BERLALU lebih 24 jam insiden berdarah "Solat Subuh" dan angka korban semakin meningkat. Jarak antara Dataran Raba'ah yang menjadi lokasi himpunan menyokong Mursi dengan Bangunan Kelab Pengawal Republik tidak jauh, kurang dari 10 km.Beberapa hari sebelumnya, mereka menganjurkan himpunan aman di tiga lokasi iaitu dataran Raba'ah Madinah Nasr, dataran Nahdhah,Giza dan hadapan Bangunan Kelab Pengawal Republik, Jalan Solah Salem.
Jenazah yang terkorban pagi tadi dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah
Malam sebelum kejadian berdarah, tentera menggunakan helikopter mereka bagi menggugurkan risalah kepada lebih 100,000 orang yang berkumpul di Bangunan Pengawal Republik. Antara kandungan risalah iaitu "tentera tidak akan tunduk kepada tekanan dari kumpulan minoriti" yang diisyaratkan kepada penyokong Mursi.
Mesir akan mencatat sejarah yang akan dibaca oleh generasi mereka yang akan datang bahawa terdapat datuk nenek mereka yang sedang menunaikan solat Subuh pada 8 Julai 2013, menganjurkan himpunan aman yang hanya menuntut hak mereka yang dirampas, dibunuh dengan cara yang paling kejam. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia pada zaman serba moden ini insiden kejam sedemikian melainkan askar rejim Nusairi Syria dan askar Zionis yang membunuh umat Islam di Syria dan Palestin ketika solat.
GAMBAR MANGSA TEMBAKAN DI KEPALA OLEH TENTERA SEKULAR MESIR
Mangsa yang ditembak pula mati serta-merta kerana tembakan di dada, kepala dan leher sememangnya untuk membunuh, bukan sekadar mencederakan mangsa. Sementara mereka yang cedera pula dibawa ke hospital berdekatan. Malangnya, tiga buah hospital yang berdekatan enggan menerima mangsa yang cedera. Tiga buah hospital tersebut iaitu Hospital Husein Jami'i, Hospital Abbasiyah dan Hospital Damardash. Keengganan pihak hospital menerima mangsa yang cedera menyebabkan angka kematian meningkat mendadak. Lalu mangsa dibawa ke Hospital Rab'ah, berhampiran lokasi himpunan. Dengan kepadatan hospital yang tidak mampu menampung mangsa, pihak aktivis yang terdiri dari kalangan doktor-doktor perubatan telah menubuhkan "hospital awam" yang dibuat di dewan persidangan, bersebelahan masjid Raba'ah. Terdapat juga mangsa yang cedera dibawa menerima rawatan di Hospital Ta'amin Sihhi, berhampiran Dewan ACC. Rupanya pihak polis telah sedia menanti kedatangan mereka lalu mereka ditangkap.
Keadaan bertambah kritikal apabila pihak ambulans tidak dibenarkan menghampiri kawasan serangan lalu terpaksa rakyat menggunakan kenderaan persendirian membawa mangsa ke hospital.
Sementara mereka yang terselamat di kawasan serangan,terutama golongan wanita, warga tua dan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri dari terus menjadi mangsa peluru polis dan askar. Mereka mencari perlindungan di dalam rumah Allah, Masjid Mustafa yang terletak berhampiran medan serangan. Pasukan keselamatan bertindak mengepung kawasan masjid lebih 3 jam dan akan menangkap sesiapa sahaja yang cuba keluar. Terdapat mereka yang terpaksa keluar lalu ditangkap dan jumlah mereka sekitar 200 orang.
Ikhwanonline pula mendedahkan, mangsa yang ditangkap ini kemudian didera teruk bertujuan supaya mereka mengaku bahawa mereka adalah "pengganas" yang cuba menyerang Bangunan Pengawal Republik. Jika mereka mengaku, mereka akan ditampilkan dalam satu sidang media petang nanti. Hingga sidangmedia, tidak terdapat mereka yang berbuat demikian.
Kesatuan Doktor Perubatan Mesir mengadakan sidang tergempar di Dewan Raba'ah jam 11 pagi. Menurut Setiausaha Agung kesatuan, Dr.Jamal Abdussalam, angka korban (waktu itu) berjumlah 51 orang, termasuk 8 orang wanita dan 5 orang kanak-kanak, dua daripadanya masih menyusu.
Sekitar jam 3 petang, sidang media khas diadakan bersama oleh Majlis Tentera dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi "menjelaskan secara lanjut" insiden berdarah pagi tadi.
Sebelum sidang dimulakan, wartawan "Al-Jazeera" telah dihalau keluar dan tidak dibenarkan membuat liputan.
Lalu, wakil tentera dan KDN "menjelaskan" tragedi. Kata tentera, "pagi tadi, sekitar jam 4 pagi kami dikejutkan dengan serangan pihak pengganas yang cuba menceroboh Bangunan Pengawal Republik. Seorang tentera terbunuh dan 14 yang lain cedera akibat serangan pengganas itu. Tapi tentera berjaya memberkas 200 orang pengganas dan didapati mereka mempunyai senjata api."
Pihak media juga ditayangkan dengan keratan video bagi menunjukkan bahawa terdapat usaha bagi menceroboh bangunan. Juga mereka tayangkan beberapa orang pemuda melemparkan "molotov" buatan kepada pihak keselamatan.
Askar berkata, "Senjata kami untuk membunuh musuh, bukan anak bangsa sendiri. Apa yang disebarkan bukan gambar yang berlaku di Mesir tetapi di Syria. Termasuk gambar kanak-kanak yang ditembak, ia adalah yang berlaku di Syria."
Tambah wakil askar, hari ini terdapat mereka yang cuba memburukkan imej baik pihak askar.
Kata wakil KDN, "Kami akan bertindak tegas kepada mereka yang menyalahi undang-undang."
Semoga Allah mengurniakan kita kebenaran dan kita mengikuti kebenaran tersebut.
TRAGEDI 'SUBUH BERDARAH'' 40 Terbunuh Diserang Ketika Solat Subuh, 300 Cedera.
20:57 |
Allahu Akbar!
Mangsa serangan baltoji dan polis
Mangsa serangan baltoji di Dumyat.
Antara yang cedera dan terbunuh di tangan tentera
Saudara Mohammed Subhi Al-Haddad, 34 tahun merupakan ayah kepada dua anak adalah anak kelahiran bandar Baltim, wilayah Kafr Syeikh.
Innalillah. Al Fatihah.
Beliau ialah محمد صبحى الحداد.
Yang ditembak oleh tentera di hadapan bangunan Pengawal Republik.
Moga arwah tenang di sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
-
-
عين ازال للعطورات3 years ago
-
20 MANFAAT VICKS VAPORUB7 years ago
-
AFRINA BEAUTY10 years ago
-
Lawak Gelak Suami Sendiri10 years ago
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 years ago
-
-
-
feedjit
Archives
-
►
2014
(7)
- ► 02/16 - 02/23 (3)
- ► 01/19 - 01/26 (4)
-
▼
2013
(951)
- ► 12/22 - 12/29 (11)
- ► 12/15 - 12/22 (24)
- ► 12/01 - 12/08 (6)
- ► 11/24 - 12/01 (10)
- ► 11/10 - 11/17 (15)
- ► 11/03 - 11/10 (30)
- ► 10/27 - 11/03 (40)
- ► 10/20 - 10/27 (22)
- ► 10/13 - 10/20 (5)
- ► 10/06 - 10/13 (18)
- ► 09/29 - 10/06 (50)
- ► 09/22 - 09/29 (59)
- ► 09/15 - 09/22 (85)
- ► 09/08 - 09/15 (45)
- ► 09/01 - 09/08 (65)
- ► 08/25 - 09/01 (38)
- ► 08/18 - 08/25 (29)
- ► 08/04 - 08/11 (17)
- ► 07/28 - 08/04 (65)
-
▼
07/21 - 07/28
(62)
- Kate dan Diana Dibandingkan Kerana Serupa
- Perempuan ter-KAYA, ter-CANTIK dan Masih Single
- ORANG AWAM BERGANDING DENGAN 16 SELEBRITI POPULAR ...
