translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

RAJA DANGDUT TETAP MAHU BERTANDING JAWATAN PRESIDEN




Rhoma Irama
Jakarta: Raja dangdut, Rhoma Irama semalam berkata, sokongan terhadap hasratnya untuk bertanding jawatan presiden pada pilihan raya tahun depan sudah mencapai tahap yang amat tinggi dan padu, menyebabkan dia tidak mungkin berpatah balik.
Rhoma yang berkempen untuk Parti Persatuan Pembangunan (PPP) pada pilihan raya 2009, adalah antara tokoh yang ditimbang oleh sebuah lagi parti berlandaskan Islam, Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) untuk menjadi calonnya dalam pilihan raya presiden 2014.
Rhoma berkata semalam, dengan sokongan pelbagai pihak, khususnya ulama, beliau menerima cabaran itu dan akan membuat persiapan untuk menyandang tugas berkenaan.
“Apabila saya membuat persiapan untuk menjadi calon presiden, saya percaya terhadap kemampuan saya. Saya kinio berada dalam kedudukan yang tidak memungkinkan saya berundur kerana sokongan yang terlalu padu. Ini bukan lagi menjadi cadangan,” kata Rhoma.
PPP sebelum ini berkata, beberapa orang sudah menyuarakan hasrat untuk menjadi calon parti itu pada pilihan raya presiden kelak, termasuk Rhoma. Bagaimanapun, dalam kes Rhoma, anggota parti itu berpendapat, beliau masih belum layak menjadi calon.
Setiausaha PPP, Hasrul Azwar berkata semalam, satu-satunya orang yang layak menjadi calon parti itu ketika ini ialah pengerusinya sendiri, Suryadharma Ali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts