translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

YA ALLAH!!!! BAYI BARU LAHIR MATI ''DIPANGGANG'' INKUBATOR


Tidak tahu di mana silapnya apabila seorang bayi menjadi mangsa ‘dipanggang’ dalam mesin inkubator di Hospital Kanak-Kanak Guanzhou.KisahBest.My difahamkan, bayi ini dimasukkan ke dalam inkubator akibat dijangkiti masalah selsema. Jadi ia dibiarkan semalaman dalam mesin tersebut. Namun apa yang mengejutkan, ia didapati telah melecur teruk dan maut ditempat kejadian. Apa yang lebih merumitkan keadaan, CCTV juga tiba-tiba dipadamkan dan pihak hospital tidak mahu bertanggungjawab.
bayi1
Seorang bayi baru lahir meninggal dunia akibat melecur dipercayai selepas ditinggalkan di dalam inkubator di hospital kanak-kanak Quanzhou.
Gambar bayi berusia 12 hari itu telah disiarkan kepada umum selepas ia dimuatnaik dalam laman web China iaitu Sina Weibo.
Menurut Beijingcream.com. bayi berkenaan dimasukkan ke dalam inkubator semalaman sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan dia mengalami selesema.
bayi2
Haba di dalam inkubator itu bagaimanapun dilaporkan panas menyebabkan bahagian belakangnya melecur.
Kematian bayi kecil itu disifatkan sebagai kemalangan ngeri.
Apa yang menyebabkan kemarahan ramai ialah terdapat laporan bahawa kamera pengawasan yang diletakkan di situ pada malam kejadian, telah dipadamkan.
Hospital terbabit juga dikatakan enggan mengambil tanggungjawab di atas kematian bayi tersebut manakala kakitangannya pula enggan memberikan sebarang komen kepada media.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts