translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Raja Azmi mula edar kad kahwin ala-ala frame gambar gitu......

Kad Kahwin Raja Azmi Stailo, Berkonsep Frame Gambar!

Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, hari ini mula mengedarkan kad jemputan perkahwinannya yang akan berlangsung pada 13 Oktober ini.

Kad jemputan berwarna merah hati itu diedarkan bersama tunangnya Mohd Eddie Ghazali, 45 kepada hampir 1, 000 jemputan.
Majlis pernikahan bakal berlangsung di Laman Santai, Istana Budaya di sini pada pukul 9 malam hari tersebut, diikuti acara membatalkan air sembahyang dan persembahan serta tarian.
Antara artis yang sudah mengesahkan bakal membuat persembahan istimewa pada acara tersebut ialah Rahim Maarof dan Aris Ariwatan.
Khabarnya, persiapan untuk majlis perkahwinan Raja Azmi sedang dibuat rancak. Daripada hantaran, bunga pahar, kad kahwin, goodie bag. untuk tetamu, pelamin hinggalah kepada baju perkahwinan, semuanya tengah dalam proses untuk direalisasikan."Buat masa ini persiapan sudah hampir siap. Memandangkan kami hanya akan melangsungkan satu majlis sahaja, jadi tumpuan saya dan Eddie tidak terlalu terganggu," katanya yang datang sendiri menyampaikan kad jemputan perkahwinannya kepada Kumpulan Utusan di sini hari ini.
Bercakap pasal baju perkahwinan Raja Azmi, Murai Batu cuba-cubalah risik daripada orang yang terdekat, bagaimanakah rupa bentuk baju itu nanti. Wah! Nampaknya orang kuat Raja Azmi, betul-betul kunci mulut mereka dan tak mahu pecahkan rahsia. Tak suprise kata mereka.

Namun, apa yang pasti, baju pengantin itu nanti pasti akan memukau mata semua orang yang memandang kerana ia dihasilkan mengikut citarasa, kemahuan serta kehendak Raja Azmi sendiri.
Amboi! Ini yang membuatkan Murai Batu tak sabar-sabar nak tahu pasal baju pengantin Raja Azmi ni. Dengar macam vazz giler. Tapi, Murai Batu tak putus asa. Cuba risik-risik jugak.
Akhirnya, Murai Batu dapatlah sedikit informasi. Baju pengantin tersebut dihasilkan menggunakan rona kegemaran Raja Azmi iaitu rose gold dan bakal dipenuhi labuci, manik-manik serta batu swarovski.
Pendek kata ia bakal menyerlah ketrampilan Raja Azmi pada malam perkahwinanya itu nanti yang bakal berlangsung di Laman Istana Budaya pada pada 13 Oktober. Khabarnya lagi, keseluruhan baju pengantinnya itu bernilai RM30,000 dan telah dihasilkan sendiri oleh pereka fesyen Leslie varayan yang juga adalah pemilik butik variante.
Selain media, turut diundang ialah rakan artis, serta sanak-saudara terdekat kedua-dua belah pihak.
Raja Azmi dan Eddie bertunang pada 15 Julai lalu setelah saling mengenali pada awal tahun ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts