translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Lantai kilang meletup tiba-tiba

Lantai kilang meletup tiba-tiba

  • Pekerja kilang yang cedera parah dibawa ke Hospital Ampang Puteri.

BENTONG – Seorang pekerja kilang kertas parah manakala seorang pekerja kontrak bangunan cedera apabila lantai kilang berkenaan secara tiba-tiba meletup dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, pihaknya menerima panggilan telefon kira–kira jam 12.13 tengah hari menyatakan terdapat satu kebakaran berlaku di kilang terbabit.

Lantai kilang meletup tiba-tiba
  • Pekerja kontrak bangunan yang cedera dihantar ke Hospital Gleneagles.

Menurutnya, tiga jentera bomba dengan kekuatan 12 anggota dibantu satu jentera bomba sukarela Kampung Perting dengan enam orang anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian kira-kira jam 12.25 tengah hari, kami mendapati tiada berlaku kebakaran tetapi terdapat kesan letupan melibatkan bahagian lantai kilang.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, lantai kilang setebal lima inci di mana di bawahnya terdapat tangki saluran pemprosesan kertas meletup secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya,” katanya.

Zainal Abidin berkata, kejadian itu menyebabkan serpihan simen lantai bertaburan dan membentuk satu lubang.

Katanya, ketika kejadian berlaku kilang tidak beroperasi namun terdapat beberapa orang pekerja yang berada di kawasan itu.

“Salah seorang daripada mereka cedera parah terkena serpihan simen dan terpaksa dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan lanjut.

“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan tiada kebocoran gas berlaku di kilang terbabit. Pihak kami kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu menerusi bantuan unit siasatan dari Temerloh.

“Buat masa ini, kawasan kejadian ditutup sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih terperinci,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian yang dikenali sebagai Tam, 42, yang merupakan pekerja kontrak bangunan berkata, ketika kejadian berlaku terdapat empat orang berada di kawasan kejadian.

Katanya, secara tiba-tiba terdapat bunyi letupan kuat dari arah lantai menyebabkan dia dan seorang lagi rakan berlari menyelamatkan diri keluar dari kilang itu.

“Pada masa itu, saya lihat rakan saya cedera di bahagian tangan menyebabkan saya mengambil keputusan menghantarnya terus ke hospital.

“Seorang lagi pekerja kilang terpaksa dihantar ke hospital menggunakan ambulans akibat kecederaan parah di bahagian kaki,” katanya.

Sinar Harian difahamkan pekerja kontrak bangunan dihantar ke Hospital Gleneagles atas permintaan keluarga, manakala pekerja kilang pula dihantar ke Hospital Ampang Puteri untuk menerima rawatan lanjut.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts