KUANTAN - Penyelam yang dilapor hilang semasa mengikuti aktiviti menyelam di Teluk Genting, Pulau Tioman semalam ditemui pagi ini.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Yahaya berkata, mayat Mohd Afif Abd Hamid, 28, ditemui kira-kira 9.40 pagi oleh pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim.
"Mayat mangsa ditemui di dasar laut di sekitar lokasi aktiviti selaman yang dilakukan mangsa bersama kumpulannya. Semasa dijumpai, peralatan selaman masih berada di badan mangsa," katanya kepada Bernama.
Mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah menyelam bersama 19 orang yang lain kira-kira jam 2 petang sebelum dilaporkan hilang.
Johari berkata, aktiviti menyelam tersebut dianjurkan sebuah syarikat dari luar Pahang.
عين ازال للعطورات
3 years ago
0 comments:
Post a Comment