translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Wanita cedera ditendang jiran

KOTA BHARU - Gara-gara pertengkaran mulut yang tidak berkesudahan, seorang wanita pengsan dan cedera di muka, tepi mata sebelah kiri, dada, serta menerima beberapa jahitan, selepas terjatuh dari motosikal akibat ditendang jirannya dalam kejadian Isnin lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa, yang menunggang motosikal bersama anaknya yang berusia tiga tahun berhenti di simpang Pulau Melaka, di sini diekori wanita yang juga menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, ketika sampai di simpang berkenaan, mangsa ditendang oleh wanita itu yang merupakan jirannya di kawasan terbabit sehingga menyebabkan motosikal yang dinaiki terbabas.

“Mangsa hanya sedarkan diri ketika berada di Klinik Kesihatan Kedai Lalat dan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Dalam kejadian itu, anak mangsa, turut terseliuh di bahagian tangan dan motosikalnya turut mengalami rosak.

Azham berkata, menurut mangsa dia pernah bertengkar mulut dengan suspek yang dikenali sebagai Amirah.

“Mangsa juga tidak bertegur sapa dengan keluarga suspek dan saling wujud perasaan tidak berpuas hati antara mereka dan mangsa mengesyaki punca Amirah bertindak sedemikian disebabkan perasaan tidak berpuas hati ,”katanya.

Azham berkata, setakat ini kes terbabit disiasat di bawah seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencederakan mangsa dan polis sedang mengesan suspek dan akan membuat tangkapan terhadapnya untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang pemuda diserang empat lelaki bersenjatakan kayu di hadapan kedai burger Wakaf Siku di sini Ahad lalu.

Dalam kejadian pada jam 9 malam itu, mangsa yang singgah di kedai terbabit sedang menikmati burger di gerai  itu bersama rakannya, didatangi empat lelaki yang tidak dikenali.

Dipercayai, kesemua lelaki berkenaan secara tiba-tiba datang menyerang mangsa menggunakan kayu sehingga menyebabkan mangsa pengsan.

Azham berkata, mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) oleh rakannya untuk menerima rawatan susulan dan dibenarkan pulang pada 1 Oktober lalu.

“Mangsa mengalami luka di bahagian kening sebelah kiri dan di belakang kepala sebelah kiri dan menerima beberapa jahitan serta lebam pada bahagian belakang badan.

“Mangsa turut memberitahu polis, saspek datang menaiki motosikal jenis LC yang salah sebuahnya berwarna putih nombor namun tidak dapat mengenal pasti nombor pendaftarannya,” katanya.

Azham berkata, mangsa memberitahu, dia tidak mempunyai perselisihan faham dengan sesiapa memandangkan dia baru sahaja pulang dari Kelantan sejak tiga bulan lalu selepas majikannya di sana tidak bayar gaji beberapa bulan.

“Sebelum ini, mangsa pernah berada di Kedah dan tinggal bersama bapa saudaranya di sana," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts