translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Skuad takraw gagal buat kejutan

Tiada sebarang kejutan mampu dihasilkan skuad sepak takraw negara apabila sekali lagi muncul naib juara Siri Super ISTAF (Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa) di Bangkok, semalam.
Walaupun ketua jurulatih negara Jamaluddin Hassan yang dibantu Iskandar Arshad cuba membawa tiga pemain yang berbeza ke Bangkok berbanding lima pemain yang tersenarai untuk siri pertama di India pada Ogos lalu, ia gagal membuahkan hasil sekalipun memberikan tentangan sengit pada set pertama.
Gandingan Mohd Syazreen Qamar Salehan (pengumpan), Shahidan Md Ali (tekong) dan Norshahruddin Mad Ghani (perejam) tampil mengancam pada set pertama apabila memberikan cabaran kepada trio tuan rumah yang menurunkan Pattarapong Yupadee (pengumpan), Siriwat Sakha (tekong) dan perejam terbaik mereka, Pornchai Kaokaew.
Shahidan nampak tenang apabila mula memungut mata menerusi servis disusuli aksi Norshahruddin yang jauh lebih baik berbanding di India namun ia tidak kekal lama apabila lawan mula mendapat rentak untuk menguasai perlawanan dan memenangi set pertama dengan keputusan 15-12.
Nyata keghairahan skuad kendalian Kamol Tamkim hong itu sukar ditandingi apabila menguasai sepenuhnya set kedua dengan kemenangan 15-2 walaupun Jamaluddin dan Iskandar mengeluarkan Shahidan dan Norshahruddin dan memasukkan Ahmad Aizat Azmi dan Hanapiah Dollah. Ia disusuli kemenangan set ketiga 15-8 untuk kemenangan 3-0 memihak Thailand.“Saya terpaksa mengeluarkan Norshahruddin pada set kedua kerana dia mengalami kecederaan lutut kiri dan saya tidak mahu mengambil risiko ketika Sukan SEA semakin hampir,” kata Jamaluddin ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, aksi menentang trio terbaik Thailand itu adalah pengalaman terbaik buat pemain negara yang pertama kali didedahkan di pentas Siri Super.“Pada saya sasaran sudah tercapai dengan melangkah ke final dan bertemu pula gandingan yang sudah lama serta mantap. Kita banyak kehilangan mata menerusi servis, malah lawan mempamerkan corak menyerang lebih berbanding kita sekali gus meraih mata yang diperlukan. Saya berharap pemain negara dapat mengambil pengajaran dalam pertemuan ini,” tambahnya.
Terdahulu skuad negara yang juga naib juara Siri Super di India melangkah ke pentas final dengan penuh kontroversi selepas lawannya, Korea Selatan menarik diri pada set kelima apabila mendakwa pengadil berat sebelah sekali gus menyaksikan Malaysia menang 3-2 dengan set kelima berakhir dengan keputusan 13-10.
Tindakan Korea Selatan yang menewaskan Malaysia pada final di India pada Ogos lalu, pastinya mengundang tindakan disiplin ISTAF apabila mereka turut tidak beraksi dalam penentuan tempat ketiga. Badan induk dunia itu menerusi Timbalan Presidennya Boonchai Lorhpipat mengambil tindakan awal apabila membatalkan penyertaan Korea Selatan di Siri Super Thailand dan bercadang mengambil tindakan susulan terhadap Persatuan Sepaktakraw Korea (KSTA).
Manakala skuad wanita negara di kedudukan keempat apabila tewas kepada Vietnam 2-3.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts