translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Ahmad Tamimi Siregar berehat selepas rawatan jantung di IJN

Pelakon popular dan penerbit filem, Datuk Ahmad Tamimi Siregar Kamaruddin, kini berehat di rumahnya selepas menjalani rawatan dan kemudian dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) semalam.





Ketika dihubungi petang ini, Ahmad Tamimi yang dimasukkan ke IJN pada petang Isnin kerana komplikasi jantung akibat dua saluran darahnya tersumbat berkata, selain berehat beliau juga kini perlu menghabiskan ubat yang diberi oleh doktor."Saya juga perlu jaga makan dan tidur secukupnya. 
Walaupun terpaksa mengurangkan aktiviti di luar, namun saya masih melakukan kerja-kerja ringan di rumah," katanya.
Menurut Ahmad Tamimi, ketika di IJN, beliau menjalani rawatan angiogram dan angioplasty, iaitu bertujuan memulihkan saluran darah yang tersumbat tersebut."Alhamdulillah, prosesnya pemeriksaan dan rawatan berjaya. 
Saya bersyukur kerana darah yang tersumbat tidak begitu serius iaitu masih boleh diatasi menerusi proses angiogram dan angioplasty."Jika tidak, satu pembedahan mungkin terpaksa dilakukan. 
Saya berterima kasih kepada Profesor Datuk Dr. Mohamed Ezani Md. Taib dan Datuk Dr. Rosli Mohd. Ali yang merawat dan melakukan prosedur angiogram dan angioplasty ke atas saya di IJN," katanya.
Ahmad Tamimi juga berterima kasih kepada ahli keluarga dan para peminatnya di seluruh negara yang mendoakan kesihatan beliau ketika sepanjang dirawat di IJN.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts