapat membantu saya. Mungkin ada salah silap, saya minta maaf. Saya harapkan apa yang saya beritahu ini tidak mengaibkan orang lain,” ujar Ashraf.
Berikut adalah sesi soal jawab Ashraf bersama pihak media:
MEDIA: Kenapa baru sekarang Ashraf mahu menjelaskan kepada media?
ASHRAF: Saya lihat, apabila saya terlalu berdiam diri, terlalu banyak spekulasi dan cerita-cerita tak baik saya dengar. Banyak perkara yang boleh menjatuhkan, memalukan, menghina saya, menghina isteri-isteri saya, menghina keluarga saya boleh berlaku. Ini menyebabkan saya agak terkilan dan saya rasa ini masanya untuk saya beritahu kepada orang di sekeliling saya.
MEDIA: Bagaimana hubungan Ashraf dengan isteri (Dayana)?
ASHRAF: OK. Alhamdulillah. Saya dan Dayana OK tak ada masalah. Dengan Sakinah juga tak ada masalah. Cuma, iyalah, apabila… saya tak nak apa yang berlaku di luar sana, orang mengata menyebabkan kerosakan dan hubungan kami menjadi tak baik. Saya juga tak nak disebabkan orang luar juga, hubungan antara keluarga dengan bapa mertua dan orang sekeliling dengan keluarga saya menjadi tak baik. Dalam keadaan sekarang ini alhamdulillah. Saya baru hantar ibu dan bapa mertua saya (ibu bapa Dayana) ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah.
MEDIA : Jadi, hubungan dengan keluarga mertua tak ada masalah?
ASHRAF: Tak ada masalah sebenarnya cuma ada yang marah. Memanglah kita tak boleh nak halang orang marah kan? Macam-macamlah yang diperkatakan tetapi macam mana pun mereka keluarga mertua saya. Ini mengambil masa.
MEDIA : Pagi tadi Asyraf dikatakan ke mahkamah. Betul?
ASHRAF: Saya rasa itu berita tak betul. Sebab pagi tadi, saya pergi menghantar keluarga mertua saya ke lapangan terbang.
MEDIA : Bagaimana hubungan Dayana dengan Sakinah?
ASHRAF:Sekarang mereka (Dayana dan Sakinah) sedang keluar sama-sama.
MEDIA : Adakah hubungan mereka baik?
ASHRAF: Dalam proses. Kena berbaiklah. Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya. Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali. Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua. Jadi, kalau ada orang luar yang buat kucar-kacir yang mencucuk sana sini, itu yang tak betul. Tetapi alhamdulillah sekarang ini mereka OK.
MEDIA : Sebelum ini Ashraf dakwa ada media yang memfitnah dengan mengatakan Ashraf berpoligami. Tapi ternyata benar Ashraf berpoligami. Apa komen?
ASHRAF: Yang dikatakan fitnah itu, sebab kenyataan itu (disiar media) bukan datang dari saya, Sakinah atau Dayana. Tidak ada. Tetapi saya tidak menafikan. Saya cuma mengatakan perkara itu tidak datang kami. Macam mana kenyataan itu boleh keluar. Kalau diikutkan etika kewartawanan, ia tidak boleh. Setahu saya lah tapi tak apa, perkara itu dah lepas.Saya minta maaf banyak-banyak. Kalau boleh nak rahsiakan perkara ini tetapi disebabkan orang dah tahu, nak elak-elak pun dah tak boleh juga. Jadi, sekarang nak kena betulkan balik. – SINAR HARIAN
0 comments:
Post a Comment