- ANAK HILANG BALIK SEKOLAH DITEMUI MATI DIBUNUH
- WARGA EMAS INGIN PULANGKAN RIBUAN RINGGIT YANG DIJ...
- LINTAH BIAK DALAM USUS SELEPAS MAKAN KANGKUNG TUMIS
- Aktres 80-an PUTRI SALBIAH (FILEM KELUARGA 99) Dit...
- TRAGEDI 'SUBUH BERDARAH'' 40 Terbunuh Diserang Ket...
- Perghh Jurulatih Buaya ..Nyaris Putus Kepala...Jom...
- Artis cantik Indonesia memeluk Islam
- Sadis! Remaja 15 Tahun Dikurung di Peti 1 Meter da...
- IBRAHIM PENDEK PELAKON MELAYU PERTAMA BERLAKON DI ...
- GEMPAR !!! BUDAK 11 TAHUN SANGGUP BUNUH DIRI JIKA ...
- REMAJA LELAKI MAUT TERIKAT DITANGGA
- SYADIS....WANITA DIBUNUH DAN CEBISAN MAYAT DIBERI ...
- GAMBAR MENGELUARKAN MAYAT BUDAK LELAKI DARI PERUT ...
- KURANG AJAR!!! BUDAK MATI DIHEMPAS KERANA TAK DAPA...
- DUA PENYELAM AS HAMPIR DI TELAN PAUS
- BIAR BETUL!!! ANGSA DI JADIKAN PENGAWAL???
- PADAH!!!SUAMI BELASAH ISTERI DEPAN ORANG RAMAI TID...
- Ngeri ! Foto Manusia Jatuh Dari Banggunan
- WOW...DAPAT BAJU DARI DUIT SEMPERNA HARI LAHIR
- GEMPAR!!! BANGKAI BUAYA GERGASI DITEMUI DI BUKIT B...
- SYADIS!!! SEORANG LAGI CIKGU MATI DITEMBAK
- TAHNIAH!!!! DAYANA v SAKINAH MULA KELUAR BERSAMA
- PELIKNYA.........HAIWAN APA NI?????
- LAWAK GILA DOH.................
- KEJAM.....BUNUH DAN JUAL MAYAT WANITA HAMIL
- SEDIH.....BEKAS NASI GORENG AMIRA"BACA LAH GERENTI...
- DERHAKA.......ANAK BELI DAGING BABI UNTUK IBU BUKA...
- PELIK!!! BUDAK 3 TAHUN DI TUMBUHI KETULAN DAGING D...
- NGERI!!! AKIBAT DIREMPUH KERETA, PEGAWAI POLIS PUT...
- GILA MAUT NI........TAMAN TEMA PALING BERBAHAYA DI...
- PELIK!!! BENARKAH INI BATU BURUNG ABABIL????
- HEBAT!!!! SIAPAKAH RAKYAT MALAYSIA BELI KAPAL BERS...
- UNIK!!! ANGGUR BERBUAH DI BATANG POKOK
- YA ALLAH!!!! BAYI BARU LAHIR MATI ''DIPANGGANG'' I...
- ARWAH UMI KALTHUM TINGGAL NOTA TERAKHIR 5 SYARAT U...
- RAJA DANGDUT TETAP MAHU BERTANDING JAWATAN PRESIDEN
- KUATNYE.........TOLAK GERABAK KERETAPI SELAMATKAN ...
- 3 PESERTA RATU CANTIK MALAYSIA MOHON MAAF
- PILU....GADIS MESIR BUNUH DIRI ENGGAN PAKAI JILBAB...
- NGERI!!! KEPALA TERSANGKUT PAGAR SETINGGI 70 METER
- AJAIB!!!! BUDAK 2 TAHUN MATI HIDUP SEMULA MINTA AI...
