Bayi berusia 3 bulan, Neha Afreen mati di Vani Vilas Hospital selepas dimasukkan ke hospital itu pada April 5 yang lalu setelah bertarung nyawa selama hampir seminggu dirawat akibat kecederaan kepala yang teruk, terkehel leher dan tanda gigitan dan bekas terbakar pada badannya. Umar Farooq seorang pelukis kereta dan bapa kepada bayi itu dituduh melakukan kecederaan ke atas Neha kerana dia mahukan seorang anak lelaki.
Ibu bayi itu, Reshma Bani, 19 tahun sukar menerima kenyataan apabila doktor memberitahu berita kematian itu kepadanya. Reshma mendakwa bahawa suaminya, 37 tahun seorang pemabuk dan selalu memukul bayi mereka sejak dia dilahirkan.
Pada hari malang itu, ketika Reshma tidur, Farooq pulang dalam keadaan mabuk, menutup mulut Neha dengan kain dan memukul dia dengan objek tumpul. Apabila Reshma tersedar di tengah malam, dia melihat Neha dalam derita dan sawan. Dia kemudian memaklumkan perihal sawan itu kepada suaminya yang kelihatan tidak berminat. Apabila bayi itu muntah darah, Farooq melarikan diri. Dengan bantuan jirannya, Reshma membawa Neha ke hospital. Reshma mendakwa bahawa Farooq pernah menyerang bayi itu sebanyak dua kali pada masa lalu, kali pertama dengan menggigit dan kali kedua dengan menggunakan puntung rokok sehingga bayi itu luka di dahi dan bahagian belakang, tetapi Reshma tidak merungut kerana dia mahu menyelamatkan perkahwinan itu. Farooq telah ditangkap dan kini menghadapi tuduhan membunuh.
* Pernah terbaca, jantina bayi ditentukan oleh benih lelaki, membaca kisah sedih ini cukup memilukan!
0 comments:
Post a Comment