- MAUT....GARA-GARA DIGIGIT SEMUT SEORANG WANITA MATI
- Gempar Yana Samsudin Mempunyai Deria Keenam, Meras...
- Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia
- Subhanallah !! Bayi Ini Tumbuh Ekor di Boontot
- Noor Kumalasari Syukur Ibu Meninggal Di Bulan Ramadan
- CUTENYA........... 29 TAHUN DAH JADI DATUK
- SELAMAT SELEPAS DITANAM HIDUP-HIDUP OLEH TEMAN LELAKI
- PILU.....KERANA JANTINA, BAYI INI DIBUNUH
- SELEPAS MAKAN PARACETAMOL WAJAH CANTIK JADI ROSAK
- KATE MIDDLETON LAHIRKAN ANAK LELAKI
- HABIS LA.......PPENGGANAS SULU UGUT SERANG SABAH J...
- AWAS!!!!! BILA MEMBELI AYAM GORENG
- PEKIN IBRAHIM DAN UQASHA SENROSE SUDAH BERTUNANG
- KAMI BUKAN KAHWIN LARI - ASHRAF MUSLIM
- GOOD!!!! IBU LANCAR MOGOK KERANA ANAK GADISNYA PEM...
- GILA......TIDOR 104 JAM BERSAMA BABI SAMBIL BERBOGEL
- FANALIST MISS WORLD MALAYSIA GADIS ISLAM????
- PENGACARA TV BERTUDUNG MENCURI, KANTOI DI CCTV
- ► 07/14 - 07/21 (37)
- ► 07/07 - 07/14 (70)
- ► 06/30 - 07/07 (23)
- ► 06/23 - 06/30 (24)
- ► 06/16 - 06/23 (16)
- ► 06/09 - 06/16 (27)
- ► 06/02 - 06/09 (34)
- ► 05/26 - 06/02 (1)
- ► 05/19 - 05/26 (5)
- ► 05/12 - 05/19 (9)
- ► 05/05 - 05/12 (1)
- ► 04/28 - 05/05 (1)
- ► 04/21 - 04/28 (1)
- ► 04/14 - 04/21 (4)
- ► 04/07 - 04/14 (2)
Followers
Popular Posts
-
Sama ada gambar ni betul atau palsu tak dapatlah nak dipastikan. Tetapi gambar ni banyak terdapat di internet. anda nilaikan lah sendiri s...
-
BAHARU sahaja dikhabarkan mempunyai masalah hutang, kediaman aktres Sri Devi dan Boney Kapoor musnah dalam kebakaran pada Ahad lalu. ...
-
Military action against Syria will deter North Korea from using chemical weapons, a US defence chief says. Under secretary of defence ...
-
Pengarah dan pelakon, Nam Ron membuat kejutan apabila mengakui dirinya adalah wanita selepas tamat mengarahkan teater Kompilasi Nam Ron lak...
-
Kisah suka dan duka seorang seniman agung Malaysia iaitu Allayarham Tan Sri P. Ramlee yang akhir hayatnya mempunyai kisah tersembunyi yang...
-
Sydney: Pemimpin ajaran sesat Papua New Guinea yang dikenali sebagai ‘Black Jesus’ dikasi oleh orang ramai yang berang selepas mereka mene...
-
Fighters allied to Al-Qaeda tightened their grip on a Syrian border town Thursday, as President Bashar al-Assad claimed most of the rebels f...
-
Sorang wanita bernama HLA HTAY (40) magkin cukup berani.Perawt yang bekerja di YANGON ZOOLOGICAL GARDEN di MYANMAR ini bersedia meny...
-
Kazakhstan ialah negara yang menjadi bahan jenaka Sacha Baron Cohen didalam filem Borat. Tapi tahukah anda negara bekas ahli Kesatuan Sov...
-
Samuel L. Jackson has just been confirmed for a role in the film adaptation of Stephen King's novel "Cell", which will also ...
0 comments:
Post a Comment